Showing posts with label Datuk Seri Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Najib Razak. Show all posts

Wednesday, October 30, 2024

Dua bekas PM, Tun M dan Najib sebumbung di mahkamah hari ini

mediaprima.com.my
Raja Noraina Raja Rahim dan Suraya Roslan 
am@mediaprima.com.my
- Oktober 30, 2024 @ 8:51am
Dr Mahathir (kiri) dan Najib. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Satu peristiwa yang jarang dapat disaksikan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pagi ini dengan dua bekas perdana menteri dijangka berada di bawah satu bumbung.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini memang diketahui sebagai seteru politik dijangka menghadiri kes masing-masing di Mahkamah Tinggi.

Najib menghadiri prosiding jenayah membabitkan skandal kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di mana Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dijadual menyampaikan keputusannya kira-kira jam 9 pagi.

Collin yang juga Hakim Mahkamah Rayuan dijangka akan menyampaikan keputusan sama ada Najib akan dilepaskan atau diperintah membela diri bagi menjawab semua pertuduhan jenayah berkaitan skandal terbesar negara itu.

Sementara itu, Dr Mahathir dijangka meneruskan keterangannya dalam perbicaraan saman fitnahnya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataannya pada 2017 yang mendakwa nama sebenar bekas Perdana Menteri itu ialah Mahathir a/l Iskandar Kutty.

Perbicaraan dijadual bermula jam 10 pagi di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong.

Petugas media yang membuat liputan kes berkenaan dikehendaki mendaftar bermula jam 8 pagi.

Wednesday, July 18, 2018

Akaun Najib - pendedahan siapa terima, berapa?


Pada 2 Julai lalu, pasukan petugas penyiasat khas mengumumkan bahawa lebih daripada 400 akaun bank dibekukan kerana disyaki menerima dana yang didakwa berasal dari 1MDB yang berjumlah RM1.1 bilion.

Akaun-akaun berkenaan didakwa menerima dana dari akaun bank peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Sebahagian daripada jumlah itu didakwa digunakan untuk kempen BN pada pilihan raya umum 2013.

Malaysiakini dalam laman mikro terkini, meneroka beberapa transaksi berkenaan.

Sejak tahun 2015, laporan antarabangsa telah mendedahkan pelbagai transaksi yang membabitkan akaun bank Najib ketika kerajaan BN ketika itu didakwa cuba menutup siasatan 1MDB.

Laporan antarabangsa mendedahkan sekurang-kurangnya empat akaun bank Najib didakwa menerima dana yang kononnya diselewengkan dari 1MDB dan SRC International.

Pada 2016, ABC News yang berpangkalan di Australia juga melaporkan bagaimana sebahagian daripada wang dari akaun bank Najib dibelanjakan. Ia mendakwa bahawa selain daripada tujuan politik, dana itu juga digunakan untuk percutian dan untuk membeli kereta-kereta mewah serta barangan kemas.

Laman mikro Malaysiakini memberi tumpuan khusus kepada penerima politik yang membabitkan satu daripada akaun-akaun itu.

Melalui akaun ini, dana AS$681 juta telah disalurkan pada tahun 2013. Jumlah ini dirujuk sebagai "RM2.6 bilion" berdasarkan kadar pertukaran apabila deposit itu pertama kali didedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal pada tahun 2015.

Najib terus membela dirinya degan mendakwa bahawa wang AS$681 juta itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi manakala Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, dalam saman sivil pelucuthakan mendakwa bahawa dana berkenaan berasal dari 1MDB.

Transaksi membabitkan SRC International Sdn Bhd tidak didedahkan dalam laman mikro ini susulan perintah “tutup mulut” oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Najib didakwa menyalahgunakan RM42 juta daripada syarikat milik kerajaan itu. Bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya RM470 juta disalurkan ke pelbagai entiti politik melalui 102 transaksi, tidak termasuk bayaran kepada individu, antara April 2012 dan Ogos 2013.

Umno menerima bahagian paling besar, iaitu sebanyak RM417.4 juta atau 88.8 peratus daripada jumlah dana berkenaan. Penerima terbesar seterusnya adalah MIC yang menerima RM20.55 juta dan MCA pula mendapat RM16.5 juta.

Wang tersebut diedarkan kepada pelbagai bahagian, sayap dan juga sebuah perpustakaan parti.

Dari segi negeri, entiti politik di Selangor adalah benefisiari terbesar dengan jumlah RM60.25 juta diikuti oleh negeri Najib iaitu Pahang dengan RM37.73 juta.

Negeri-negeri lain adalah Perak (RM25.2 juta), Johor (RM27.2 juta) dan Kedah (RM15.8 juta).

Walau bagaimanapun, sebahagian besar dana itu disalurkan ke entiti politik di peringkat persekutuan dengan jumlah RM275.5 juta.

Terokai urus niaga di laman mikro Malaysiakini yang bertajuk "Wang songlap dari 1MDB atau derma? Tangan-tangan politik yang terdedah".

Tuesday, February 27, 2018

Umno Pekan beri amaran kepada Mahathir

Alyaa Azhar

Umno Pekan memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat rasa tidak puas hati terhadapnya di kawasan parlimen diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Oleh itu, bekas perdana menteri itu dinasihatkan supaya membatalkan lawatannya ke kawasan itu petang esok.

"Saya fikir lebih baik sekiranya program itu dapat dibatalkan, ada masalah, akan ada pergaduhan," kata ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pekan Abdul Rahim Yahya kepada Malaysiakini.

Rahim berkata ramai pemuda di kawasan itu telah memberitahunya mengenai lawatan Mahathir dan mereka merancang melakukan "banyak perkara".

"Malah polis mengatakan lebih baik tidak adakan program ini," katanya.

Rahim, yang juga ketua biro kebajikan Felda Umno Pekan, berkata penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan Mahathir kerana "berbohong kepada peneroka" ketika menjadi perdana menteri.

"Dia berbohong mengenai pemberian saham dan pada akhirnya, peneroka tidak boleh mendapatkan saham mereka," katanya.

Rahim juga mendakwa tidak ada kebenaran yang diperoleh oleh pihak penganjur untuk mengadakan program Mahathir di kawasan itu.

"Mereka tidak mendapat kebenaran Felda, saya sudah memeriksa dan tidak ada," katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman mengesahkan Mahathir akan tiba di kawasan Chini pada petang 28 Feb, sebelum melawat penempatan Orang Asli.

Mahathir juga akan berucap dalam ceramah di kawasan Chini pada sebelah malam.

Menurut Fauzi, bekas perdana menteri itu dijemput untuk berucap oleh peneroka Felda Chini.

Pemimpin HARAPAN lain yang dijadual menghadiri acara itu ialah Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Pahang, Hamzah Jaafar, Pengerusi DAP negeri Leong Ngah Ngah, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Pahang, Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil dan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/413567#Qcm1rAbLvjYTSmOw.99

Tuesday, October 17, 2017

Populariti pemimpin Umno di kalangan orang Cina tak penting

Koh Jun Lin
Tahap populariti pemimpin Umno di kalangan masyarakat Cina tidak penting kerana parti itu memang tidak akan diterima dalam pilihan raya akan datang, kata seorang penganalisis.

