Pegawai-pegawai daripada Presidensi Hubungan Dua Masjid Suci dan Kilang Kiswa turut akan hadir pada majlis yang akan disiarkan secara langsung menerusiwww.gph.gov.sa
Penukaran Kiswa dianggap sebagai salah satu aspek untuk menunjukkan kehebatan dan kemuliaan Baitullah.
Timbalan Ketua Presidensi, Dr. Muhammad Al-Khuzaim berkata, Kiswa lama akan digantikan dengan Kiswa baharu yang diperbuat daripada sutera tulen.
Manakala Pengarah Kilang Kiswa, Dr. Muhammad Bajoda memberitahu, Kiswa baharu akan diserahkan kepada Penjaga Kunci Kaabah dan menjadi satu upacara yang sangat penting.
“Majlis akan bermula selepas solat Subuh dan akan diteruskan sehingga lewat solat Asar. Kiswa lama akan disimpan di kilang,” kata Bajoda.
Kilang seramai lebih 240 pekerja itu memiliki pelbagai jabatan yang dilengkapi dengan jentera-jentera moden yang digunakan untuk mewarna, menenun, menghias serta menjahit Kiswa berkenaan. Kilang tersebut juga memiliki mesin jahit terbesar sepanjang 16 meter.
Pembuatan Kiswa tersebut menelan belanja sebanyak SR22 juta setahun. Ia menggunakan 700 kilogram sutera tulen yang telah diwarnakan hitam, 120 kilogram perak serta benang emas.
Kiswa berkenaan setinggi 14 meter bagi bersesuaian dengan ketinggian Kaabah dan 47 meter lebar, cukup untuk menutupi empat kawasan paling suci umat Islam, yang tidak mempunyai dimensi yang serupa.
Sebahagian atas Kiswa dihiasi dengan tulisan Al-Quran menggunakan benang perak pada satu jalur bersadur emas selebar 95 sentimeter dan seberat 120 kilogram. Helaian kelima adalah langsir kepada pintunya.--Agensi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.