malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Mar 12, 2023 9:30 AM
Ahli Parlimen Parti Sulong Noraini Ahmad berjaya mempertahankan jawatan selaku ketua Wanita Umno meskipun berdepan saingat sengit daripada pencabarnya, Shahrizat Abdul Jalil.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Noraini mendapat 106 undi berbanding Shahrizat 70 undi.
Saingan di antara kedua-dua tokoh itu bermula dengan sengit apabila pada kebanyakan masa kedudukan mereka dipisahkan dengan hanya perbezaan undi yang kecil.
Bagaimanapun keadaan berubah pada awal pagi tadi apabila Noraini mula mengumpul sokongan yang signifikan berbanding pencabarnya yang juga bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
Shahrizat, 70, bersara daripada politik kira-kira 11 tahun lalu namun membuat penampilan semula dalam pemilihan kali ini bagi merebut jawatan ketua Wanita Umno.
Meskipun belum mendapat keputusan rasmi, Noraini memberi bayangan kemenangannya apabila menyampaikan penghargaan kepada mereka yang terus menyokong bagi jawatan itu.
"Alhamdullillah. Segala puji hanya bagi Allah SWT. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Wanita Umno di seluruh negara serta sahabat.
"Susah senang bersama di atas sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai ketua Wanita Umno Malaysia.
"Ayuhlah, bersama kita meneruskan pemerkasaan Wanita untuk ke tahap lebih tinggi menjadi realiti," kata bekas menteri pengajian tinggi itu dalam satu hantaran di Facebooknya.
Showing posts with label Ketua wanita UMNO. Show all posts
Showing posts with label Ketua wanita UMNO. Show all posts
Sunday, March 12, 2023
Monday, June 25, 2018
Berkhidmat kepada rakyat, pesan Shahrizat pada Noraini
Zikri Kamarulzaman | Diterbitkan 25 Jun 2018
Bekas ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengucapkan tahniah kepada penggantinya Datuk Noraini Ahmad atas kemenangannya dalam pemilihan sayap parti itu.
Ditanya apakah perkara utama yang perlu dilakukan Noraini selepas memenangi jawatan itu, Shahrizat berkata "Berkhidmat, berkhidmat, berkhidmat kepada rakyat."
Noraini memenangi jawatan ketua wanita Umno apabila menewaskan dua lagi pencabarnya. Manakala Norliza Rahim pula dipilih sebagai naib ketua wanita yang baru.
Shahrizat yang tidak bertanding dalam pemilihan Umno, berkata Noraini layak memimpin sayap parti itu.
"Beliau mempunyai apa yang diperlukan untuk memimpin Wanita dalam masa-masa yang sangat mencabar serta mempunyai pengalaman dan kelayakan.
"Beliau berpijak di bumi nyata dan memahami perubahan yang mesti dilakukannya," kata Shahrizat.
Shahrizat berkata, beliau pernah merancang untuk meletakkan Noraini sebagai penggantinya dan memilihnya sebagai Penolong Setiausaha BN pada 2013.
Noraini merupakan anggota Parlimen Parit Sulong selama tiga penggal dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang dipilih sebagai Pengerusi Anggota Parlimen Wanita Komanwel (CWP).
Beliau pernah berkhidmat sebagai wanita pertama yang mengetuai Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Sunday, June 24, 2018
'Wajah baharu tiga sayap UMNO'
Mohd Anwar Patho Rohman
dan Fahmy Azril Rosly
cnews@nstp.com.my
cnews@nstp.com.my