Menurut Pengarah Institut Asia Tasmania, James Chin, tidak kira betapa pun popularnya pemimpin Umno majoriti pengundi Cina tetap enggan menerima mereka kerata parti terbabit mewakili perkauman dan pengislaman.

"Orang Cina mahu menyingkirkan Umno dan BN.

"Mereka menganggap Umno sebagai punca dasar-dasar anti-Cina dan Islamisasi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Chin diminta mengulas keputusan kali selidik akhbar harian berbahasa Cina, Oriental Daily, yang diterbitkan semalam.

Menurut akhbar itu majoriti daripada 14,602 responden memilih jawaban "tiada satu pun di atas" apabila ditanya mana satu pemimpin Umno yang patut memimpin Malaysia.
Daripada empat calon yang dicadangkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein memperoleh undi tertinggi diikuti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dan Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada di kedudukan terbawah.

Kaji selidik itu juga menunjukkan kebanyakan responden rela merosakkan undi masing-masing berbanding memilih antara Umno atau PAS.

Majoriti responden juga menyatakan tadbir urus yang baik menjadi pertimbangan terpenting apabila mereka mengundi, dan berharap kerajaan baru dapat ditubuhkan selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN), 38.98 peratus responden berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim patut memimpin negara ini.

Hanya bayangan sentimen

Kata Chin dapatan kaji selidik itu tidak mengejutkan dan menunjukkan sentimen pengundi Cina masih sama seperti PRU ke-12 (pada 2008) dan PRU ke-13 (2013).

Bagaimanapun Chin berpendapat Oriental Daily mengemukakan "soalan yang salah" apabila bertanya responden apa yang mereka mahukan pada masa depan ketika keputusan pilihan raya akhirnya ditentukan oleh pengundi Melayu.

"Kerusi bukan Melayu hanya berjumlah kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan kerusi Dewan Rakyat. Kerusi pengundi Melayu mutlak pula kira-kira 60 peratus
"Justeru dengan bertanya tentang masa depan kepada masyarakat Cina adalah tidak relevan kerana jika 100 peratus daripada mereka mengundi HARAPAN pun, ia masih tidak cukup untuk membentuk kerajaan.

"Soalan yang sepatutnya ditanya ialah siapakah di kalangan pemimpin Melayu yang boleh menerima bahawa orang Cina adalah rakyat Malaysia kerana ramai yang menganggap mereka warga kelas kedua.

"Jadi sekali lagi, tidak mengejutkan apabila Anwar berada di tempat teratas.

"Sejak dekad lalu hanya Anwar dan anak perempuannya yang memberi kenyataan yang membuat orang Cina tidak berasa seperti rakyat kelas kedua," katanya.

Sementara itu pensyarah Universiti John Cabot Prof Bridget Welsh berkata kaji selidik itu menunjukkan Najib dan skandal kerajaannya kini menjadi beban kepada BN hingga membolehkan Hishammuddin serta Khairy menjadi pilihan lebih ramai responden.

Katanya Najib menggunakan dua isu untuk memenangi mereka iaitu menonjolkan dirinya sebagai juara dan oleh kerana itu pengundi perlu bersama dengan kumpulan yang menang, serta perlu menguruskan ekonomi dengan lebih baik untuk memenuhi keperluan masyarakat Cina.

"Dia adalah liabiliti atas usahanya dan pemimpin lain Umno iaitu Hishammudin dan Khairy - seperti ditunjukkan kaji selidik itu - boleh menjadi lebih efektif.

"Lebih daripada itu BN sedang dibebani oleh hubungan mereka dengan pemimpin yang tidak popular," katanya.

Namun di sebalik itu semua Bridget mengingatkan, kaji selidik berkenaan hanya membayangkan sentimen responden dan tidak semestinya diterjemah dalam bentuk undi.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/398652#rR7rBmR3EoRx7pk7.99

Tuesday, October 10, 2017

Surat Terbuka : Perjanjian antara Dr Mahathir & Kit Siang, DAP


Pertama sekali, kita dapat mengagak sebab Tun menulis artikel bertajuk ‘DAP’ pada 5 Oktober 2017. Malah Tun sudah dua kali menulis menggunakan tajuk yang sama di dalam blog.

2. Ianya ditulis dua hari selepas Tun menjejak kaki di ibu pejabat DAP. Tun tahu impak negatif berada di sana.

3. Kerana itu Tun menulis artikel tersebut walau pun hujah-hujah ringan yang hanya sekadar kitar semula daripada artikel sebelum ini. Yang ditambah ialah Tun mempersetankan dan dipersetankan oleh cauvinis DAP.

4. Seperti tajuk portal pembangkang MalaysiaKini iaitu ‘Tersungkurnya Dr Mahathir di kaki DAP..’, tindakan Tun berada di ibu pejabat DAP adalah ‘lambang kepada tersungkur dengan secara rasminya Mahathir terhadap perjuangan Malaysian Malaysia DAP yang sebelum ini ditentangnya sendiri bermati-matian’.

5. Tetapi kita tahu Tun tidak menjawab isu sama ada dakwaan terhadap DAP sebelum ini benar atau tidak. Apakah rakyat ditipu mengenai DAP selama Tun mula berpolitik dan semasa 22 tahun menjadi PM?

6. Kita juga tahu Tun pernah mempersetankan DAP. Tetapi penolakan rakyat terutamanya kaum Melayu terhadap parti DAP tidak berlandaskan kepada usaha Tun itu sahaja. Kesongsangan parti DAP sudah terserlah lama sejak peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969

7. Malah dasar-dasar parti DAP begitu jelas menyebabkan kaum Melayu dan bumiputera tidak berselera untuk bersama dengan DAP kecuali beberapa Melayu yang liberal, tidak sedar diri, berkepentingan dan menagih sokongan politik.

8. Tun perlu baca semula sejarah dan dasar-dasar DAP yang jelas menolak konsep ‘bumiputera’ dan hak-hak keistimewaannya. Tun perlu tahu Deklarasi Setapak yang diperjuangkan oleh DAP dan mereka tidak pernah pun menafikannya. Di antaranya:

“Deklarasi Setapak memperkukuh pegangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang.”

9. Dasar parti DAP terang-terangan telah menggariskan penghapusan pembahagian antara “bumiputera” dan “bukan bumiputera” dan perlaksanaan kesaksamaan etnik dan penggantian sistem kuota etnik dengan dasar ‘merit dan keperluan’

10. Maka jika ada individu Melayu yang bersekongkol dengan pihak yang menentang kewujudan ‘bumiputera’ dan hak2nya, bukankah individu ini memang layak dipanggil pengkhianat kepada kaumnya sendiri dan bumiputera?

11. Jika begitu, apakah yang telah dijanjikan oleh Kit Siang sehinggakan Tun sanggup menutup kepada segala kesongsangan parti cauvinis DAP ini? Apakah intipati perjanjian tersebut?

12. Dan jika niat Tun ialah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, niat DAP ialah menjatuhkan kerajaan yang diterajui oleh wakil Melayu/Bumiputera untuk diganti dengan kerajaan yang majoriti kerusinya adalah parti DAP manakala PKR, PAN dan PPBM hanya sekadar mengisi potfolio-potfolio yang dikawal selia oleh cauvinis DAP.

