FMT Reporters | February 27, 2016
PKR seru semua pihak supaya merebut saat ini untuk berikhtiar mengembalikan negara di atas jalan yang betul.
PETALING JAYA: Masa telah tiba buat semua parti politik, organisasi masyarakat madani, pemimpin dan individu untuk bersatu sebagai rakyat yang prihatin demi tujuan yang lebih besar, kata PKR.
Menyusuli penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO serta pengisytiharaan ‘perang’ oleh pemberontak parti Melayu itu terhadap Majlis Tertinggi mereka semalam, hari ini gendang perang dipalu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Kita mesti bangkit di atas perbezaan dengan kesatuan hasrat mengambil-alih tampuk kepimpinan negara yang lemah,” kata beliau dalam satu kenyataan yang diterima FMT.
Azmin merujuk kepada skandal kewangan, kegagalan institusi negara, serta sekatan hak dan kebebasan yang menurut beliau telah membungkam nilai bersama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
PKR menyambut kenyataan tokoh politik Johor itu hari ini yang mendesak reformasi institusi negara sebagai titik perubahan untuk negara.
“Seperti mana Tan Sri Muhyiddin, hasrat dan cita-cita rakyat juga untuk merealisasikan sebuah Kerajaan yang adil, amanah dan jujur,” kata Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor.
PKR menyeru semua pihak supaya merebut saat ini untuk berikhtiar mengembalikan negara di atas jalan yang betul.
“Mereka tidak wajar menderita dengan ketidakadilan yang berlaku di tangan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa. Rakyat berhak mendapat kehidupan yang lebih baik.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
freemalaysiatoday.com Faisal Asyraf 18 Feb 2025, 11:08 AM Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keteran...
-
PAS memang sudah kehilangan banyak sokongan dari orang melayu. Faktor utama yang menyedarkan orang melayu ialah peristiwa di negeri Perak. O...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.