Oleh Ibnu Yusuf Al-Samari
Saya mohon mencadangkan sesuatu yang sangat drastik. Sebagai ahli biasa, ini adalah saluran terbaik yang saya ada untuk mengharapkan ianya didengari. Cadangan saya ialah agar PAS memulakan langkah menukar presiden sedia ada, YB. Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pemimpin baharu yang lebih dinamik, terbuka, mesra dan berdaya saing dalam kepimpinan.
Sebaiknya daripada kalangan agamawan seperti ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man atau tokoh ekonomi seperti YB. Husam Musa atau tokoh muda seperti Saudara Salahuddin Ayub . Oh ya, YB Husam mungkin akan menyertai parti baharu yang mungkin dinamakan sebagai Parti Amanah Rakyat bersama-sama dengan Salahuddin Ayub. Jika begitu, sesiapa yang layak dan mampu menggantikan ketokohan mereka nanti, dialah yang saya fikir termasuk dalam senarai pendek presiden menanti.
Kenapa saya menyarankan pandangan ini? Asas saya tidak susah. Ianya merujuk kepada kegagalan ustaz Abdul Hadi bertindak menjaga parti daripada terdedah kepada perpecahan dan kelemahannya membiarkan kekaburan dalam matlamat jangka pendek parti serta strateginya. PAS masih seperti dilambung ombak. Nakhoda, walaupun seorang, jika gagal mengemudi bahtera, tiada makna kemudi di tangannya. Lepaskan sahaja kepada tangan lain.
Dalam suasana Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang lemah dan bagi saya paling lemah sepanjang 20 tahun kegemilangan parti, kekeringan tokoh ekonomi dan strategis serta kecelaruan pemikiran politik dan organisasi yang tiada sekata antara ahli dan pimpinan, PAS perlu disuntik dengan dos yang tinggi, dari atas.
Presiden baharu perlu menyusun semula organisasi parti secara betul. Jauhkan puncak pentadbiran daripada dikuasai sekelompok kecil pemuda berkelulusan Timur Tengah yang gagal memandu parti bergerak betul. Kembalikan sokongan anak muda kepada parti melalui keterampilan presiden baharu mesra pemuda dan golongan generasi Y. Jangan bina tembok pemisah antara parti, tanzim, ahli dengan masyarakat awam biasa yang langsung tidak mengenali apa itu tanzim dan jamaah.
Jika PAS adalah platform perjuangan Islam sebenar, mata rantai perjuangan Rasulullah saw, dan bukannya tokoh tertentu sebagai platform kekal, maka lepaskan ustaz Abdul Hadi daripada jawatannya sekarang dan bantulah beliau bertindak selaku Mursyidul Am parti dan tokoh gerakan Islam seluruh dunia.
Jika PAS mahu dibiarkan kepada beberapa orang bekas pelajar Timur Tengah mengemudinya, menentukan hala tujunya, atas sangkaan kononnya mereka adalah kumpulan ulama yang mengetahui segalanya, mendapat keberkatan dan dekat dengan Allah, maka jangan nanti terkejut masyarakat berpusu-pusu menyertai parti baharu berlandaskan perjuangan Islam gaya baharu.
Kita menggunakan khidmat ustaz Abdul Hadi kerana kehebatan ilmu dan pidatonya. Tiada siapa boleh menafikannya. Tetapi percayalah, akhirnya ilmu itu akan sampai masanya ia tidak lagi berkembang, sebaliknya mendatar dengan pengulangan fakta dan info yang diketahui sekian lama.
Percayalah juga, akhirnya seorang pemimpin yang paling baik untuk mengemudi bahtera bergoncang ini ialah yang mahir memimpin, mengurus dan mentadbir organisasi dan rakyat. Tidak berguna sokongan padu keliling pinggang jika pemimpin itu sendiri gagal menguasai parti dan melakukan reformasi dalaman demi pengukuhannya.
Terima kasih ustaz Abdul Hadi atas jasa dan pengorbanan. Kepimpinan dan lautan ilmu. Moga Allah merahmati Tuan Guru dan sentiasa dirahmati dalam perjuangan ini. Ustaz Tuan Ibrahim, kami belum nampak tokoh lain lebih baik bagi menjadi pengganti. Masuklah ke pejabat baharu dengan penuh keterampilan dan bijaksana, secepat mungkin.
Jika tuan sayang kepada Tuan Guru, ketahuilah, parti lebih memerlukan kasih dan sayang tuan selaku presiden bernafas baharu.
Jangan berlengah lagi. – TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=317442:pas-perlu-presiden-baharu&Itemid=2#ixzz3jB1XzBH8
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my PENJAGAAN kesihatan kepada pesakit diabetes wajar diberi keutamaan bagi mengelak risiko jan...
-
WARTAWAN SINAR HARIAN Mangsa cedera parah diserang beruang. TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia 55 tahun cedera diserang seekor beruan...
-
News | Diterbitkan Hari ini 6:12 petang Mukhriz Mahathir bersedia untuk menggalas tugas yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan per...
-
Adam Abu Bakar - October 30, 2019 7:19 PM Anwar Ibrahim berucap pada Seminar Antarabangsa Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam anjuran Majl...
-
Dikait mahu beli data 1MDB, Izzah saman dua akhbar WARTAWAN SINAR HARIAN 8 SEPTEMBER 2015 Nurul Izzah SHAH ALAM - "Saya telah m...
-
Bernama May 6, 2017 Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 21 dan 55 tahun itu ditahan di depan surau berkenaan pada pukul 1 pagi ini. ...
-
Diterbitkan 26 Sep 2018, 10:18 malam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa parti itu bersetuju untuk bertanding d...
-
inforakyat.net 8/1/2022 Ini 10 kelebihan jantung pisang untuk kesihatan kita. 1. Mengurangkan risiko serangan strok. 2. Mencegah pembentukan...
-
agendaily.com 06/08/2023 Datuk Tun Faisal Ismail Aziz. Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengingatka...
-
bharian.com.my September 24, 2024 @ 12:11am Tangkap layar video sekumpulan individu menurunkan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) sebelum men...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.