Showing posts with label EXCO Perak. Show all posts
Showing posts with label EXCO Perak. Show all posts

Tuesday, December 15, 2020

Lima Adun, termasuk dua wakil PAS angkat sumpah exco Perak

malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 6:09 pm

Teka teki mengenai komposisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Perak terjawab hari ini selepas lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah jawatan, melengkapkan senarai 10 Exco.

Lima Adun berkenaan juga merupakan Exco di bawah pentadbiran sebelum ini iaitu Datuk Abdul Yunus Jamahri (Bersatu-Kuala Kurau), Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Bersatu-Tualang Sekah), Razman Zakaria (PAS-Gunung Semanggol), Mohd Akmal Kamaruddin (PAS-Selama) dan Ahmad Saidi Mohamad Daud (BN-Changkat Jering).

Kesemua Adun itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam satu istiadat ringkas yang diadakan di Istana Kinta di Ipoh, pada 5 petang ini.

Selain Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad, turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Ahmad Suadi Abdul Rahim dan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Hisham Hashim.

Pada 10 Dis lalu, lima Adun mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dengan empat daripadanya adalah Exco sebelum ini iaitu Datuk Zolkafly Harun (BN-Lintang); Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup); Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (BN-Bota). Seorang lagi, Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Bersatu-Sungai Manik) yang turut dilantik merupakan muka baharu.
Mohd Akmal Kamaruddin

Saarani turut mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak di hadapan Sultan Nazrin pada hari sama.

Barisan Exco Perak terbubar selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada 5 Dis lalu setelah beliau gagal mendapat sokongan menerusi usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’ sehari sebelum itu.

Menerusi usul itu yang dibawa oleh Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Dis, Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang hanya mendapat 10 undi sokongan berbanding 48 menentang manakala satu berkecuali.

DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi terdiri daripada 25 wakil BN yang semuanya Umno, DAP (16), Amanah (lima), Bersatu (lima), PKR (tiga), PAS (tiga), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.

Terdahulu, Ahli Dewan Negara negeri Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini ketika ditemui pemberita di luar Istana Kinta memberitahu pemberita Sultan Nazrin berkenaan agar istiadat angkat sumpah baki lima Exco diadakan hari ini memandangkan persidangan DUN akan berlangsung esok dengan pembentangan Belanjawan 2021 negeri Perak.

Tambahnya, istiadat dijalankan dalam keadaan yang ringkas kerana mengambil kira penularan wabak Covid-19 ketika ini.

- Bernama

Saturday, December 12, 2020

Annuar Zaini mengulas kegagalan Pas untuk mendapat jawatan exco Perak

Oleh MALAYSIA DATELINE
December 12, 2020 6:49 am


Pas hilang Exco selepas tidak dengar nasihat yang betul, kata Istana Perak

Pas kehilangan jawatan Exco Perak selepas tidak mendengar nasihat yang betul, kata Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, jurucakap Istana Perak.

“The price for not listening to the right advice (Harga kerana tidak mendengar nasihat yang betul),” tulis Annuar menerusi facebook beliau ketika mengulas berita Pas mungkin hilang jawatan Exco Perak selepas ingkar perintah Sultan Perak agar menghadap baginda.

Annuar sentiasa menjadi jurucakap Istana Perak ketika krisis pembentukan kerajaan Perak yang baharu selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijatuhkan dengan undi percaya oleh Umno.

Menurut laporan media, Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Saarani Mohamad menghantar lima nama untuk dilantik sebagai kumpulan pertama Exco Perak iaitu tiga dari Umno dan satu masing-masing dari Bersatu dan Pas.

Namun dilaporkan, hanya nama dari Umno dan Bersatu diterima tetapi tidak dari Pas.

Selepas kejatuhan Datuk Seri Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak, Istana telah memanggil kesemua wakil parti politik untuk menghadap baginda Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Namun tiga Adun Pas membatalkan upacara menghadap Tuanku Sultan Perak pada jam 3 petang pada 8 Disember lepas walaupun diperintahkan berbuat demikian oleh Sultan pada waktu itu.

Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria mengakui mereka tidak akan menghadap sultan pada waktu yang ditetapkan.

“Ya (batal),” katanya semasa diminta mengesahkan perkara itu.

Selepas menyedari kesan dari tindakan mereka itu, iaitu tidak mendapat jawatan Exco Perak itu, semalam ketiga-tiga Adun Pas itu mengutus surat memohon ampun dari baginda.

“Kami dengan rasa rendah hati menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Perak atas kekhilafan tidak menghadap sebagai mana titah ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan pada Selasa, 8 Dis pukul 3 petang,” tulis Razman Zakaria, Pesuruhjaya Pas Perak dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengutus surat memohon untuk menghadap dan memohon ampun dari baginda.

Thursday, December 10, 2020

Angkat sumpah 5 exco hari ini, untuk segerakan mesyuarat kerajaan pertama

Shaq Ismail
freemalaysiatoday.com
-December 10, 2020 1:34 PM

(Gambar Bernama)

KUALA KANGSAR: Angkat sumpah jawatan lima exco Perak akan dijalankan pada petang ini juga, tidak lama selepas pelantikan menteri besar baharu, bagi menyegerakan mesyuarat kerajaan yang pertama untuk meneliti Belanjawan 2021 yang patut dibentang pada Rabu.

Sultan Nazrin Shah bersetuju lima ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri akan mengangkat sumpah jawatan masing-masing di Istana Iskandariah pada 2.30 petang ini.

“Oleh kerana masa yang agak suntuk maka sebuah kerajaan terlebih dahulu perlu ditubuhkan,” kata Menteri Besar Saarani Mohamad pada sidang media pertamanya tadi.

Mengikut undang-undang tubuh negeri, kerajaan perlu ditubuhkan dengan sekurang-kurangnya empat orang ahli MMKN.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Tuesday, April 28, 2020

Dr Noor Azmi, Razman didenda ingkar PKP

MyMetro
Utama
Wartawan Harian Metro

DR Noor Azmi dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 
FOTO Sharul Hafiz Zam

TIMBALAN Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi dan Exco kerajaan negeri Perak Razman Zakaria masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Grik, hari ini kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum ini, gambar Dr Noor Azmi bersama Razman dan beberapa individu lain tular di media sosial menghadiri jamuan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong ketika PKP bagi mengekang penularan Covid-19 dilaksanakan.

Difahamkan, beliau ketika itu membuat lawatan rasmi ke Klinik Kesihatan Lenggong untuk meninjau situasi semasa petugas kesihatan bagi menangani wabak Covid-19.

Bagaimanapun, hantaran gambar di akaun rasmi Facebook Dr Noor Azmi kemudian dipadamkan selepas warganet mendakwa mereka melanggar PKP.

Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol turut membuat hantaran gambar di akaun Facebook miliknya memaklumkan mereka menjamu hidangan kampung.

Bagaimanapun, kedua-dua individu terbabit kemudian memohon maaf di atas perbuatan mereka.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 10:53 AM

Sunday, April 19, 2020

Exco Perak mohon maaf hadir jamuan ketika PKP

Razman Zakaria berkata setiap tindakan pihaknya melihat keperluan petugas barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19 amat menitikberatkan tentang Prosedur Operasi Standard. 
Gambar Twitter, 19 April, 2020.

PENGERUSI Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat atas kekhilafan yang berlaku melibatkan dirinya.

“Saya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat atas kekhilafan yang berlaku. Pencerahan yang saya berikan ini bukan untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang tetapi untuk menjelaskan keadaan sebenar,” katanya.

Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol membuat permohonan maaf secara terbuka itu menerusi akaun Facebook beliau.

Semalam, tular di media sosial gambar-gambar Razman dan beberapa individu bersama-sama dengan seorang timbalan menteri hadir jamuan di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19 sedang dilaksanakan.