13. Realitinya, yang diperlukan oleh DAP hanya sekadar mendominasi sesebuah kerajaan. Apabila DAP mendominasi kerajaan Selangor, pesta arak diluluskan dan pelbagai lagi. Negeri Pulau Pinang pula berdepan dengan pelbagai kepincangan permasalahan rakyat dan skandal bilion ringgit wang rakyat apabila DAP menerajui kerajaan negeri

14. Dan DAP kononnya tidak meminta jawatan Perdana Menteri. Tetapi keangkuhan dan tiada rasa hormat yang ditunjukkan oleh DAP di negeri Perak adalah bukti kukuh mereka inginkan jawatan tertinggi.

15. Walau pun perlembagaan Negeri Perak mensyaratkan hanya orang Melayu beragama Islam boleh menjadi Menteri Besar, DAP tetap mencalonkan wakil mereka yang bukan Melayu dan bukan Islam sebagai calon Menteri Besar. Ketika itu, DAP mendominasikan kerajaan negeri Perak. Lihatlah betapa rakusnya DAP ini..

16. Tun juga berkata, dalam politik jika kita nak kalahkan musuh, kita terpaksa memburukan imej musuh. Maksudnya, jika sebelum ini Tun mempersetankan DAP tetapi kini semuanya tampak elok hanya kerana permainan politik Tun, maka apa yang Tun lakukan sekarang dengan pelbagai tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan UMNO itu hanya mainan politik yang tidak benar dan sekadar propaganda politik memburuk-burukkan imej musuh sahaja. Rakyat tidak mungkin akan termakan dengan politik persepsi ini.

17. Tun juga mendakwa DAP terbuka kepada semua kaum. Tetapi sebenarnya, dari dulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh satu dinasti dan satu kaum sahaja. Pemilihan CEC DAP adalah bukti kerasisan parti DAP apabila tidak ada satu pun calon Melayu yang menang.

18. Seorang pemimpin Melayu pernah menasihatkan orang Melayu dan Bumiputera. Tun kenal pemimpin ini :
Beliau meminta supaya kita berwaspada jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu.
DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

19. Agenda DAP yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera, katanya.

20. Kerana itu juga, Pakatan Harapan tidak patut disokong kerana parti DAP sudah pasti akan mendominasikan pakatan politik yang juga terdiri daripada PKR, PPBM dan PAN. DAP yang akan menjadi penentu dalam Pakatan Harapan.

Dr Novandri Hasan Basri

Saturday, September 30, 2017

Najib ke SPRM esok

Datuk Seri Najib Razak dijadual muncul di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok.

Bagaimanapun kemunculan itu tidak ada sebarang kaitan dengan dakwaan salah laku atau siasatan yang dibuat ke atas beliau, sebaliknya bertujuan untuk merasmikan bangunan baru agensi antirasuah berkenaan.

Perasmian itu juga dibuat sempena ulang tahun ke-50 SPRM yang sebelum ini pernah dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Bangunan baru SPRM yang terletak di Precinct 7 Putrajaya itu bakal menjadi mercu tanda terkini di pusat pentadbiran negara.

Kemunculan perdana menteri itu juga berlaku ketika Pejabat Peguam Negara belum lagi menerima kertas siasatan daripada SPRM yang menyiasat dana dari SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta yang kemudian didapati berada dalam akaun persendirian beliau.

Najib juga diserang pengkritiknya berhubung dakwaan salah laku dana bernilai RM2.6 bilion dalam akaunnya.

Jabatan Keadilan AS sebelum ini sudah mengemukakan saman sivil di negara terbabit untuk merampas semula pelbagai aset yang didakwa diperolehi secara salah menggunakan dana 1MDB.

SPRM sudah menjalankan siasatan mengenai dana RM2.6 bilion serta RM42 juta itu. Kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Pada 26 Januari 2016 Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan tiada asas untuk mengambil tindakan ke atas Najib berdasarkan kertas siasatan dikemukakan SPRM.

Beliau kemudian mengarahkan kes itu supaya ditutup.

Namun 16 bulan kemudian - atau pada April tahun ini - Apandi memberitahu kenyataan beliau bahawa status NFA (no further action atau tiada tindakan lanjut) bukan bermakna kes terbabit ditutup.

Justeru beliau mengarahkan SPRM untuk memuktamadkan siasatan berkenaan yang dianggap "sudah agak lama".

[Baca berita penuh]

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/396868#IHvBIJEthpWhe9ES.99

Sunday, September 24, 2017

'Bapa, datuk saya bukan dari Kerala, tapi.....'

Alyaa Azhar
Untuk kesekian kalinya Datuk Seri Najib Razak melepaskan 'peluru' buat bekas presidennya yang kini menjadi musuh ketat beliau - Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berucap di depan ribuan perwakilan dan pemerhati MIC, perdana menteri berkata beliau sudah banyak membantu masyarakat India di negara ini.

Malah kata Najib usaha itu dilakukan sejak beliau belum menjadi perdana menteri lagi.

"Sewaktu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) menjadi perdana menteri, dengan izin beliau saya menggerakkan inisiatif menubuhkan jawatankuasa kabinet mengenai hal ehwal orang India," katanya di PWT Kuala Lumpur semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC.

Kata Najib langkah itu dibuat untuk terus memajukan kedudukan kaum India yang akan terabai atau terpinggir jika tidak ada campur tangan serta kemahuan politik daripada kerajaan.

"Walaupun ayah saya, datuk saya bukan dari Kerala, tetapi saya digelar bapa pembangunan (orang) India," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 5,000 orang yang memenuhi dewan berkenaan.

Kenyataan itu secara tidak langsung menjurus kepada Dr Mahathir yang didakwa mempunyai pertalian darah dengan orang di Kerala.

Julai lalu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Dr Mahathir berketurunan India dan mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.

Zahid yang juga menteri dalam negeri turut menunjukkan salinan kad pengenalan Dr Mahathir yang didakwanya memaparkan nama perdana menteri keempat Malaysia itu sebagai "Mahathir A/L Iskandar Kutty".

[Baca berita penuh]

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/396124#SJgARVVWIJZzihji.99

Wednesday, September 20, 2017

Anwar atau Mahathir mungkin U - Turn kepada Umno?

WAN NORDIN WAN YAACOB
20 SEPTEMBER 2017
MAT Taib atau nama penuhnya Tan Sri Muhammad Bin Muhd Taib telah sah menyertai Umno semula.

Penyertaan semula dalam keadaan Umno begitu terdesak mendapatkan tokoh-tokoh, dan kembali menggunakan propaganda kemasukan ke dalam Umno sebagai strategi berdepan penurunan undi rakyat.

Maka gegak gempita sekali alam siber dan seluruh media online melaporkan kononnya Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen, hingga lawatan kerja Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pun disingkatkan.

Umpama "bullet" besar yang mahu dibidik Umno tatkala mengumumkan kemasukan semula Mat Taib atau Mike Tyson ini ke khemah lapuk Umno.