TIGA muka baharu - Datuk Dr Noraini Ahmad, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Zahida Zarik Khan masing-masing dipilih sebagai Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada pemilihan UMNO 2018, hari ini.
Asyraf Wajdi, 42, yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengalahkan tiga pencabarnya iaitu Senator Khairul Azwan Harun, Shahar Abdullah dan Datuk Seri Jamal Yunus bagi penggal 2018/21.
Zahida, 39, bekas Naib Ketua Puteri UMNO pula menewaskan pencabarnya, Nor Hazreena Mohamad Hashim.
Bagi kerusi Wanita, Noraini, 50, mengenepikan saingan Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Azizah Mohd Dun, 63, dan bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman, 69.
Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula, ia dimenangi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, Shahril Sufian Hamdan, 32, yang mengenepikan pencabarnya, Zahrudin Yahya, Shariquq Adam Das, Razali Tushan, Abdul Halim Sidek Ghulam Hassan, Ridzuan Hashim Baki, Safhwan Matusin dan Fariz Hadi.
Ketua UMNO Pulau Pinang, Datuk Norliza Rahim pula memenangi kerusi Naib Ketua Wanita menewaskan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Rosni Zahari, Endang Kusma Mohamed dan Masdiana Salleh.
Keputusan rasmi diumumkan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh pada 9.10 malam tadi.
Turut serta pada majlis pengumuman ialah Asyraf Wajdi, Noraini dan Shahril Sufian.
“Keputusan penuh pemilihan sayap dan jawatankuasanya boleh diakses menerusi laman web UMNO,” kata Ab Rauf.
Sementara itu, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada mereka yang menang dalam pemilihan yang dijalankan serentak, hari ini.
Beliau berkata, keterbukaan pemilihan parti tanpa syarat tertentu yang diputuskan UMNO adalah ibu kepada segala demokrasi dalam sejarah pemilihan parti sejak 1988.
“Tahniah dan syabas atas kemenangan semua Ketua-ketua Pergerakan pada pemilihan ini.
“Ini memaparkan UMNO kini lebih terbuka, demokratik dan inklusif yang membolehkan lebih 165,000 perwakilan membuat pilihan,” katanya dalam kenyataan.
Sunday, March 18, 2018
Shahrizat tolak pelawaan bertanding di Sungai Besar
Sayed Hesham Idris
18 Mac 2018 5:44 PM
IPOH 18 Mac - Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menolak pelawaan untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar, Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menurutnya, keputusannya itu telah dimaklumkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.
Beliau berkata, ini disebabkan ada calon tempatan di Sungai Besar yang lebih baik untuk dicalonkan.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Jamal dan ahli jawatankuasa UMNO bahagiannya yang mempelawa saya bertanding di Sungai Besar.
"Saya amat terharu tapi saya telah berbincang dengan beliau bahawa saya tidak akan turun (bertanding) di Sungai Besar tapi saya akan beri sokongan kepada pemimpinan UMNO Sungai Besar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Pelancaran Jentera Wanita dan Puteri BN Perak di Kediaman Menteri Besar, di sini hari ini.
Program dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
18 Mac 2018 5:44 PM
KETUA Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (tengah) melaungkan kata-kata semangat dalam Pelancaran Jentera Wanita dan Puteri BN Perak di Kediaman Menteri Besar di Ipoh, hari ini. - UTUSAN ONLINE/SYEFRY MONIZ
IPOH 18 Mac - Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menolak pelawaan untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar, Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menurutnya, keputusannya itu telah dimaklumkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.
Beliau berkata, ini disebabkan ada calon tempatan di Sungai Besar yang lebih baik untuk dicalonkan.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Jamal dan ahli jawatankuasa UMNO bahagiannya yang mempelawa saya bertanding di Sungai Besar.
"Saya amat terharu tapi saya telah berbincang dengan beliau bahawa saya tidak akan turun (bertanding) di Sungai Besar tapi saya akan beri sokongan kepada pemimpinan UMNO Sungai Besar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Pelancaran Jentera Wanita dan Puteri BN Perak di Kediaman Menteri Besar, di sini hari ini.
Program dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
- UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/shahrizat-tolak-pelawaan-bertanding-di-sungai-besar-1.629997#ixzz5A64Pjvl4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/shahrizat-tolak-pelawaan-bertanding-di-sungai-besar-1.629997#ixzz5A64Pjvl4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, February 12, 2018
Budiman reda.... Terus bekerja sehingga habis penggal