Menurut Razman, setiap tindakan pihaknya termasuk ketika turun padang melihat keperluan petugas barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19 amat menitikberatkan tentang Prosedur Operasi Standard dan jika ada yang dilihat bertentangan, perkara itu akan diatasi.

“Untuk makluman saya setiap hari bergerak untuk membantu petugas barisan hadapan, melihat kekurangan peralatan yang dihadapi terutama kepada petugas kesihatan.

“Sebagai contoh jika kita tidak turun padang, mana kita dapat tahu keperluan tandas bergerak untuk kegunaan petugas sekatan jalan raya amat mendesak,” jelas Razman.

“Sekali lagi saya mohon maaf dan terima kasih rakyat Malaysia,” katanya.

Bernama, 
   19 April, 2020.

Thursday, March 12, 2020

7 bekas exco dijangka menghadap Sultan Perak

Bernama

Tujuh daripada 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak dijangka menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, hari ini.

Menurut sumber, tujuh bekas exco daripada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan menjunjung kasih ke atas Sultan Nazrin di Istana Kinta di Ipoh, pada jam 5 petang.

Semalam, Sultan Nazrin memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak ke-12 sekali gus menyaksikan pelucutan jawatan semua anggota exco berkenaan.

Pada Isnin, Ahmad Faizal mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada Umno, PAS dan Bersatu mendapat sokongan majoriti 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada keseluruhan 59 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Monday, March 2, 2020

Exco dakwa tiga lagi Adun bakal ‘lompat’ di Perak


Seorang exco di Perak mendakwa tiga lagi Adun bakal menyertai gabungan Perikatan Nasional.

Ini berikutan kenyataan menteri besarnya, Ahmad Faizal Azumu bahawa kerajaan negeri akan mengikut langkah kerajaan pusat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Menurut exco berkenaan yang enggan namanya didedahkan, anggota exco sedia ada telah mengemaskan barang daripada pejabat masing-masing selepas mendapati kerajaan negeri Perak tidak lagi memiliki majoriti.

“Kami tidak lagi memiliki majoriti di Perak selepas pengumuman menteri besar. Tindakan Bersatu menyertai ‘kerajaan pintu belakang’ di Perak menjadikan akan ada kerajaan baru di Perak.

“Kami (PH Perak) meramalkan sekurang-kurangnya akan ada tiga lagi Adun dari PH akan ‘lompat’ ke kerajaan baru,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, dua Adun berkenaan kemungkinan dari DAP dan seorang lagi dari PKR dijangka memberi sokongan kepada kerajaan baru.

Kerajaan Perak pada awalnya masih berada di bawah Pakatan Harapan sepanjang krisis politik minggu lalu.

Bagaimanapun, selepas Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri gabungan Perikatan Nasional, Faizal berkata kerajaan Perak akan mengikut jejak langkah berkenaan.

Buat masa ini, Umno dan PAS mempunyai 28 kerusi, manakala Bersatu mempunyai dua kerusi.

Manakala, PH memiliki 28 kerusi, dengan DAP (18), Amanah (6) dan PKR (4).

Adun Tualang Sekah Nolee Ashilin Mohamed, yang kini Adun bebas selepas meninggalkan Umno, tidak menyatakan akan kembali kepada Perikatan Nasional.

Dihubungi kemudian, Adun Kuala Kurau Abdul Junus Jamhari menafikan beliau bakal keluar daripada PKR.

“Saya nafikan,” katanya ketika ditanya desas-desus berkenaan.

Malaysiakini sedang menghubungi dua Adun DAP yang dikatakan bakal keluar daripada parti untuk mendapatkan ulasan.

Dalam satu perkembangan terbaru, Umno Perak menamakan pengerusi negeri Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar yang baru.

Memetik laporan Astro Awani, Saarani yang merupakan Adun Kota Tampan, berkata mereka kini menunggu untuk dipanggil ke istana Perak.

