Monday, April 25, 2016

PM akan mengadap Sultan Terengganu dalam masa terdekat

NASIONAL
DI
LUNDU 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat berhubung isu membabitkan Menteri Besar Terengganu.

Najib pada masa yang sama meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi kerana pentadbiran kerajaan negeri Terengganu masih berjalan seperti biasa.

"Saya dijadual menghadap Sultan Terengganu dalam masa terdekat. Selepas itu, baru saya akan keluarkan kenyataan," katanya kepada pemberita di sini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata demikian ketika diminta mengulas isu itu selepas hadir dan memberi sokongan kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, calon BN DUN Tanjung Datu di sini hari ini bersempena penamaan calon Pilihan raya Sarawak ke-11.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-