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, berkata beliau menyerahkan soal siapa yang akan menjadi calon di kawasan Parlimen itu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
“Saya difahamkan mereka ada mekanisma tersendiri dalam memilih calon. Namun, saya akan terus menjalankan amanah dan kerja sebagai ahli parlimen sehingga habis penggal,” katanya dipetik BH Online.
Sebelum ini Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, mengumumkan kesediaan beliau memberi laluan ‘permaidani merah’ kepada Shahrizat untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar pada pilihan raya akan datang.
Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 2016, Budiman memperoleh 16,800 undi dengan undi majoriti sebanyak 9,191, mengalahkan dua calon lawan iaitu Parti Amanah Negara (PAN), Azhar Abdul Shukur (7,609) dan calon PAS, Dr. Abdul Rani Osman (6,902).
PRK Sungai Besar itu dijalankan pada 18 Jun berikutan kekosongan kerusi selepas penyandangnya Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon maut dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei tahun sama.
Budiman sebelum ini juga diumum mencatatkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tertinggi dalam kalangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Selangor berikutan kerja keras ditunjukkan dalam usaha merampas semula negeri ini daripada pembangkang.
Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, semalam turut menyatakan pihaknya menyerahkan sepenuhnya soal calon yang bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 kepada kepemimpinan tertinggi parti.
Beliau juga tidak mengetahui siapa calon yang bakal diketengahkan bagi menghadapi PRU-14, meskipun terdapat UMNO Bahagian yang menamakan calon tertentu.
Namun, beliau dilaporkan berkata, UMNO Bahagian hanya boleh mencadangkan nama sahaja, manakala keputusan muktamad terletak sepenuhnya pada kepemimpinan tertinggi parti.
– MYNEWSHUB.CC/Agenda Daily
Jamal mahu orang Sg Besar, Sekinchan dapat menteri

Menurut Jamal, undangan kepada bekas menteri kabinet itu bukan jemputan biasa, sebaliknya ada harapan yang ingin disampaikan oleh pemimpin yang terkenal dengan pelbagai aksi gimik itu.
"Pertamanya, Shahrizat adalah ketua Wanita Umno Malaysia, jadi seperti kebiasaan apabila menjawat ketua wanita Umno Malaysia dan menang bertanding dia akan mendapat jawatan menteri penuh.

"Apabila menteri penuh datang ke Sungai Besar ini sudah pasti Sungai Besar akan mendapat pembangunan, sosio ekonominya, peruntukan dan sebagainya.
"Jadi sebab itu saya memikirkan ke arah itu untuk kebaikan dan kesejahteraan, demi untuk pembangunan di Sungai Besar ini," katanya dalam satu acara bersama media dan penulis blog di Sekinchan, Sabtu lalu.
Pada masa ini kerusi Parlimen Sungai Besar disandang Budiman Mohd Zohdi yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang.
'Jawatan besar di S'ngor'
Sebelum ini juga terdapat desas desus Budiman akan diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor sekiranya BN memenangi pilihan raya di negeri itu.
"Jadi menteri penuh (Shahrizat) nak datang jadi ahli Parlimen di Sungai Besar dan DUN Sungai Panjang, YB Budiman menang, pasti akan ada something jawatan yang besar di dalam Selangor (untuk penduduk Sungai Besar)," kata Jamal.

Selain Shahrizat, Umno Sungai Besar juga mencadangkan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dicalonkan di DUN Sekinchan bagi menentang DAP.
Tiong Lai memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Bentong sejak tahun 1999.
"(Kalau) Presiden MCA bertanding di DUN Sekinchan dapat satu lagi menteri, jadi (Selangor) akan dapat dua menteri (Shahrizat dan Liow).
"Walaupun dia (Liow) dapat status menteri di (parlimen) Bentong sudah pasti presiden MCA (kalau menang di DUN) Sekichan dapat (seorang lagi) menteri dan sudah pastinya Sekinchan akan dapat untung.
"Saya (fikir keuntungan) ke arah itu, orang lain, bahagian lain nak berebut-rebut (jadi YB) akhirnya kalau yang jadi YB pun YB kotak. Bukan kata Budiman (pakai) baju kotak tetapi orang luar," katanya.
Shahrizat sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar susulan "jemputan" yang dibuat Jamal.
Pada masa yang sama Shahrizat, yang juga ketua wanita Umno bahagian Kepong turut dilaporkan akan bertanding di Parlimen Putrajaya.
Bagaimanapun Shahrizat menyifatkan cakap-cakap itu seperti tidak masuk akal kerana menyifatkan anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai pemimpin berwibawa.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/412041#hBVo580V83CCSF3y.99
Sunday, December 6, 2015
Wanita UMNO sokong Najib kekal presiden
SHAMSUL ABD GHANI DAN SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
6 DISEMBER 2015
KUALA LUMPUR - Sokongan penuh kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak antara usul politik yang akan dibawa Wanita Umno dalam Perhimpunan Agung Umno bermula lusa hingga 12 Disember ini.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sokongan itu penting kerana Presiden merupakan sumber kekuatan Umno.
"Untuk usul Wanita, kita ada usul politik, ekonomi, pendidikan dan agama. Bagi usul politik, kita nak maklumkan dengan jelas dan nyata bahawa Wanita Umno sokong Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.
"Sokongan Wanita kepada Najib tidak berganjak, tetap teguh. Wanita sebagai tulang belakang mesti tentukan bahawa kekuatan Umno mesti dipertahankan dan kekuatan itu datang dan bermula daripada Presiden," katanya dalam sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Wanita Umno, di sini, hari ini.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pemecatan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman pada 24 November lalu, Shahrizat berkata, beliau akur dengan keputusan tersebut.
"Itu keputusan yang dibuat Ahli Majlis Tertinggi dalam mesyuarat. Kita dalam parti ada perlembagaan, undang-undang dan peraturan.
"Saya selaku ketua wanita terima keputusan yang dibuat itu," katanya.
6 DISEMBER 2015
Shahrizat Abdul Jalil

