Send by Email
Bintulu – PAS tidak bimbang dengan cabaran yang dihadapi khususnya daripada Parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan raya negeri ke-11 (PRN-11) nanti, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata PAS berkeyakinan parti itu lebih mendapat sokongan berbanding Amanah yang disifatkan beliau hanya ‘khadam’ kepada DAP.
“Kita tidak menganggapnya satu saingan yang sangat mencabar khususnya apabila orang Islam dan kaum bumiputera menyedari bahawa Amanah adalah merupakan khadam kepada DAP,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Pengistiharan Calon PAS yang akan bertanding pada PRN-11 nanti di sini malam tadi.
Pada majlis itu, PAS secara rasmi mengumumkan senarai 11 calon yang akan bertanding di 11 kerusi Dewangan Undangan Negeri (DUN).
Ketika ditanya sama ada berlaku pertindihan kerusi khususnya dengan PKR pada PRN-11 itu nanti, Abdul Hadi berkata perkara tersebut hanya akan diketahui semasa hari penamaan calon.
Sementara itu, calon bukan Islam yang ditampilkan PAS untuk bertanding pada PRN-11 bagi DUN Kakus, Clement Bayang berkata penyandang kerusi itu yang disifatkan ‘sudah tua’ menjadi antara faktor beliau bertanding kali ini.
Penyandang kerusi DUN Kakus sejak lima penggal, Datuk John Sikie Tayai, 65, (DOB 15/05/1950) menang di kerusi itu pada 2011 selepas mengalahkan calon PKR, Paul Anyie Raja dengan majoriti 602 undi.
Bayang, 59, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak dan bekas penyanyi Iban yang terkenal di negeri ini berkata secara peribadi beliau juga mengenali Sikie yang juga rakannya.
“Dia pun kawan saya…saya tidak mahu dia kerja kuat sangat terus bertanding sebab dia sudah tua,” katanya yang pernah bertanding di DUN Kemena pada 2011.
Bayang juga mengakui sebagai calon PAS pada PRN-11 nanti, beliau turut melafaz baiah setia dengan perjuangan parti itu. – Bernama
Read more http://www.kualalumpurpost.net/pas-tidak-bimbang-hadapi-amanah-pada-pilihan-raya-sarawak/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
PAS memang sudah kehilangan banyak sokongan dari orang melayu. Faktor utama yang menyedarkan orang melayu ialah peristiwa di negeri Perak. O...
-
freemalaysiatoday.com Faisal Asyraf 18 Feb 2025, 11:08 AM Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keteran...
-
PAS sanggup berkorban buat apa saja demi menjaga hati dan perasaan DAP. Walaupun apa yang dilakukan itu banyak pihak meragui 'kehalalan...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
BERNAMA Patung wanita bersayap yang dibuang dari Taman MBI Desaku, Kulim, Kedah, hari ini. - Foto Ihsan Pembaca DUA patung ukiran berbent...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.