Wak Labu Farm

Mohd Suleiman Othman

Tuesday, July 4, 2017

Jangan pilih calon PRU tidak fasih Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR – “Orang Bangladesh yang datang ke negara kita beberapa bulan dah mula boleh bertutur bahasa Melayu. Patutkah ada orang Malaysia yang hidup membesar di sini tetapi tidak fasih bahasa Melayu.”

Demikian pandangan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengenai kewajaran setiap rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan kaum menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Menurut beliau, setiap negara ada identitinya dan Malaysia adalah Tanah Melayu maka Bahasa Melayu antara identitinya.

Justeru, beliau berpandangan kelompok yang tidak fasih bahasa Melayu sepatutnya tidak diberikan ruang dalam politik Malaysia kerana mereka akan menghilangkan identiti negara ini.

“Kelompok yang seperti ini sepatutnya tidak diberikan ruang dalam politik negara ini. Mereka ini akan menghilangkan identiti negara kita.

“Menjelang pilihan raya ini pastikan calon yang bakal dihantar ke Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dapat bertutur dengan baik dalam bahasa rasmi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian susulan pengumuman Kementerian Kesihatan berhubung kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu peringkat SPM untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 bagi memberi peluang pada graduan perubatan yang tidak menduduki SPM menerima latihan siswazah dan berkhidmat wajib dua tahun dengan kementerian itu.

Pada 1 Jun lalu, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pernah mendesak pemimpin tertinggi Pakatan Harapan daripada DAP, Lim Kit Siang menjelaskan tempat sebenar beliau dilahirkan supaya seluruh rakyat Malaysia tahu asal usul pemimpin tertinggi pembangkang itu.

Ia ekoran kegagalan Kit Siang bertutur bahasa Melayu dengan baik hingga hari ini dan maklumat wikipedia yang mengelirukan mengenai asal usul beliau.

Mohd. Asri berkata, setiap negara ada identiti dan Malaysia adalah Tanah Melayu maka Bahasa Melayu antara identitinya.

Menguasai sesuatu bahasa adalah suatu kelebihan. Jika ada orang yang gagal menguasai bahasa negaranya sendiri maka tanpa syak itu suatu kecacatan.

“Bagaimana mungkin orang Malaysia tidak boleh berbahasa Melayu?! Kalau di peringkat pendidikan bagaimana mungkin seorang terpelajar di Malaysia tidak boleh berbahasa Melayu?” katanya.

 – MYNEWSHUB.CC



By Wak Labu Farm at July 04, 2017
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Bahasa Melayu, DAP, orang Malaysia, Pakatan Harapan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-

  • Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin
      Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
  • Kerajaan Ismail akan jatuh? (Suatu teori konspirasi)
    bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
  • Hine nye melayu dikace mate kaum cine...........
    Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
  • Keburukan UMNO dan keburukan PAS.
    Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
  • ISLAM PAS BODOH PIANG............
    Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
  • Kemenangan PAS dengan kelebihan 65 undi sahaja.
    PAS memang sudah kehilangan banyak sokongan dari orang melayu. Faktor utama yang menyedarkan orang melayu ialah peristiwa di negeri Perak. O...
  • Mahkamah tetap 11 hari perbicaraan Muhyiddin berkait kes Jana Wibawa
    freemalaysiatoday.com Faisal Asyraf 18 Feb 2025, 11:08 AM Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keteran...
  • PAS Berkorban Apa Sahaja ~~~~~~~~~~~~~~~Demi Menjaga Hati Dan Menjaga Perasaan DAP
    PAS sanggup berkorban buat apa saja demi menjaga hati dan perasaan DAP. Walaupun apa yang dilakukan itu banyak pihak meragui 'kehalalan...
  • Ape orang tue ni dah buat selame lebih kurang 22 tahun menerajui negare.............?
    22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
  • Patung wanita bersayap dibuang
    BERNAMA Patung wanita bersayap yang dibuang dari Taman MBI Desaku, Kulim, Kedah, hari ini. - Foto Ihsan Pembaca DUA patung ukiran berbent...

Banjar Bloger

Banjar Bloger

Terima Kasih

Terima Kasih

Maut

Maut
Mati akan tiba pada bila2 masa saja...Tak kira tua atau muda.

Ingatan bagi diriku

Ingatan bagi diriku

My Blog List

  • KERENGGA
    Exco tiada kuasa gantung tugas SUK, penasihat undang-undang, AGC sanggah MB
    3 days ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 years ago
  • MiLo SuaM
    Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    8 years ago
  • Pejuang Tok Gajah46
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    8 years ago
  • Kasultanan Banjar
    Syahidin Penghulu Haji Rasyid
    13 years ago

ayam piru

ayam piru
dah cukup matang

muscovy duck

muscovy duck
itek serati

Wak Labu Farm

Wak Labu Farm
sejauh mata memandang

Search This Blog

About Me

My photo
Wak Labu Farm
View my complete profile
  • Home

yang berkunjung ke laman Blog Wak Labu Farm - https://wak-labu.blogspot.my Terima Kaseh

Translate

Blog Archive

Report Abuse

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
Comments
Atom
Comments

Followers

Tumbuhan herba

Tumbuhan herba
keladi tikus

Sahabat Bloggers

  • AGEN DSAI....
    JOM BALIK UNDI JOHOR, UMNO MENANG NAJIB BEBAS?
    2 months ago
  • Journal Pak Abu
    Keupayaan berfikir dan memahami logik asas yang sedang merudum ke bawah
    5 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Anakbukitgantang in Putrajaya
    Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
    8 years ago
  • tok gajah
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • Direktori Blog Politik Malaysia
    Ke manakah Menghilangnya Pengganas Komunis dan Keturunannya?
    8 years ago
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    8 years ago

Sahabat bloggers

  • TAZKIRAH
    Tazkirah di Facebook
    2 months ago
  • SEDAKA SEJAHTERA
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    4 years ago
  • ! BUJANG SENANG !
    DUN Johor bubar Ahad ini?
    4 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    4 years ago
  • JENTAYUABAKA
    KESIHATAN MENTAL: TV ASING TERPESONA PROGRAM MEMANUSIAKAN MANUSIAWI
    5 years ago
  • PANEH MIANG
    Just an amusing observation..
    7 years ago

Sahabat Bloggers

  • Pahang Daily Online
    Isu Tanah Babitkan Orang Asli Semelai Tasek Bera Perlulah Ditangani Dengan Baik Kerana Bahang PRU-16 Kini Semakin Menghampiri
    3 days ago
  • Apa Yang Tersirat
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
    1 year ago
  • tumpang sekole...?
    KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...
    2 years ago
  • Wak Long@Man
    Agong lantik Muhyiddin sebagai PM
    6 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • KedahLanie.info
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..
    8 years ago
Simple theme. Powered by Blogger.