Thursday, August 6, 2015

SPRM akan panggil Najib beri penjelasan wang derma RM2.6 bilion

Datuk Seri Najib Razak akan dipanggil SPRM untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau berjumlah 2.6 billion.

KUALA LUMPUR, 5 Ogos:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau berjumlah 2.6 billion.

Menurut kenyataan itu, SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma tersebut yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut.

“SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada Perdana Menteri. SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun pihaknya tidak boleh mendedahkan identiti individu yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri atas dasar keselamatan.

Berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion, pihak SPRM menegaskan, dana 2.6 bilion dan isu SCR International adalah dua perkara berbeza serta pihaknya masih menjalankan siasatan mengenainya.

Terdahulu, mengenai kenyataan media yang dikeluarkan SPRM bertarikh 3 Ogos 2015, pihaknya berbuat demikian tanpa penglibatan Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia adalah atas nasihat Peguam Negara.

“Agensi-agensi penyiasat boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing.

“Di peringkat SPRM, pasukan petugas khas dalaman bagi menyiasat kes SRC International dan sumbangan derma RM2.6 bilion masih diteruskan,” menurut kenyataan itu.

Jelasnya, petugas khas dalaman SPRM akan mengemukakan hasil siasatan kepada Peguam Negara Malaysia untuk diambil keputusan sama ada terdapat kes untuk didakwa di mahkamah ataupun sebaliknya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/05/sprm-akan-panggil-najib-beri-penjelasan-wang-derma-rm2-6-bilion/#ixzz3hxAqevBJ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-