Sunday, August 23, 2015

Mustahil Tun M terlibat guling kerajaan, NGO buat laporan polis

Presiden P1M, Azman Mohd Noor (dua kiri) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di IPD Kota Bharu di sini. - Foto TRP/Mohd Zulhairie

KOTA BHARU, 23 Ogos:

Pertubuhan 1Melayu (P1M) cawangan Kelantan telah meminta polis menyiasat laman blog ‘Malaysia Daily Opinion’ yang dipercayai membuat dakwaan tentang cubaan menjatuhkan kerajaan.

Presidennya, Azman Mohd Noor berkata laman blog itu telah menamakan beberapa tokoh terkenal termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa terlibat.

Dalam artikel ‘Is Dr Mahathir the lead character In Malaysia House of Cards?‘ itu juga mendakwa, kononnya pembabitan pemilik akhbar The Edge, Tong Kooi Ong dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah antara lainnya.

“Dalam laporan artikel berkenaan, ia menggambarkan dengan jelas bahawa nama-nama yang disebut itu melakukan komplot untuk menjatuhkan kerajaan.

“Jika benar, ia adalah satu tindakan yang bahaya dan sangat serius,” katanya ketika ditemui media diperkarangan Ibu Pekabat Polis Daerah Kota Bharu di sini.

Beliau berkata tindakan itu boleh dianggap sebagai satu jenayah di bawah kanun keseksaan.

Katanya, pembentukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak adalah perkenan Yang Dipertuan Agung dan ianya sah.

“Oleh itu, kami sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan sayangkan demokrasi membuat laporan polis ini.

“Sekiranya benar, saya berharap agar pihak berkuasa dapat melakukan siasatan bagi memastikan kesahihan laporan portal berkenaan.

“Apa yang saya tidak boleh terima apabila mereka mengaitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Bagi saya mustahil Tun terlibat seperti yang didakwa,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/23/mustahil-tun-m-terlibat-guling-kerajaan-ngo-buat-laporan-polis/#ixzz3jdYPJpkt

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-