Menurutnya, Umno telah membincangkan perkara itu dengan Menteri Besar Faizal Azumu.

PAS dan Bersatu juga akan mengemukakan calon mereka sendiri untuk jawatan tersebut.

Sunday, July 14, 2019

'Seret suspek rogol ke muka pengadilan' - Pesuruhjaya Indonesia

Alyaa Alhadjri
Diterbitkan Hari ini 12:49 tengahari


Pesuruhjaya Komisi Nasional Anti Kekerasan Terhadap Perempuan (Komnas Perempuan) Indonesia, Thaufiek Zulbahary berkata suspek yang dituduh kes rogol melibatkan seorang warga negara Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada exco Perak Paul Yong perlu dibawa ke muka pengadilan.

"Kami harap tidak akan ada kekebalan (daripada tindakan undang-undang dalam kes ini).

"Sesiapa pun yang melakukan kesalahan perlu ditangani dengan serius, di bawah undang-undang relevan, supaya dapat mencetuskan kesan pencegahan dan juga mendapatkan keadilan kepada mangsa," kata Thaufiek ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga berharap kerajaan Malaysia akan mengambil langkah untuk memastikan pekerja migran dari republik itu dilindungi dengan sewajarnya.

"Perlindungan ini termasuklah menyediakan wakil peguam, pengantaraan dan sokongan melalui kedutaan kami," katanya.

Perhatian pada mangsa

Menurut Thaufiek, Komnas Perempuan akan berhubung dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan maklumat terkini susulan tindakan mereka dalam perkara ini.

Pada masa yang sama, beliau juga berharap kementerian itu akan menyediakan bantuan kepada mangsa yang sedang pulih daripada trauma akibat jenayah kekerasan seksual.

"Keprihatinan dan perhatian terhadap isu-isu yang dihadapi mangsa merupakan sesuatu yang tidak boleh dipisahkan daripada proses undang-undang dan perlu dilaksanakan secepa yang mungkin," jelas Thaufiek lagi.

Terdahulu, dalam kenyataan berasingan MP Kepong berkata prinsip kedaulatan undang-undang perlu ditegakkan pada sepanjang masa tanpa mengira identiti individu yang terlibat, sama ada orang biasa atau pegawai kanan kerajaan.
"Penangkapan Exco Kerajaan Perak, Paul Yong yang dituduh merogol oleh bekas pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia telah sekali lagi memfokuskan terhadap Standard Prosedur Operasi (SOP) polis.

"Polis pasti telah mengumpul keterangan yang mencukupi sebelum menangkap Yong, jika tidak pastilah polis akan meletakkan aduan yang dibuat sebagai 'tiada tindakan lanjut' (NFA) atau menyiasat pembantu rumah berkenaan kerana membuat laporan palsu," katanya.

Memandangkan kes ini telah menarik perhatian media antarabangsa dan sedang dipantau rapi kedutaan Indonesia, Lim menyarankan polis untuk memohon supaya Yong menyerahkan pasportnya kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kemungkinan exco itu akan melarikan diri.

"Pada masa yang sama, mangsa rogol yang didakwa itu tidak boleh dibenarkan keluar Malaysia sehinggalah polis telah melakukan siasatan terperinci dan kes ini dibicarakan di mahkamah sekiranya Yong dituduh merogol bekas pembantu rumahnya itu," katanya.

Yong telah menafikan dakwaan merogol bekas pembantu rumah warga Indonesia itu.

Adun Tronoh itu menafikan dakwaan beliau merogol bekas pembantu rumahnya, dan berkata "terkejut dan keliru" dengan tuduhan tersebut.

"Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya atas tuduhan yang tidak berasas tersebut.

"Saya ingin menekankan bahawa saya langsung tidak pernah merogolnya, mencabul kehormatannya atau melakukan apa-apa gangguan terhadap dia," katanya.

