Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah layak digelar musuh UMNO dan orang Melayu ekoran tindak-tanduk beliau yang terus membuat serangan bertali arus terhadap parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Dr. Mahathir juga telah melampaui batas apabila tergamak berikrar mahu menghancurkan UMNO ketika berucap di Ketereh, Kota Bharu baru-baru ini.
Sehubungan itu, tegas beliau, ahli dan penyokong UMNO tidak perlu bersentimental untuk menyokong Dr. Mahathir.
“Kita akui Dr. Mahathir berjasa besar kepada UMNO, kepada negara tetapi kini kita tidak perlu untuk sentimental sangat. Beliau sudah bersama kumpulan lain yang ingin menjatuhkan UMNO.
“Beliau kini berkongsi pentas dengan Lim Kit Siang, dengan (Datin Seri) Wan Azizah Wan Ismail, malah berbaik pula dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim apabila melawat beliau di mahkamah baru-baru ini.
“Kita mesti tengok Dr. Mahathir sama taraf dengan kumpulan pembangkang yang selama ini mahu tengok UMNO tumbang. Dia kini adalah musuh UMNO, musuh orang Melayu,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, di sini hari ini.
“Saya juga hairan dengan sikap Dr. Mahathir. Ketika dalam kerajaan dulu, mereka bersetuju bahawa badan kehakiman adalah bebas dan berkata kes Anwar diadili mengikut proses perundangan yang betul,” katanya.
Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.