Syed Ali turut menyalahkan media yang didakwanya melaporkan kes tersebut dengan tajuk yang “putar belit” apabila menyebut Umno memulakan saman ke atas Najib.
Beliau seterusnya mempersoalkan bagaimana tindakan undang-undang yang dilakukan oleh seorang ahli dapat mencerminkan hasrat tiga juta orang anggotanya.
“Saya percayua anggota parti berhak untuk mengambil tindakan di mahkamah terhadap presiden parti Najib Abdul Razak.
“Tetapi ianya mengelirukan jika anggota itu kata ianya dilakukan atas kehendak parti dan lebih tidak patut lagi bila media menggembar-gemburkannya,” katanya.
Syed Ali merujuk laporan yang mendakwa Anina tiada pilihan selain menentang PM di mahkamah untuk mendapatkan sebahagian besar daripada dana RM2.6 bilion dalam akaun Najib.
Anggota wanita Umno Langkawi itu mengemukakan saman tersebut kerana majlis tertinggi parti enggan mengambil tindakan ke atas presiden parti itu.
“Soalan saya: Jika badan tertinggi parti tidak memulakan tindakan di mahkamah terhadap PM, bagaimana tindakan undang-undang oleh seorang anggota akar umbi Umno boleh mencerminkan aspirasi tiga juta anggotanya?”
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.