Rata rata netizen dan penggemar cerita hangat berteka teki, ada juga yang buat fitnah melulu kononnya Najib mahu umum kerjasama dengan PAS untuk merampas Selangor. Nakal dan jahat sekali fitnah di alam siber.

Tuduhan ini dinafi sekeras kerasnya oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir di laman Facebooknya dan kemudian mengecam tindakan mereka yang memfitnah itu.

Sementara beberapa lagi sanggahan juga dibuat atas tuduhan jahat itu.

Muhammad Taib dikenali suatu masa lalu dalam kes membawa jumlah wang yang besar ke luar negara dan kemudiannya "kantoi" .

Penyertaannya dalam PAS tidak pun menberi impak besar apatah lagi selepas itu beliau menyertai PKR bersama orang kuat Anwar Ibrahim iaitu Datuk Kamaruddin Jaffar yang pernah menjadi Pengarah Urusan Harakah dan Setiausaha Agung PAS.

Muhammad Taib juga diketahui agak rapat dengan Anwar Ibrahim, namun tidak serapat hubungan Anwar dengan Najib ketika dalam team Pemuda Umno suatu masa lalu.

Ini menjadi sejarah, dan pastinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tahu hubungan baik Najib Anwar sementelahan Zahid juga berada dalam pasukan yang sama.

Begitu juga beberapa penghubung Anwar dengan Najib iaitu antaranya Datuk Johari Abdul orang kuat BTN suatu masa lalu dan tidak dinafikan Datuk Saifudin Nasution Ismail juga berperanan melalui abangnya yang menjadi orang kanan Najib iaitu Datuk Shahlan Ismail.

Ingat sahaja pelan rekonsilasi nasional yang disebutkan dibincang antara Najib dan Anwar sebelum Pilihan Raya Umum 13 lalu di dedahkan sendiri oleh bekas bekas saksi kejadian.

Usah lah menuduh PAS mahu ber "UG" dengan Umno tatkala PAS berulang kali menyatakan tidak akan bersama dengan Umno.

Malah apa yang diperhatikan Umno sebenarnya lebih dekat parti Bersatu, PKR dasarnya tidak jauh berbanding Umno.

Tidak mustahil dalam keadaan terdesak mendepani politik Tun Mahathir dalam menjelang PRU 14 ini, Anwar akan dikembalikan ke dalam Umno semula oleh rangkaian yang disebutkan tadi.

Apatah lagi ia strategi yang paling ampuh untuk melumpuhkan PKR yang kini berpecah belah angkara beberapa pemimpin tidak sehaluan.

Dan tidak mustahil bagi Najib yang terdesak mempertahankan survival politiknya dengan membebaskan Anwar dari penjara, kemudiannya menjadikan Anwar sekutu rapatnya dalam mendepani PRU 14.

Apatah lagi dalam keadaan Pakatan Harapan sudah punah Harapan bagi Anwar untuk memujuk PAS bersama.

Sedang Anwar tahu hakikat bahawa undi Melayu juga boleh datang dengan jumlah besar dari PAS.

Ataupun Mahathir sendiri akan kembali kepada Umno selepas melihat PH yang dipimpinnya berantakan tidak keruan hala tuju, dengan sikap DAP yang semakin dominan ditambah Bersatu yang kian hilang punca apabila ramai pengasasnya keluar parti seperti Datuk Hamidah Othman.

Ini sifir yang tidak boleh dinafikan kerana dalam politik apa juga boleh terjadi, apatah lagi Najib naik jadi PM ketika kempen Mahathir menjatuhkan Pak Lah berjaya dilaksana.

Hakikatnya PAS tidak berasa kehilangan Anwar ketika ini, apatah lagi kalau Mahathir ‘u turn’ kepada Umno.

Tetapi lebih terasa adalah penyokong Anwar dan Mahathir merasai kehilangan dan kekecewaan jika dua bekas orang kuat Umno kembali melutut ke dalam parti yang telah menjadikan mereka seteru politik.

 – HARAKAHDAILY 
    20/9/2017

Sunday, September 17, 2017

MP DAP saran Najib saman Newsweek

Berita Terkini

Beberapa anggota parlimen DAP mendesak Datuk Seri Najib Razak menyaman Newsweek selepas majalah itu menyiarkan pandangan menggambarkan perdana menteri kelimat Malaysia itu sebagai "penjahat".

Menganggap istilah itu menjejaskan kedudukan perdana menteri M Kulasegaran memberitahu Malaysiakini, Najib tidak ada pilihan kecuali menyaman Newsweek.

Anggota parlimen Ipoh Barat itu berkata kegagalan menyaman majalah berkenaan menunjukkan perdana menteri gagal mempertahankan reputiasinya.

Majalah terbitan AS itu pada edisi 15 September menyiarkan tulisan bekas duta Paul Wolfowitz selepas Presiden Donald Trump menerima lawatan Najib ke Rumah Putih pada 12 September.

Komentar Wolfowitz itu asalnya mucul di laman sesawang American Enterprise Institute (AEI) tetapi menggunakan judul yang lain - This is not draining the swamp.

Newsweek kemudian mengolah semula judul rencana itu menjadi Trump's meeting with Malaysian crook reeks of the swamp.

Kata Kulasegaran sebelum ini Najib pernah menyaman beberapa pengkritik walaupun mereka dianggap memberikan kenyataan yang tidak begitu menyinggung seperti dilakukan Newsweek.

"Walaupun mahkamah di Malaysia tidak menganggap perdana menteri sebagai pejawat awam, keadaan berbeza di luar negara dan sebab itu seseorang yang menggelar Malaysian Public Official 1 seorang 'penjahat' mesti disaman atau dia akan dianggap tidak bermaruah," katanya.

[Baca berita penuh]

Wednesday, September 13, 2017

Pengkritik guna 1MDB untuk sabotaj ekonomi, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak pada Selasa memberitahu komuniti perniagaan Amerika Syarikat (AS) bahawa terdapat kempen untuk sengaja mensabotaj 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan melemahkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.

Berucap pada Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Majlis Makan Malam Perdagangan AS di St Regis Hotel, Perdana Menteri berkata tindakan itu merupakan sebahagian daripada percubaan yang gagal untuk menggulingkan kerajaan sementara menunggu kitaran pilihan raya.

“Saya tahu bahawa sebahagian daripada anda mendengar beberapa cerita yang kurang positif tentang ekonomi Malaysia, terutama mengenai 1MDB.

"Bagaimanapun, saya harus mengingatkan anda bahawa walaupun ada masalah, beberapa ahli politik pembangkang di negara kami memperbesar-besarkannya," kata Najib.

Perdana Menteri berkata daripada menutup isu itu, kerajaan sebaliknya mengarahkan siasatan dijalankan ke ats syarikat itu pada tahap yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara sebelum ini.

Najib berkata beliau mengarahkan supaya syarikat itu dirasionalisasikan apabila nampak jelas syarikat itu gagal.

"Ini berjalan lancar dan banyak aset yang dahulunya dimiliki oleh 1MDB kini berkembang maju," katanya.

Najib sebelum ini mengadakan perbincangan dengan Presiden Donald Trump di White House dalam lawatan kerja tiga harinya ke Amerika Syarikat.