Wednesday, September 9, 2015
Hamidah terus desak Najib berundur, tidak takut dipecat Umno
SUBANG: Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, beliau tidak gentar apabila ura-ura namanya dan beberapa pemimpin UMNO akan dipecat daripada parti itu.
Beliau berkata, jika benar dipecat, semangatnya untuk terus mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur tidak akan luntur.
“Saya terima jika dipecat, namun semangat perjuangan saya tidak akan luntur kerana saya rasa Najib perlu undur,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Lapangan Terbang Subang, pada Rabu.
Mengulas lanjut, bekas EXCO Perak itu mendedahkan beliau sebelum ini pernah menerima surat tunjuk sebab susulan penganjuran forum ‘Harapan Malaysia’ di Perak yang juga menjemput mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hamidah turut merayu agar Najib tidak mengutamakan kepentingan peribadi sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat.
“Najib sebagai Presiden selalu berucap pengorban perlu didahulukan dan ketepikan kepentingan peribadi.
“Kali ini saya nak merayu pada Najib, ketepikan kepentingan peribadi dan berkorban demi kepentingan rakyat Malaysia dan UMNO sendiri,” katanya sambil menambah tindakan kurang bijak jika UMNO memecatnya. – FMT

Tuesday, September 1, 2015
Wanita Umno bincang isu Anina
Anne Muhammad
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pergerakan itu akan mencadangan supaya keahlian Anina Saaduddin digugurkan ekoran kenyataan kerasnyaterhadap Datuk Seri Najib Razak.
Kata Shahrizat, isu berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat exco wanita parti itu namun tidak menyatakan tarikh sebenar ia akan diadakan.
"Kami akan bawa cadangan itu sebab dalam parti, mesti ada disiplin dan salah satu etika dalam parti, hormat kepada presiden. Mesti kena hormat. Kalau biar kelonggaran berlaku, akan jadi negatif.
“Kita akan rujuk (isu berkenaan) dan bawa ke mesyuarat exco. Terpulang kepada jawatankuasa (untuk membuat keputusan),” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat wanita BN petang ini.
Anina menjadi perhatian ramai apabila melontarkan dakwaan kasar kepada presiden partinya sendiri dalam mesyuarat agung tahunan Wanita Umno Langkawi.
Rentetan daripada itu Anina turut memfailkan saman ke atas Najib selepas tiada tindakan diambil ke atas aduan yang dibuat perdana menteri itu.
Kata Shahrizat, setakat ini Anina masih lagi ahli Umno namun menegaskan kenyataan dikeluarkan tidak mewakili parti itu.
“Dia masih ahli buat masa ini, proses (tindakan disiplin) kena mulakan. Kita ada jawatankuasa disiplin. Kita ada pihak berkuasa dalam Umno dan ambil tindakan jika perlu,” katanya.

