Butiran Diterbitkan: 23 November 2015 Ditulis oleh admin
Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menjangkakan jangka hayat Pakatan Harapan (PH) lebih pendek dari Pakatan Rakyat (PR). Berdasarkan kepada konflik yang berlaku antara parti-parti komponen dalam PH hari ini, ditambah lagi dengan masalah dalaman di dalam parti masing-masing, dijangkakan paling lama hayat PH boleh bertahan ialah sebaik sahaja selepas PRU 14. Malah PPP tidak menolak, kemungkinan gabungan itu berakhir lebih awal dari PRU 14 juga adalah tinggi, berikutan satu demi satu konflik di kalangan mereka timbul.
Sehingga hari ini, PH masih belum mempunyai keputusan bersama terhadap TPPA walaupun setelah hampir sebulan dokumen perjanjian tersebut didedahkan. DAP dilihat cenderung untuk menyokong TPPA, manakala PKR sehingga hari ini masih berdiam meskipun sebelum ini mereka mahu menunggu sehingga dokumen itu didedahkan. PAN pula, hanya segelintir pimpinan pemudanya kelihatan membantah, manakala pimpinan utamanya masih tunggu dan lihat. PPP melihat kegagalan mereka menentu pendirian dalam isu sebesar ini, mendedahkan kerapuhan PH.
Berbanding dengan PAS, parti ini secara konsisten membantah keras keputusan kerajaan untuk terlibat dengan perundingan TPPA apatah lagi menyertainya kelak. Lebih dari itu, PAS telah memberi komitmen kuat bersama-sama dengan NGOs dan NGIs dalam Kongres Rakyat menentang TPPA. PPP mendapat makluman, Kongres Rakyat sedang merancang satu bantahan secara besar-besaran menjelang perbahasan TPPA dalam sidang khas parlimen yang dijangkakan Januari tahun hadapan. Jelas sekali solidariti Kongres Rakyat dalam isu TPPA ini lebih mantap dari PH.
PPP juga mengunjurkan PH tidak dapat mengulangi kejayaan yang dilakukan oleh PR dalam PRU 13, disebabkan mereka akan kehilangan sokongan pengundi Melayu secara besar-besaran. Mereka juga dijangka tidak dapat meraih sokongan pengundi India, disebabkan tiada tokoh-tokoh besar kaum India di dalam PH hari ini. Selain daripada itu, PH juga diyakini akan menghadapi masalah dalam isu pembahagian kerusi sebelum PRU akan datang. Kesemua faktor ini menjadi penyebab mengapa jangka hayat PH boleh berakhir sebaik sahaja selepas PRU 14.
Pergeseran yang berlaku antara parti-parti komponen PH, seperti mana yang berlaku di DUN Pulau Pinang minggu lepas secara jelas menunjukkan kerapuhan PH. Di masa yang sama, sehingga hari ini pembentukan kerajaan PH di Selangor tidak berjaya, malah Dato Menteri Besar Selangor meskipun didesak kuat dari luar dan dalam lebih selesa untuk sama-sama melibatkan PAS dalam mentadbir negeri. Berdasarkan perkembangan pergeseran dan konflik tersebut, PPP tidak menolak kemungkinan jangka hayat PH boleh berakhir sebelum PRU akan datang.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah
Pusat Penyelidikan PAS
23 November 2015
11 Safar 1437
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Ni yang Wak tersangat hairan sekali, ade pulak yang kene main goncang2 pulak baru mau jadi. Kalu tak goncang make iayenye tak boleh menjad...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
DAP,PKR dan PAS pecahkan kuasa politik melayu Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara d...
-
photo hiasan Lembu korban terkorban Ber ribu2 ekor lembu telah terkorban pada hari raya pertama kedua dan ketiga. Tidak kurang pula warg...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Wak cube tanam pokok ni cume untuk suke2 aje, nampak nye tanaman ni dah mule mengeluarkan hasil nye. Buah ni masih mude lagi dan rase ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.