Beliau menggesa komuniti perniagaan supaya tidak membiarkan suara politik pembangkang mengenai perkara itu mengaburkan realiti sebenar.

Perdana Menteri turut memetik ahli ekonomi Dr Bruce Gale sebagai berkata bahawa ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar yang jauh melebihi purata antarabangsa.

Mungkin saya wajar memberitahu anda bahawa Dr Gale ialah pengarang buku baharu bertajuk ‘Economic Reform In Malaysia: The Contribution Of Najibnomics.’

"Namun, saya tidak menaja buku itu, saya jamin dan saya sendiri tidak tahu sesuatu yang dipanggil Najibnomics !" katanya sambil menambah bahawa kemajuan besar telah dibuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia.

"Bagi yang ada di sini dan tidak kenal Malaysia dengan baik: datang dan pasti terkejut. Datang dan lihat firma berteknologi tinggi yang telah berpindah ke negara kami, dan syarikat yang dibangunkan sendiri dalam negara yang kami amat banggakan.

"Datang dan lihat infrastruktur dan rangkaian pengangkutan awam baharu yang kami sedang bangunkan di Malaysia," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri menyaksikan majlis Memorandum Persefahaman antara Malaysia Airlines dan Boeing Aircraft Corporation untuk pembelian pesawat dan penubuhan kemudahan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih di Sepang, berjumlah AS$3.9 bilion

- Bernama

Saturday, August 26, 2017

Jangan termakan hasutan pembangkang

Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my

Najib bersalaman dengan hadirin sewaktu hadir untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sik dan Majlis Jamuan Bersama Rakyat di Kompleks Sukan Perdana Majlis Daerah Sik. FOTO Shahrizal Md Noor

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak menasihati ahli parti itu supaya tidak termakan hasutan pemimpin pembangkang yang menabur pelbagai janji termasuk menukar kerajaan kononnya untuk menyelamatkan Malaysia.

Beliau berkata, pelbagai kejayaan diraih negara termasuk dalam aspek ekonomi dan sosial sekarang bukti kerajaan pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) berada di landasan betul untuk terus memacu kejayaan negara pada masa depan.

Katanya, ekonomi negara misalnya menerima pengiktirafan Kumpulan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) serta Fitch Ratings apabila mencatatkan kedudukan memberangsangkan dengan pencapaian suku kedua tahun ini 5.8 peratus iaitu antara tertinggi di peringkat global.

"Kita juga berbangga kerana hubungan baik kerajaan dengan pemimpin Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud membolehkan Malaysia bukan saja menerima kuota haji tambahan, malah pengesahan visa haji secara terus di Kuala Lumpur.

"(Jemaah Malaysia) tidak perlu lagi tunggu hingga 10 jam untuk pengesahan bila tiba di Jeddah dan Malaysia satu-satunya negara Islam di dunia yang dapat keistimewaan ini dan kita sedang meyakinkan mereka untuk dapatkan kemudahan sama untuk umrah," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sik dan Majlis Jamuan Bersama Rakyat di Kompleks Sukan Perdana Majlis Daerah Sik (MDS), hari ini.

Perdana Menteri turut merasmikan kompleks berkenaan yang dibina dengan kos RM7 juta meliputi penyediaan Dewan Al-Hana, mini stadium dan gimnasium rakyat.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Mohd Tajudin Abdullah.

Menurut Najib, ulama tersohor dan dihormati, Sheikh Rashid al-Ghannushi, yang juga ketua parti terbesar di Tunisia melalui temuramah bersama televisyen Arab Saudi turut menyatakan antaranya imej dan gambaran Islam yang terbaik di dunia adalah Malaysia.

"Jadi kita lihat tiada sebab mengapa di bawah pimpinan UMNO sebagai parti pemerintah bersama-sama dengan rakan kita dalam BN, kita merasakan perlu melakukan sesuatu kononnya nak menyelamatkan Malaysia. Ada pula kata, kita perlu menukar kerajaan.

"Kita di Kedah dah tukar kerajaan (PAS ambil alih Kedah pada 2008). Kita tahu siapa yang bantu Kedah dan orang di Sik selama ini...selama 18 tahun dalam kegelapan dan siapa bagi sinar harapan kalau bukan kerajaan UMNO hari ini. Sebab itu jangan termakan hasutan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan rakyat supaya bijak menilai keikhlasan dan komitmen seseorang pemimpin ketika mereka berkuasa dan bukan selepas hilang kuasa atau menyertai pembangkang.

"Kita mesti menilai seseorang itu waktu dia ada kuasa, jangan waktu dia tiada jawatan atau masuk pembangkang dia nak janji macam-macam waktu ini. Waktu ada kuasa, apa dia buat?" katanya.

Tanpa menyebut nama secara khusus, Najib secara sinis menyatakan ada pemimpin tertentu tidak melaksanakan peranan ketika berkuasa.

"Ada yang waktu ada kuasa, hari minggu, Khamis dan Jumaat dia balik Kuala Lumpur. Hari Ahad baru mai balik. London pun selalu pergi.

"Saya pernah jadi menteri besar, hari minggulah waktu kita jumpa rakyat...nak tahu susah dan keluh kesah mereka, kesulitan orang kampung dan penoreh getah, pesawah dan lain-lain lagi.

"Kita memang tiada rehat, saya sebagai Perdana Menteri pun, hari Sabtu mai ke Sik....petang ni ke Balik Pulau...esok balik kawasan sendiri.

“Inilah kita wakil rakyat...kena buat kerja, jangan masa waktu tiada tiada kuasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Ogos 2017 @ 6:58 PM

Friday, August 25, 2017

Dr Mahathir rasmi PH Kelantan dalam 'lumpur'

Faiz Zainudin and Yusof Mohamad
August 25, 2017

Majlis perasmian yang dihadiri lebih 1,000 penyokong gabungan pembangkang itu bergema dengan laungan 'Hidup Tun' sebaik sahaja bekas perdana menteri itu tiba bersama isterinya.
MACHANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad menjejakkan kaki ke Kelantan yang merupakan kubu PAS, bagi melancarkan penubuhan gabungan pembangkang itu hari ini.

Walaupun keadaan berlumpur di lokasi perasmian susulan hujan lebat sebelum majlis bermula, ia tidak menghalang bekas perdana menteri itu memenuhi jemputan sebagai tetamu khas acara itu.
Lebih 1,000 penyokong PH menghadiri majlis perasmian itu yang bergema dengan laungan “Hidup Tun” sebaik sahaja bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu tiba bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali.
Dr Mahathir dalam ucapan perasmiannya mengulangi seruan untuk rakyat menolak Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum ke-14.

“Kita tidak setuju kerajaan zalim ini, kerajaan diktator menindas rakyat,” kata Dr Mahathir yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.
Turut hadir ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PH yang juga Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin; Naib Presiden PH, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Pemuda PPBM, Syed Sadiq Syed Abdul Rahman; Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir; Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim.
Julai lalu, PH selesai mengemukakan permohonan pendaftarannya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) secara atas talian, di mana ia turut mengemukakan barisan kepimpinan, logo dan perlembagaannya.

PH juga membentuk barisan tertinggi di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai ketua umum, Dr Mahathir sebagai pengerusi, manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden gabungan pembangkang.

