FMT Reporters
Sebaliknya DAP perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam terutama dalam isu hudud di Kelantan.
PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan minta maaf atau menarik balik khutbah Aidiladha yang didakwa memfitnah DAP.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, kandungan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya merupakan nasihat kepada umat Islam supaya bersatu.
“Kita tak akan minta maaf kerana kita bercakap hal agama. Hal agama ini (pihak luar) tak boleh campur tangan, apatah lagi dalam khutbah,” tegasnya.
“Kita tak akan tarik balik khutbah. Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam,” katanya, lapor portal Antarapos.
Abdul Rahman membidas DAP kerana memberikan kata dua kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha itu.
Katanya, DAP sepatutnya memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan.
“Khutbah ini merupakan nasihat, nasihat daripada orang Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama Islam, bukan bersatu dengan pihak yang mana mencabar tentang Islam, misalnya hudud. Hudud sebahagian daripada Islam.
“Sepatutnya mereka (DAP) minta maaf dulu kerana mereka menyentuh hal-hal agama Islam. Sepatutnya mereka sudah lama minta maaf,” katanya.
Sebelum ini, pemimpin DAP negeri dan Pusat menyuarakan tidak puas hati dan bantahan dengan kandungan khutbah itu yang didakwa memburuk-burukkan parti itu.
Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilaporkan berkata, pihaknya akan menyaman JAIP jika ia enggan memohon maaf dalam tempoh lima hari di atas kandungan khutbah Aidiladaha itu.
Menurut teks khutbah Jabatan Mufti Pahang itu, umat Islam di negara ini berpecah kerana ideologi politik berbeza.
“Perpecahan ini ialah kerana orang Islam lebih mengutamakan parti politik seperti UMNO, Pas, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam.
“Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam,” menurut teks khutbah itu.
Dalam mempertahankan teks khutbah itu, Abdul Rahman membayangkan bahawa ahli DAP yang beragama Islam yang mempertahankan campur tangan parti itu dalam hal kepentingan Islam boleh dianggap sebagai syirik.
“Bila duduk dalam sebuah parti bukan Islam, mereka akan mempertahankan apa saja walaupun telah dinasihatkan yang baik. Kita nasihatkan orang Islam supaya bersatu. Apakah itu salah?,” katanya.
Abdul Rahman juga tidak gusar dengan ugutan DAP untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Kita ada satu peraturan (iaitu) apa-apa fatwa yang dikeluarkan mufti tidak boleh dibawa untuk tindakan undang-undang. Kalau sesuatu perkara itu menepati syarak, tak ada sebab (diambil tindakan) dan kita bersedia untuk menerima apa-apa tindakan,” tambah Abdul Rahman.
“Terpulanglah kalau mereka (ahli DAP beragama Islam) nak cuba cabar agama Islam sendiri, institusi agama Islam sendiri,” lapor portal itu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Diterbitkan Hari ini 9:09 malam Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengesahkan anaknya ditahan polis tengah malam tadi selepas didapati posi...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Dato Hassan Ali ibarat sebutir benih yang subur, jika dicampak kelaut menjadi pulau, jika dicampak kedarat menjadi bukit. Sebenarnya PAS ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Harapan PAS - 'PAS for All'. Ini lah slogan PAS yang sangat berkesan pada PRU12 yang lepas. Setelah meraih kemenangan banyak kerusi...
-
Wak tak heran kenape menteri2 UMNO ni selalu keluarkan iade2 yang kurang bijak. Pertame pemimpin2 UMNO tahu bahawe pencacai2, penyokong da...
-
PRU13 semakin hampir menjelang. Di mana agak nya calun dari MCA@pelakun prono ini akan di tempatkan. Jika dia di letak kan di kawasan majo...
-
Inilah akibat nye apebile kite memilih orang yang tak beriman sebagai ketue. Ketua Kampung Halau Pertugas Bantuan Banjir (Gambar) Tra...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.