Wednesday, October 25, 2017

BN: Bajet PH tak realistik, tak mampan, tak bertanggungjawab

Melissa Darlyne Chow
October 25, 2017

Menteri kanan berkata belanjawan alternatif yang dibentangkan Pakatan Harapan hari ini berdasarkan fakta yang tidak betul.

KUALA LUMPUR: Pimpinan Barisan Nasional mencemuh belanjawan alternatif yang diumumkan Pakatan Harapan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata belanjawan alternatif Pakatan Harapan boleh disimpulkan dalam 3 perkataan – tidak bertanggungjawab, tidak realistik dan tidak mampan.

Merujuk kepada tema belanjawan alternatif “Belanja Berhemah, Potong Cukai, Pilih Harapan”, Rahman berkata PH tidak mungkin akan memberitahu rakyat Malaysia bahawa perbelanjaan operasi (OPEX) Pulau Pinang dan Selangor meningkat sejak mereka mengambil alih negeri itu pada 2008.

Rahman berkata OPEX Pulau Pinang meningkat RM252.3 juta pada 2007 kepada RM825.9 juta pada 2015. OPEX Selangor pula meniingkat RM1.15 bilion kepada RM2.34 bilion dalam tempoh yang sama.

“Malah, jika mereka telah membelanjakan wang negeri masing-masing dengan bijak, perbelanjaan operasi mereka akan menurun dan bukan sebaliknya,” kata menteri itu dalam kenyataan hari ini.

Rahman turut menyentuh janji PH memotong cukai, termasuk menghapuskan GST, mengurangkan duti eksais untuk kenderaaan, menghapuskan tol lebuhraya, menyediakan pendidikan percuma dan menjimatkan RM20 bilion hasil melawan rasuah.

“Sudah tentu mereka tiada rancangan bagaimana mereka akan membiayai kos membeli semula semua pemegang konsesi tol di Malaysia, tiada rancangan kukuh bagaimana mereka akan membayar RM40 bilion pinjaman PTPTN yang terhutang kepada institusi kewangan atau bagaimana mereka dapat menjimatkan RM20 bilion setiap tahun hasil memerangi rasuah.

“Walaupun hakikatnya menghapuskan tol, menyediakan pendidikan percuma dan meningkatkan gaji minimum akan menelan ratusan bilion ringgit dalam jangka masa panjang,” katanya.

Belanjawan PH beri kesan buruk

Rahman minta berwaspada kerana janji seperti itu tidak mencipta pekerjaan, menaikkan pendapatan seseorang atau mengurangkan kos sara hidup, sebaliknya menyebabkan perniagaan tidak mengambil pekerja manakala pekerja sedia ada akan kehilangan pekerjaan, dan agensi rating kredit akan menurunkan rating bon kerajaan.

Beliau berkata keadaan itu akan menyebabkan kos meminjam yang lebh tinggi buat kerajaan dan “banyak lagi kesan buruk bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga kepada rakyat secara langsung”.

Beliau berkata Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan agensi rating kredit memuji kerajaan kerana mengamalkan pendekatan yang betul ke arah dasar fiskal yang mampan dengan melaksanakan GST dan merasionalkan subsidi.

Pembangkang bagaimanapun berjanji untuk melaksanakan langkah yang berlawanan dengan dasar-dasar itu, katanya.

“Rakyat perlu sedar satu-satunya belanjawan yang penting dan akan beri kesan positif kepada mereka ialah belanjawan yang akan dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini.

“Kita tidak boleh membahayakan masa depan kita dengan bergantung kepada janji palsu pembangkang. Kerajaan kami kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak hanya memikirkan masa sekarang, tetapi juga masa depan, negara ini.

“Satu perkara yang kita pasti pembangkang lakukan ialah keluar dewan seperti yang mereka lakukan semasa pembentangan belanjawan 2017,” katanya.

Bajet PH mahu terbalikkan usaha BN

PH dalam belanjawan alternatifnya berjanji akan mengembalikan subsidi minyak yang dimansuhkan 3 tahun lalu dan menghapuskan semua tol lebuhraya.

“Subsidi minyak perlu diberikan kepada rakyat memandangkan Malaysia ialah negara pengeluar minyak, selain menaikkan kadar royalti minyak di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak sehingga 20%. Untuk itu kami mencadangkan subsidi minyak sekitar RM1 bilion pada 2018.

“Ini bermakna pengurangan 20 sen seliter untuk sejumlah 5.4 bilion liter petrol bersubsidi,” kata PH.

PH bagaimanapun berkata mereka akan melaksanakan sistem di mana subsidi minyak boleh dinikmati semua rakyat Malaysia.

Mengenai menghapuskan tol lebuhraya, PH berkata daripada membayar pampasan kepada pemegang konsesi untuk tidak menaikkan kadar tol, lebih wajar sekiranya kerajaan membeli semua pemegang konsesi dalam tempoh jangka masa panjang bagi memastikan rakyat mendapat manfaat secara langsung.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong bagaimanapun berkata belanjawan alternatif PH menjadi bahan ketawa rakyat.

Fakta bajet PH tidak betul

Wee mencemuh data dasar PH berkenaan kampung baru Cina dan kampung nelayan, yang merupakan sebahagian daripada portfolio Wee selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri.

PH berikar akan memperuntukkan RM60 juta setahun untuk 5 tahun berikutnya bagi menambahbaik perkampungan itu, berbanding RM20 juta setahun yang diperuntukkan kerajaan persekutuan.

“Mereka kata meraka mahu tawarkan peruntukan lebih baik untuk pembangunan kampung baru, tetapi fakta mereka tidak betul.

“Mereka kata kerajaan BN beri RM20 juta setahun. Di bawah Rancangan Malaysia ke-11, disebutkan bahawa RM300 juta diperuntukkan untuk naik taraf prasarana. Dibahagikan kepada 5 tahun, ia bersamaan RM60 juta setahun.

“Mereka menggunakan data dasar yang tidak betul. Kiraan mereka salah,” katanya kepada FMT.

Wee turut mencemuh ikrar PH untuk menyediakan pinjaman faedah rendah khas untuk perniagaan kecil-kecilan, kerana BN pernah melakukannya sebelum ini.

“Di bawah skim mikro-kredit mereka, PH kata mereka akan beri pinjaman untuk membayar premium tanah, melakukan perniagaan dan akhir sekali, ubah suai rumah.

“Mereka tidak tahu yang perkara tu diperkenalkan BN 7 tahun lalu.

“Mereka tak beri perhatian. Mereka tidak periksa fakta mereka. Penyelesaian inovatif? Dulu lagi kita lakukannya,” katanya, dan menambah PH cuba beri gambaran bahawa kerajaan gagal melaksanakan semua perkara itu.

Wee juga berkata antara 2016 dan 2017, RM120 juta diagihkan untuk naik taraf kampung baru, termasuk membaiki kediaman .lama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-