PH yang dianggotai PKR, DAP, Amanah dan PPBM itu merancang bertanding di bawah simbol sama pada PRU14.

PH sehingga kini belum memuktamadkan logo rasmi mereka, apabila JPMM pada 28 Julai lalu mengarahkan gabungan itu membuat sedikit perubahan pada logo yang dicadangkan.

Saturday, August 12, 2017

Walau tak dapat undi, saya dapat pahala di akhirat, kata Najib

Bernama

Najib Razak berkata, kerajaan pusat tidak pernah 'mendera' negeri pembangkang dan sebagai ketua kerajaan, beliau tidak boleh menyimpan dendam walaupun BN gagal memerintah negeri itu.
JELI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak pernah “mendera” negeri ditadbir pembangkang, terutama Kelantan.

Katanya, sebagai perdana menteri dan ketua kerajaan, beliau tidak boleh menyimpan dendam walaupun BN gagal memerintah negeri berkenaan.

“Sebagai pemimpin, saya perlu berlaku adil kepada rakyat, sama ada mereka menyokong BN ataupun tidak.

“Sekurang-kurangnya walaupun tak dapat undi, saya dapat pahala di akhirat. Semoga dengan usaha ini kita dapat majukan negara kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Jeli dan perasmian bangunan tambahan Hospital Jeli, hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga ahli Parlimen Jeli, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Yahaya Mamat.

Dalam pada itu, Najib berkata, Malaysia terus menyediakan perkhidmatan kesihatan antara yang terbaik di dunia dengan peruntukan subsidi tinggi setiap tahun.

“Tahun ini kita belanjakan RM22 bilion (untuk penjagaan kesihatan awam) tapi kita hanya kutip RM700 juta sahaja (setakat ini)… satu peruntukan subsidi yang besar.

“Umpamanya, kita hanya bayar RM1 untuk dapatkan pelbagai jenis ubat-ubatan, manakala RM5 dikenakan untuk berjumpa doktor pakar dan caj RM50 jika bersalin di hospital kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Kelantan akan terus mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik apabila Hospital Bachok dan Hospital Kuala Krai siap dalam masa terdekat, sekali gus menjadikan semua 10 jajahan di negeri itu mempunyai hospital masing-masing.

Sementara itu, bangunan tambahan baharu di Hospital Jeli yang bernilai RM57 juta tersebut membolehkan hospital berkenaan menyediakan kemudahan kesihatan lebih baik, moden dan lengkap kepada 47,000 penduduk di jajahan berkenaan.

Bangunan tambahan itu yang siap dibina tahun lepas menyediakan tambahan 56 katil, menjadikan jumlah keseluruhan katil di Hospital Jeli sebanyak 80 katil.

Perkhidmatan lain termasuk tambahan 2 lagi wad, menjadikan 4 wad keseluruhan, 2 dewan bedah, kemudahan rawatan dan diagnostik, unit patologi dan tabung darah, unit sokongan steril pusat, rekod perubatan lengkap dengan kemudahan teknologi maklumat, selain pertambahan 80 lot tempat letak kenderaan untuk kemudahan orang ramai.

Monday, August 7, 2017

Di sebalik kempen PH, kubu Umno di Felda masih kuat

Mohamad Fadli 
August 7, 2017

Ia antara beberapa penemuan di beberapa penempatan Felda di Johor, di mana sokongan kepada kerajaan masih kuat.
KLUANG: Sebahagian besar peneroka Felda di Johor masih menyimpan sentimen sama terhadap Umno dan Barisan Nasional, walaupun kwasan itu menjadi sasaran kempen besar-besaran Pakatan Harapan (PH) dalam usaha memecahkan benteng halangan berdekad dihadapi pembangkang.

Peneroka yang ditemui FMT di Felda Ayer Hitam, Johor berkata mereka masih menyokong kerajaan dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, dan ramai yang meluahkan kepercayaan kebajikan mereka masih dijaga dan dilindungi.

Ketua Kampung Felda Ayer Hitam, Abdul Halim A.Razak, 55, mendakwa di Johor, 80% peneroka dan warga Felda masih menyokong kerajaan dan Najib, walaupun tidak menjelaskan bagaimana rumusan ini dicapai.

Halim berkata Felda masih menjadi kubu kuat untuk BN dan menafikan dakwaan peneroka Felda, yang dianggap undi “deposit tetap” untuk Umno, kini mula beralih kepada pembangkang di sebalik kemelut harga saham dan krisis atasan Felda.
“Kalau nak berubah bukan mudah. Pihak luar kata Felda dalam bahaya, tetapi sebenarnya tidak ada. Mereka nak masuk dalam Felda pun tidak berani apatah lagi nak nampak sepanduk atau poster mereka pun susah,” katanya.

Bagaimanapun, Halim mengakui generasi muda Felda yang menyokong pembangkang, tetapi berkata kelompok itu adalah yang tinggal di bandar.

“Kebanyakan mereka yang menyokong pembangkang itu merupakan generasi kedua Felda yang duduk di bandar. Mereka tak faham nadi denyut peneroka dan warga Felda. Yang faham hanyalah kami yang tinggal di dalam Felda ini,” katanya ketika ditemui FMT di Felda Ayer Hitam, Kluang, Johor.

Johor merupakan antara sasaran utama pembangkang pada pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan menjelang pertengahan 2018.

Bulan lalu, PH melancarkan jelajah dan trak kempen “Jom Bina Semula Negara”, menyasarkan sejumlah 50 kerusi termasuk di kawasan Felda yang mempunyai peluang gabungan 4 parti itu. Sebanyak 15 daripada kerusi itu terletak di Johor.

Sebelum ini, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada BN supaya tidak bermimpi Felda masih menjadi kubu kuat mereka.

Beliau yang juga timbalan presiden PH berkata maklum balas yang diterima mendapati ramai peneroka Felda menyambut baik gabungan itu.

Tetapi Halim berkata sentimen peneroka dan warga Felda terhadap Najib sebenarnya masih baik dan tidak berkurang.

Katanya, warga Felda berpandangan kos sara hidup yang menjadi tema penting dalam kempen pembangkang, masih boleh diurus, berikutan pendapatan yang mereka perolehi daripada Felda masih banyak dan mencukupi untuk menampung mereka.

‘Hanya orang Felda di bandar’

Halim berkata warga Felda juga kini sudah bijak menilai mengenai usaha kerajaan melalui pendedahan dan taklimat yang diberi melalui program wilayah yang dijalankan oleh pihak pengurusan Felda, seperti ceramah dan taklimat menjawab mengenai kritikan terhadap Felda.

“Kalau di Felda tak ada cerita pasal harga barang, sebab makan ada, harga komoditi baik walaupun merundum, dan orang makan pun duit ada.

“Yang masalah orang Felda ialah seperti generasi ke-2 yang berhijrah ke bandar, dan gaji hanya dalam paras RM1,200. Memang mereka akan ada masalah,” katanya.

Walaupun PH mengumumkan barisan kepimpinan dan logo bersamanya, seorang peneroka Felda, Abdul Kassim, 60, berkata kepimpinan gabungan itu masih bercelaru.