Sunday, September 22, 2013
Wak yakin inilah penyebab nye Ketue Wanita UMNO mampu mempertahankan jawatan nye..........
Wak tak heran kalu ketue wanite umno ni boleh menang mudah dalam mempertahankan jawatan nye. Dalam umno ni semue nye boleh belake. Walau seburuk mane pun perangai pemimpin2 nye, pare2 pengikut nye pasti akan terus setie menyokong nye.
Dalam sejarah UMNO, pemimpin2 nye yang pernah terlibat dengan berbagai perkare tidak baik seperti 'rasuah' politik, penyalah gunean kuase dan ade juge yang tertuduh berkelakuan sumbang dengan gadis bawah umur pun boleh mereke terime.
Kalau tak silap Wak, dulu2 ade pernah tercetus tentang cerite 'six milion dollar man'. Cerite ni melibatkan seorang pemimpin UMNO yang terlibat dengan 'rasuah' politik, dikenekan tindakan dan di 'gantung', setelah terlepas dari gantungan kini telah menjadi ahli parlimen dan menjawat jawatan Timb. Menteri pule. Itu lah UMNO.
Berbalik pule kepade cerite ketue wanita umno yang kunun nye terpalit dengan kesah lembu NFC, kemudian di pencenkan jawatan menteri nye. Hari ni pule beliau akan terus mempertahankan jawatan ketue wanita umno nye pule. Wak yakin 100% beliau pasti akan dapat mengekalkan jawatan nye tu dengan mudah aje.

Wednesday, April 10, 2013
Inilah yang dikatekan takut kerane benar...................
Wak tak heran kalu ketue panglime angkatan perempuan UMNO ni berundur sebelum berperang. Die ni berundur kerane dah tahu tentang kekuatan lawan nye. Yang menghairan kan Wak die kate die akan turut berjuang, kalu dah berundur macam mane pule di katekan berjuang. Kalu nak berjuang, jangan berundur.
Beliau ni masih lagi memegang jawatan Ketue Pergerakan Wanita UMNO, make tidak lah logik kalu beliau mengumumkan berundur diri dari bertanding dalam PRU13 ini. Alasan yang diberikan untuk mengundur diri ialah "13th general election was not a good time for her to contest", lawak2.
Memang tepat seperti yang beliau katekan, PRU13 ni mase yang tidak baik bagi UMNO, tambah2 nye paling tidak baik bagi ketue Wanita UMNO ni, sebab2 nye tak perlu di sebutkan di sini kerane satu doniye dah maklum tahu. Beliau sudah faham, kalu bertanding, bukan sahaje Ketue Wanita UMNO malahan keseluruh UMNO akan berkubur.
Sebenar nye ade ramai lagi pemimpin2 UMNO yang patut mengikut langkan Ketua Wanita UMNO ni, berundur lah sebelum di undurkan. Wak tabek same ini ketue Wanita UMNO yang sedar tentang kedudukan UMNO yang dah nazak dan rele berundur sebelum di undurkan.

Friday, December 16, 2011
Tercemar nya mertabat kaum wanita melayu ...............................
ADAT SOPAN SANTUN MELAYU HARUS DI JAGA WALAU DIMANA JUGA BERADA.
Tidak hairan kalau kelakuan anak2 muda kita sudah jadi semakin tercemai. Sifat kurang ajar, biadap dan tidak hormat orang yang lebih dewasa ada perkara lumrah. Dari mana kah pendidikan dan tunjuk ajar ini mereka perolehi? Jawapan nya sangat mudah. Semua wanita2 UMNO dengan mudah boleh jawab nya.
Wanita lah yang seharus nya memainkan peranan penting bagi mendidik akhlak, moral dan budipekerti anak2 muda kita. Emak kencing berdiri anak akan kencing sambil berlari. Jangan se kali2 tunjuk kan ke amarahan yang sangat melampau walaupun terhadap musuh ketat kita.
Sikap bersabar dan merendah diri adalah sikap yang terpuji. Kesabaran itu memberi gambaran tentang ke imanan seseorang itu. Sebalik nya sikap amarah itu terdorang dari amalan shyitan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Wak tak heran kalu lihat pemimpin2 UMNO ni tersenyum, sebenar nye dalam senyuman tu ade lah tangisan........ Senario PRU 13 ni sangat be...
-
Nik Amar perlu ukur baju di badan sendiri Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat le...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...
-
Wak cube tanam pokok ni cume untuk suke2 aje, nampak nye tanaman ni dah mule mengeluarkan hasil nye. Buah ni masih mude lagi dan rase ...
-
What happened in Ayodhya? In 1992 a mosque in Ayodhya was torn down by angry Hindus who believed that Hindu...
-
Wak heran juge bile semakin ramai terutamenye kaum mude mudi keturunan banjar sudah semakin melupekan asal usul diri mereke. Boleh dikatekan...