Tuesday, December 6, 2016

PPBM tak perlu tunggu PAS, kata Zuhdi

 AIDCNEWS
AIDCNews – 5/12/16 –Jika semata-mata untuk memastikan PAS kembali ke pangkuan Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak perlu menunggu lagi, kata Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki.

Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika dihubungi Antarapos hari ini berkata, tindakan menunggu itu adalah kerja sia-sia kerana pendirian PAS masih kekal untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana parti yang bersama dengan DAP dan PAN.

“Dia (Mahathir) tak perlu tunggu PAS sebenarnya sebab kita sudah memang putus hubungan langsung dengan DAP dan PAN.

“Jadi untuk duduk sekali dengan DAP dan PAN, memang kita takkan boleh jadi pun. Sebab kita dah putuskan benda tu,” katanya.

Zuhdi berkata terpulang kepada Dr Mahathir untuk membuat apa-apa tuduhan termasuk mendakwa partinya mempunyai agenda tersembunyi bekerjasama dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Cuma tuduhan dia (Dr Mahathir) kita ada hubungan dengan UMNO tu, terpulang pada dialah. Sebab kita sudah nyatakan lama sebelum ini bahawa PAS tidak bersama dengan UMNO dan Pakatan Harapan.

“Kita akan duduk dalam blok lain. Kita ada blok yang ketiga. Kita bukan pembangkang yang tegar, dan kita bukan juga kerajaan yang tegar, kerajaan yang tak dengar cakap orang,” tegasnya.
Semalam, Dr Mahathir ketika bercakap pada sidang media di Persidangan Kebangsaan DAP berkata jika sesetengah pihak tidak mahu bersama Pakatan Harapan untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak, maka pakatan pembangkang bersedia untuk pertandingan lebih daripada satu lawan satu pada PRU14.

“Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk bersama, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.

“Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita bersedia untuk tiga atau empat penjuru,” ujarnya.
Sementara itu, dalam Persidangan Kebangsaan DAP semalam, Dr Mahathir dilaporkan berdiribersama-sama pimpinan DAP yang lain ketika lagu rasmi DAP dimainkan.

“Hari ini, Tun Mahathir berdiri untuk lagu parti DAP. Esok, adalah satu hari lebih dekat dengan kejatuhan rejim MO1, kata Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, dalam Twitternya.
lim

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-