[Baca berita penuh]

Wednesday, February 6, 2019

Exco Perak tak tahu bagaimana pembalakan di Gerik lulus

Faiz Zainudin
-February 6, 2019 5:07 PM

3
Papan tanda amaran yang diletakkan di sekatan yang Orang Asli Kampung Tasik Cinex dirikan bagi menghalang pembalak di Gerik. (Gambar Peka)

PETALING JAYA:  Exco Perak yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar mendedahkan dia tidak tahu bagaimana pembalakan berdekatan penempatan Orang Asli di Gerik diluluskan, susulan aduan daripada penduduk mendakwa kerajaan negeri menceroboh kawasan mereka.

Prof Abdul Aziz Bari berkata dia maklum tentang aduan terhadap pembalakan berdekatan Kampung Tasik Cunex, tetapi kelulusan balak bukan dalam bidang kuasanya.

“Bohong kalau saya kata saya tidak tahu isu itu. Saya memang dapat beberapa surat mengenai kelulusan balak ini, yang tular itu saya dapat,” katanya.

“Saya tidak terlibat soal balak ini, saya juga tidak tahu bagaimana keputusan itu dibuat,” tambahnya.

Beliau yang juga memegang portfolio sains, teknologi hijau dan penerangan itu tidak menolak aktiviti pembalakan akan mengubah corak persekitaran.

“Bukan sahaja pembalakan tetapi perlombongan, pasir dan sebagainya perlu pengawalan ketat,” katanya.

Sementara itu, seorang pemimpin kerajaan negeri difahamkan memang ada kelulusan baru dikeluarkan selepas kerajaan Pakatan Harapan terbentuk pada Mei 2018.

Beliau enggan namanya didedahkan untuk laporan ini.

“Tapi saya tidak pasti bagaimana perkiraannya dan bagaimana ia ditentukan. Yang pasti, isu ini ada konflik,” katanya tanpa penjelasan lanjut.

Beliau memaklumkan kelulusan balak, serta sumber asli, perkayuan, perlombongan, syarikat melibatkan syarikat berkaitan kerajaan dan kewangan bawah bidang kuasa menteri besar Perak.

“Keputusan pembalakan juga bukan keputusan exco. Mungkin ada jawatankuasa kecil serta melibatkan beberapa exco,” katanya.

Beliau mendakwa ada pihak dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak bersetuju dengan kelulusan aktiviti pembalakan “tetapi tiada kuasa untuk menyekatnya”.

“Kalau lihat di Gerik, sepanjang jalan berpuluh lori balak keluar dari hutan bawa balak bagi tujuan komersial,” katanya.

Sementara itu, pejabat menteri besar ketika dihubungi berkata ia akan mengeluarkan kenyataan selepas mendapatkan butiran penuh.

Wednesday, September 9, 2015

Hamidah terus desak Najib berundur, tidak takut dipecat Umno

SUBANG: Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, beliau tidak gentar apabila ura-ura namanya dan beberapa pemimpin UMNO akan dipecat daripada parti itu.

Beliau berkata, jika benar dipecat, semangatnya untuk terus mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur tidak akan luntur.

“Saya terima jika dipecat, namun semangat perjuangan saya tidak akan luntur kerana saya rasa Najib perlu undur,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Lapangan Terbang Subang, pada Rabu.

Mengulas lanjut, bekas EXCO Perak itu mendedahkan beliau sebelum ini pernah menerima surat tunjuk sebab susulan penganjuran forum ‘Harapan Malaysia’ di Perak yang juga menjemput mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Hamidah turut merayu agar Najib tidak mengutamakan kepentingan peribadi sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat.

“Najib sebagai Presiden selalu berucap pengorban perlu didahulukan dan ketepikan kepentingan peribadi.

“Kali ini saya nak merayu pada Najib, ketepikan kepentingan peribadi dan berkorban demi kepentingan rakyat Malaysia dan UMNO sendiri,” katanya sambil menambah tindakan kurang bijak jika UMNO memecatnya. – FMT

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-