Katanya, ia tidak seperti BN yang hanya mempunyai satu ketua iaitu Najib.

“Cuba kita lihat PH, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi ketua umum, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail jadi presiden dan DAP jadi setiausaha agung mereka. Semua nak berkuasa.

“Mana-mana negara pun kalau nak berjaya perlu ada satu pemimpin sahaja. Kalau PRU ke-13 dulu kita gerun lihat pembangkang. Tetapi sekarang tak. Hanya nama-nama sahaja yang gah tetapi tak ada apa nak ditakutkan.

“Kita percaya BN boleh menang pada PRU14 ini, cuma tidak pasti mereka boleh menang majoriti 2/3 atau tidak,” katanya.

Ketua Pemuda Felda Ayer Hitam, Shukri Razak berkata mungkin ada sebilangan warga generasi muda Felda tidak berpuas hati dengan kerajaan misalnya mengenai pembayaran balik pinjaman kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Selain itu tidak ada sebab bagi kami. Kalau nak kata peluang pekerjaan sedikit, itu tidak. Banyak kerja disediakan kerajaan, cuma mereka kena bersaing dan berusaha untuk mendapatkannya.

“Di Felda juga banyak kerja diwujudkan misalnya melalui industri kecil dan sederhana (IKS) dan perniagaan sendiri,” katanya,

Shukri, 27, berkata golongan muda yang menyokong pembangkang di Felda tidak ramai, jika ada pun, mereka sudah berhijrah.

“Mereka lebih terdedah dan terpengaruh dengan pembangkang di luar, tetapi di dalam Felda tidak ada. Masih sokong kerajaan.

“Jika lihat program kerajaan pun banyak golongan muda terlibat dan mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.

Saturday, August 5, 2017

Khairuddin cabar Zahid dedah rakaman 'mula hingga akhir'

FMT Reporters 
August 5, 2017

Bekas pemimpin Umno Batu Kawan itu merujuk dakwaan timbalan PM itu ada merakam pertemuan dengan Dr Mahathir.
PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin Umno mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan rakaman pertemuannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad “dari mula hingga akhir”.

“Buat satu salinan kepada saya untuk dimuatnaik dalam YouTube. Saya sanggup bantu timbalan perdana menteri ini,” kata bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang bagaimanapun yakin dakwaan Zahid itu “bohong”.

Zahid semalam mengakui pernah bertemu Dr Mahathir beberapa hari selepas dilantik menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri pada 2015.

Zahid bagaimanapun menafikan dakwaan Dr Mahathir pertemuan itu bagi melobi sokongannya untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya mendakwa pertemuan itu dirakamkannya, malah direstui Najib.

“Jangan berbohong. Rakaman itu masih ada pada saya. Mereka mudah lupa, tetapi saya tidak lupa. Orang itu berbohong katakan saya yang akan jatuhkan perdana menteri,” kata Zahid pada mesyuarat Umno Jerlun semalam.

Zahid turut berkata individu tertentu yang hadir dalam pertemuan tersebut untuk merancang menjatuhkan Najib.

Khairuddin turut mempersoalkan dakwaan Zahid baru-baru ini mengenai kad pengenalan Dr Mahathir yang tertera nama penuh sebagai “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.

“Secara jujur dan ikhlas saya kasihan tengok gelagat Zahid Hamidi sejak kebelakangan ini.

“Inilah masalahnya bila orang agama masuk politik. Kebanyakan daripada mereka akan jadi haru-biru,” katanya.

Friday, August 4, 2017

Zahid: Saya ada rakaman pertemuan dengan Dr M

N Faizal Ghazali

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini tampil mempertahankan diri berhubung dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, dakwaan (Mahathir) bahawa beliau mahu menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah bohong sama sekali.

Sebaliknya dengan tidak menyebut nama bekas pertama menteri itu Zahid berkata, perkara itu dirancang oleh “pemimpin berkenaan” dalam pertemuan.

"Ketika pertemuan saya buat dengan pemimpin berkenaan, ia berlaku dengan keizinan Datuk Seri Najib, 10 hari selepas saya dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

"Pemimpin itu menyatakan, beliau telah meminta beberapa pemimpin pembangkang bersama pemimpin Umno untuk buat undi tidak percaya terhadap perdana menteri di parlimen," katanya yang menegaskan turut menyimpan rakaman pertemuan itu.

Bagi bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut berkaitan jenis rakaman itu sama ada perbualan suara atau pun video.

“Rakaman itu masih ada dalam simpanan saya dan pihak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Jerlun, Kedah, hari ini.

Terdahulu, Mahathir mendakwa Zahid pernah menemuinya apabila dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk memohon simpati dan sokongan untuk menggantikan Najib.

Zahid berkata, sekiranya undi tidak pecaya melalui parlimen itu gagal, langkah kedua akan dilakukan iaitu mengadakan memorandum raja-raja Melayu untuk meminta Yang di-Pertuan Agong memecat Najib.

"Ertinya orang itu berhasrat dan berniat untuk jatuhkan perdana menteri, bukan saya. Tetapi itu yang ada dalam rakaman, itu yang dibincangkan.

"Tetapi apabila dua tahun kemudian, pertemuan itu pada 2015, dua tahun kemudian orang itu kata saya yang rancang menjatuhkan perdana menteri. Jangan bohong, rakaman itu masih ada dalam simpanan saya," katanya.

Tambah anggota parlimen Bagan Datoh itu, mungkin dia (Mahathir) mudah lupa.

"Tetapi saya tak mungkin lupa. Dia pelanduk, saya jerat. Saya pernah kena ISA, sebagai jerat tidak akan lupa pelanduk, insya-Allah," katanya disusuli tepukan gemuruh perwakilan yang hadir.

Laporan: 2 faktor BN mungkin tewas PRU14

FMT Reporters
August 4, 2017

Global Risk Insights berkata, faktor Dr Mahathir dan skandal 1MDB mungkin punca pembangkang boleh memerintah negara ini pada PRU14.
KUALA LUMPUR: Faktor Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pembangkang dan skandal 1MDB mungkin menjadi punca Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Penilaian itu dibuat Global Risk Insights, sebuah penerbitan antarabangsa mengenai berita dan analisis risiko politik, yang diasaskan di London School of Economics.

Laporan itu menyimpulkan PRU14 penting kerana Dr Mahathir kembali aktif dalam politik dan skandal 1MDB yang terus membelenggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin menjadi punca kemenangan bersejarah buat pembangkang.

Menurutnya, walaupun BN tidak pernah kalah dalam PRU dan semua perdana menteri Malaysia datang daripada Umno, kini tidak pasti jika parti itu dapat terus memerintah negara.

Undi popular yang diperolehi BN merosot secara perlahan-lahan sejak beberapa PRU lalu.

Pada 2004, BN memenangi 63.8% undi sebelum ia merosot kepada 51.4% pada 2008 dan 47.4% undi popular pada 2013.

Bagaimanapun, ia kekal menguasai Parlimen, sebahagian besarnya disebabkan cara persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Laporan itu menyatakan penting untuk Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, keluar daripada persaraan pada usia 92 tahun untuk menyertai Pakatan Harapan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipenjarakannya, bagi menundukkan parti yang pernah dipimpinnya.

