Wednesday, September 9, 2015

Hamidah terus desak Najib berundur, tidak takut dipecat Umno

SUBANG: Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, beliau tidak gentar apabila ura-ura namanya dan beberapa pemimpin UMNO akan dipecat daripada parti itu.

Beliau berkata, jika benar dipecat, semangatnya untuk terus mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur tidak akan luntur.

“Saya terima jika dipecat, namun semangat perjuangan saya tidak akan luntur kerana saya rasa Najib perlu undur,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Lapangan Terbang Subang, pada Rabu.

Mengulas lanjut, bekas EXCO Perak itu mendedahkan beliau sebelum ini pernah menerima surat tunjuk sebab susulan penganjuran forum ‘Harapan Malaysia’ di Perak yang juga menjemput mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Hamidah turut merayu agar Najib tidak mengutamakan kepentingan peribadi sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat.

“Najib sebagai Presiden selalu berucap pengorban perlu didahulukan dan ketepikan kepentingan peribadi.

“Kali ini saya nak merayu pada Najib, ketepikan kepentingan peribadi dan berkorban demi kepentingan rakyat Malaysia dan UMNO sendiri,” katanya sambil menambah tindakan kurang bijak jika UMNO memecatnya. – FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-