Saturday, October 14, 2017

Srikandi Bersatu mahu 'gegarkan' Putrajaya

ATIRAH HASLI
14 OKTOBER 2017
Sebahagian dari peserta yang hadir. – Foto Sinar Harian AFIQ RAZALI

PETALING JAYA - Ketua Srikandi Bersatu, Rina Mohd Harun mahu 'gegar' Putrajaya dengan suara rakyat yang menolak kerajaan.

Beliau mendakwa pemerintahan kerajaan BN masa kini telah menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan tertekan dan tersepit.

"Setakat buat jualan murah sehari tak akan menyelesaikan masalah kita. Ia tidak membantu menyenangkan ekonomi rakyat.

"Apa yang Ketua Wanita Umno buat untuk atasi masalah ini?" soalnya dalam ucapan menerusi himpunan 'Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi' hari ini.

Menurutnya lagi, golongan wanitalah yang paling banyak menerima tekanan daripada kenaikan kos sara hidup yang disebabkan kerajaan.

"Harga ikan naik atau tidak? Harga ayam naik atau tidak? Setiap hari harga barang naik!

"Apa rakyat boleh buat sekarang? Kuasa di tangan rakyat. Gunakan kuasa kita semasa pilihan raya nanti!" tegasnya.

Pakatan Harapan sebelum ini menyasarkan 100,000 orang menyertai himpunan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi”, hari ini.

Himpunan dijadualkan bermula 4 petang hingga 12 malam dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan filem pendek, persembahan kebudayaan dan ceramah bagi menjelaskan makna kleptokrasi kepada orang ramai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-