Dr Mahathir dianggap tokoh yang mampu menyatukan Pakatan Harapan berpecah belah dan kepimpinannya mampu membantu gabungan pembangkang memenangi kerusi di kawasan luar bandar yang sukar ditembusi pembangkang sebelum ini.

Satu lagi faktor ialah kaitan Najib dengan skandal 1MDB. Penyiasat Amerika Syarikat mengaitkan wang yang didakwa diseleweng daripada 1MDB ke akaun rakan dan sekutunya.

Bagaimanapun, Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan pembabitannya dalam penyelewengan dana 1MDB.

Laporan itu berkata, PRU14 mungkin menjadi penentu bagi politik Malaysia yang dilanda skandal rasuah, termasuk 1MDB, Felda Global Ventures Holdings (FGV), National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKRZ).

Menurutnya, orang ramai semakin marah dengan kronisme, rasuah dan ketaksamaan bersistematik – bukan hanya di Malaysia, tetapi di beberapa negara lain seperti Brazil dan Pakistan.

Dahulu, katanya, pertumbuhan ekonomi yang kukuh, kapasiti perkongsian maklumat dan media massa yang terhad mungkin menyekat kebimbangan pengundi Malaysia mengenai rasuah.

Tetapi, hari ini, kapasiti perkongsian maklumat yang lebih baik dan cubaan pembangkang menggunakan dakwaan rasuah mungkin mengubah keadaan buat BN.

Wednesday, August 2, 2017

Dr M: Dari mana Zahid dapat RM230 juta?

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menyerang kepimpinan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, apabila menimbulkan pengisytiharan harta yang dibuatnya ketika dilantik sebagai Pemuda Umno.

Mahathir mendakwa perisytiharan Zahid yang dibuat kepadanya selaku perdana menteri pada tahun 1996 telah mendedahkan yang naib presiden Umno itu memiliki sembilan angka dalam akaun banknya.

"Apabila saya tanya dari mana ia perolehi RM230 juta yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas.

"Jikalau dia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak," kata Mahathir dalam kiriman di blognya hari ini.

Malaysiakini telah menghubungi pembantu Zahid, Ibrahim Yahaya untuk mengulas mengenai tuduhan Mahathir dan sedang menunggu maklum balas daripada naib presiden Umno itu.

Semalam, Mahathir juga mendakwa Zahid telah mendapatkan sokongannya bagi menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Serangan Mahathir itu dibuat selepas Zahid mengungkit keturunan bekas perdana menteri itu yang berdarah campuran India.

Zahid semasa mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya juga mendedahkan butiran kad pengenalan Mahathir.

BN juga menuduh Mahathir mengumpul kekayaan untuk keluarganya ketika menjadi perdana menteri tetapi beliau menafikan tuduhan itu.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/390578#26CY8lR3osSbs0kB.99

Monday, July 24, 2017

Giliran Dr Mahathir cabar Hishammuddin tanding di Langkawi

Adam Abu Bakar
July 24, 2017

Bekas perdana menteri itu mencabar Hishammuddin Hussein bertanding di Langkawi selepas menteri pertahanan itu mencabar beliau bertanding di Pekan, semalam.
KUALA LUMPUR: Selepas dicabar bertanding di Pekan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertanding di Langkawi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ia selepas tindakan naib presiden Umno itu mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti dan mencabar pengerusi Pakatan Harapan itu bertanding di Pekan pada PRU14.

“Saya cabar dia bertanding di Langkawi,” kata bekas perdana menteri itu ringkas sebagai menjawab soalan wartawan mengenai kesanggupan Hishammuddin mempertahankan Najib, di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Hishammuddin menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri itu untuk bertanding di Pekan pada PRU14 sebagai kenyataan bersifat populis.

Menteri pertahanan itu berkata, kenyataan pengerusi PPBM itu bertujuan mengganggu tumpuan ahli Umno ketika parti itu sibuk mengadakan persidangan perwakilan bahagian.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir mendakwa Pekan ialah kawasan pelik kerana jumlah pengundi didapati meningkat secara mendadak pada setiap pilihan raya.

“Ada benda yang pelik sikit di Pekan. Ada satu masa jumpa pengundi seramai 35,000 orang dan Najib menang. Bila berlaku sekali lagi pilihan raya, pengundi meningkat kepada 85,000 orang.

“Tidak tahu mereka datang dari mana dan sudah tentu dia menang dengan ribuan undi. Jadi, itu bukan kawasan pilihan raya, itu kawasan hantu raya,” katanya.

Sunday, July 23, 2017

'Takut orang tua ka?'

Zikri Kamarulzaman


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia berdebat dengan sesiapa saja sama ada Datuk Seri Najib Razak atau penyokong perdana menteri itu.

Dan Dr Mahathir juga mengingatkan, mereka tidak perlu takut kepada dirinya.

"Datanglah Nazri, Najib, apa nak takut? Saya orang tua dah.

"Takut orang tua ka?" katanya kepada media di majlis sambutan hari raya Kelab Che Det Kampung Baru Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Sebelum itu Dr Mahathir ditanya sama ada beliau sedia menerima wakil Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan perdana menteri di forum Nothing To Hide 2.0.

Program anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu akan diadakan di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam 13 Ogos ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Puad Zarkashi sebelum ini sudah menawarkan diri menggantikan Najib bagi menjawab segala persoalan yang akan dibangkitkan pada forum berkenaan.

Pernah gagal dengan menteri

Justeru kata Dr Mahathir beliau terbuka untuk menerima sesiapa saja untuk menjawab bagi pihak Najib.

Untuk rekod sebelum ini sudah pernah diaturkan debat antara Dr Mahathir dengan Datuk Seri Nazri Aziz yang juga salah seorang menteri kabinet ketika pengerusi BERSATU itu masih lagi menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak kesampaian selepas gagal mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia yang memberikan alasan keselamatan awam.

Nothing to Hide 2.0 Dr Mahathir bercadang untuk mendapatkan penjelasan daripada Najib mengenai dana bernilai RM2.6 biion yang dimasukkan ke akaun persendiriannya.

Menurut Dr Mahathir wang itu sebenarnya dicuri dari dana 1MDB, namun Najib yang secara konsisten menafikan tuduhan itu sebaliknya bertegas ia adalah derma daripada seorang hartawan Arab Saudi.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali turut mengesahkan kenyataan itu dan membebaskan Najib daripada sebarang salah laku jenayah.

Pada 2 Jun 2015 pertubuhan SukaGuam pernah menganjurkan majlis Nothing to Hide di Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Ia sepatutnya menjadi pentas untuk pertubuhan bukan kerajaan bertanya soalan terus kepada Najib yang memang dijadual hadir di situ.

Bagaimanapun Najib tidak muncul, sebaliknya Dr Mahathir naik ke pentas untuk memberikan ucapan di depan kira-kira 2,000 hadirin sebelum dihentikan oleh polis atas faktor keselamatan.

Kejadian berlaku kira-kira lima minit selepas Dr Mahathir memulakan ucapan dan menyebut nama ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho - atau Jho Low - yang dikaitkan dengan pengurusan dana 1MDB.

[Baca berita penuh]

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-