KUALA LUMPUR, 9 September:
Tiada penyingkiran di dalam mesyuarat ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini, kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kemungkinan senario yang bakal berlaku di mesyuarat tersebut.
Ini berkaitan ura-ura yang kedengaran mesyuarat yang berlangsung pada petang ini bakal melihat kepada penyingkiran beberapa ahlinya dan antara mereka ialah Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed
“Pada saya tiada pemecatan, sebaliknya adalah tindakan tata tertib kepada jawatankuasa berkenaan.“Ini seperti yang ramai tahu, berkaitan kenyataan lantang berkenaan 1MDB yang dibuat oleh beberapa pimpinan antaranya Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Apdal dan juga Datuk Seri Mukhriz Mahathir,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Jelasnya, tindakan berkemungkinan akan diambil susulan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan mereka yang terbabit dilihat memberi impak kepada parti dan merungsingkan kepimpinan.
Martadha turut memberikan senario yang melihat kepada penyingkiran beberapa individu.
Malah katanya, usaha untuk menyingkirkan beberapa nama besar itu jelas kelihatan di dalam parti tersebut berdasarkan desakan-desakan yang dinyatakan secara terang-terangan dari pimpinan atasan mahupun akar umbi.
Namun baginya, tindakan menyingkirkan itu dilihat tidak memberikan kelebihan buat Umno sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.
“Saya cuma nak tahu, adakah dengan penyingkiran ianya tidak akan memberikan kesan besar kepada Umno untuk PRU14 nanti? Untuk mereka mengharungi pilihan raya sebagai Umno yang kukuh?,” soalnya yang juga Dekan Fakulti Undang-Undang, Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM).
Dr Azizuddin Mohd Sani
Bagi Dr Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pula berkata, sebarang pemecatan Muhyiddin dan Shafie akan memberi kesan kepada Umno untuk sekurang-kurangnya dalam jangka pendek.Beliau berkata, ini kerana kedua-dua pemimpin sangat berpengaruh di kalangan penyokong mereka.
“Tetapi (presiden parti) Datuk Seri Najib Razak boleh melangkah masuk untuk membetulkan hubungan dengan kedua-duanya dalam parti itu yang dilihat masih boleh diperolehi semula,” katanya kepada The Rakyat Post.
Azizuddin berkata Najib mungkin berdepan tugas sukar sekiranya Muhyiddin dan Shafie disingkir dari Majlis Tertinggi.
Ketika ditanya sama ada pemecatan itu mungkin melanggari perlembagaan parti, Azizuddin berkata anggota majlis mempunyai hak untuk menggulingkan mereka walaupun sebelum ini dipilih oleh anggota Umno pada pemilihan parti sebelumnya.
“Tetapi ini tidak perlu berlaku kerana ada ruang untuk mendamaikan dalam lipatan Umno, tidak pasti bagaimana ini akan dilakukan.
“Umno perlu memikirkan tindakan terbaik untuk keputusan mereka bagi memastikan parti tidak berpecah, dan mencapai kata sepakat,” katanya.
Prof Datuk Dr Samsul Adabi Mamat
Sementara itu, Prof Datuk Dr Samsul Adabi Mamat dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata ia akan menjadi lebih baik untuk parti itu mengekalkan pemimpin tersebut.
“Akan ada orang-orang yang bersimpati dengan mereka yang mungkin dipecat tetapi ini adalah perkara biasa bagi parti kerana sejarah menunjukkan bahawa (krisis) keadaan tidak akan bertahan lama.
“Jika ia (pemecatan) tidak berlaku, maka ia adalah satu perkara yang baik dan mereka boleh bergerak ke hadapan,” katanya kepada The Rakyat Post sambil menambah mesyuarat majlis hari ini adalah sebahagian daripada tradisi lama berjalan Umno.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/09/adakah-penyingkiran-baik-untuk-umno-penganalisis-politik/#ixzz3lCBePYEq
“Akan ada orang-orang yang bersimpati dengan mereka yang mungkin dipecat tetapi ini adalah perkara biasa bagi parti kerana sejarah menunjukkan bahawa (krisis) keadaan tidak akan bertahan lama.
“Jika ia (pemecatan) tidak berlaku, maka ia adalah satu perkara yang baik dan mereka boleh bergerak ke hadapan,” katanya kepada The Rakyat Post sambil menambah mesyuarat majlis hari ini adalah sebahagian daripada tradisi lama berjalan Umno.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/09/adakah-penyingkiran-baik-untuk-umno-penganalisis-politik/#ixzz3lCBePYEq
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.