Tuesday, August 11, 2015

Nurul Izzah calon Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU14

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencetuskan idea kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar agar dilantik menjadi Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum yang akan datang. - Foto TRP/Adib Hakim
KUALA LUMPUR, 10 Ogos:

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencetuskan idea kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar agar dilantik menjadi Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum yang akan datang.

Setelah bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun berikut perbicaraan kes liwat keduanya, Zaid berkata Nurul adalah pilihan yang terbaik selepas ayahnya itu kerana Anwar mungkin akan dibebaskan selepas pilihan raya akan datang.

Katanya, DAP secara konsisten menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang.

Bagaimanapun, Zaid berkata, pembebasan paling awal Anwar adalah pada Mei 2018, dengan andaian dia mendapat pengampunan 20 bulan jika berkelakuan baik.

Beliau berkata peluang Anwar untuk menjadi ahli parlimen adalah tipis yang merupakan syarat asas untuk menjadi Perdana Menteri namun pilihan raya umum akan diadakan sebelum itu.

Menurutnya lagi, pakatan baru pembangkang 2.0 tidak boleh membuat kesilapan yang sama seperti yang dilakukan pembangkang sebelum ini apabila isu melantik Perdana Menteri di kalangan mereka ditimbulkan, kerana mereka perlu menang.

Beliau berkata Anwar adalah ikon yang sangat popular dan dekat dengan ramai orang, tetapi beliau juga merupakan seorang tokoh mempunyai isu dalam beberapa aspek.

“Dia (Nurul) tiada kontroversi seperti bapanya, dia juga bercakap dengan baik, mempunyai pendidikan dan nama yang baik di kalangan penyokongnya,

“Dia masih muda dan bijak, serta menjadi sangat rapi, dan boleh menarik ramai pengundi muda di luar sana untuk pakatan pembangkang baru 2.0, dengan penasihat yang betul, dia boleh mentadbir dengan baik,” katanya dalam entri terbaru blog peribadinya hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata apa juga pilihan yang mahu dilakukan ia memerlukan persetujuan pimpinan utama dalam pakatan pembangkang baru 2.0.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/10/nurul-izzah-calon-perdana-menteri-jika-pembangkang-menang-pru14/#ixzz3iQtr1dkE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-