Showing posts with label Kerajaan BN. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan BN. Show all posts

Thursday, September 12, 2019

Tergadai lagi negara

oleh Ab Jalil Backer

Menjual Negara

1. Sebelum PRU14, Pakatan Harapan mendakwa Kerajaan BN menjual negara kepada China kerana membenarkan projek Forest City. Forest City merupakan projek kondominium mewah atas tambakan laut yang mensasarkan pembeli antarabangsa terutama dari China.

2. selepas PRU-14, perniagaan dan hartanah milik kerajaan mula dijual kepada pelabur asing.

3. Sekarang PH menjadi agen kepada pemaju perumahan pula apabila sedang merancang untuk menjual rumah yang tidak terjual kepada rakyat China dan Hong Kong.

4. Sepatutnya Menteri KPKT menggesa pemaju perumahan menurunkan harga bagi memenuhi keperluan rakyat tempatan. Ini menteri pula sibuk menjadi ejen hartanah pemaju perumahan. Ada komisyen ker?

5. Tindakan Menteri ini akan mengakibatkan harga rumah terus tinggi dan rakyat biasa tiada kemampuan membeli.

6. Tidak lama lagi hartanah di Lembah Klang ini banyaklah akan dimiliki oleh orang kaya dari China dan Hong Kong.

7. Jika ini dilaksanakan juga maka tidak mustahil banyaklah duit haram akan masuk ke Malaysia melalui penjualan ini.

Nampaknya sedikit demi sedikit Allah makbulkan ratib dan zikir penyokong PH berbangsa Melayu dan beragama Islam bahawa negara ini sedang tergadai.

Sunday, October 14, 2018

Hutang negara hanya alasan burukkan BN

NURULFATIHA MUAH
14 OKTOBER 2018

Najib Tun Razak. Foto - Bernama

SHAH ALAM - PH didakwa menggunakan propaganda hutang RM1 trilion bagi memburukkan kerajaan BN sebelum ini, selain sebagai alasan untuk menjual aset negara, memperkenalkan cukai-cukai baharu dan menarik balik bantuan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, pakar Bank Dunia jelas menyatakan hutang Malaysia tidak meletakkan negara pada keadaan bahaya seperti digembar-gemburkan kerajaan hari ini.

"PH tahu ini, tetapi mahu terus gunakan propaganda ini. Pakar Bank Dunia bukan senang ditipu oleh propaganda," katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook peribadinya hari ini.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, menerusi pemerhatiannya, ramai rakyat Malaysia tidak bertanya kenapa hutang negara diumumkan kerajaan PH selepas PRU14 sebagai cukup-cukup RM1 trilion.

Beliau berkata, istilah trilion digunakan PH sangat sensasi dan menakutkan orang ramai, selain mudah untuk diputar belit.

Katanya, hutang rasmi kerajaan adalah RM688 bilion sahaja, namun untuk menaikkan menjadi RM1 trilion, kerajaan PH turut masukkan jaminan hutang (contingent liability) sebanyak RM199 bilion ke dalamnya.

"Tetapi hutang bon untuk membiayai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang kini RM40 bilion tidak pula dimasukkan ke dalam angka RM199 bilion ini. Ini ialah sebab angka propaganda RM1 trilion sudah tercapai dan tidak perlu lagi memasukkan jaminan hutang PTPN dan lain-lain lagi ke dalamnya.

"Angka RM199 bilion ini juga termasuk RM38 bilion untuk 1MDB sedangkan hutang 1MDB yang sebenar bukan begitu banyak dan mempunyai aset-aset tertentu seperti Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX) dan tanah di Pulau Pinang yang nilainya juga berpuluh bilion. Apa sudah terjadi dengan aset-aset ini? Nilai semua aset ini sudah menjadi kosong?," katanya.

Menurutnya, berdasarkan laporan terkini Bank Negara Malaysia (BNM) yang merupakan agensi utama untuk melaporkan secara rasmi kewangan kerajaan, hutang negara dilapor sebagai RM725 bilion pada akhir suku kedua 2018, berbanding RM688 bilion pada akhir tahun 2017.

"Takkan BNM mahu menipu? Dan tidak ada pula pengubahan terhadap jumlah RM688 bilion itu.

"Ya, hutang naik juga apabila PH jadi kerajaan dan dijangka akan naik lagi bagi suku ketiga kerana saya lihat pinjaman baru untuk bulan Julai dan Ogos adalah sekitar RM10 bilion," katanya.

Ketika masih menjadi perdana menteri, Najib berkata, defisit bajet kerajaan telah terkawal dan menurun lapan tahun berturut-turut selepas negara mengalami kesan teruk pada krisis ekonomi global, 2007 hingga 2012.

Wednesday, July 25, 2018

Parlimen: Kerajaan PH takkan bertahan lama

Rohaniza Idris
roha@nstp.com.my

MyMetro

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa. Foto NSTP/ASWADI ALIAS

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meramalkan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan dapat bertahan sehingga habis penggal ini.

Beliau berkata, ramalan itu dibuat berdasarkan pemerhatian sejarah dunia yang menyaksikan parti pemerintah baru tersungkur selepas mengalahkan parti pemerintah lama.

“Lihat saja Parti Janata (JP), yang tumbang tiga tahun selepas menewaskan Parti Kongres Kebangsaan India dan Parti Demokrasi Jepun (DPJ) yang tumbang tiga tahun selepas menewaskan Parti Demokrasi Liberal.

“Adakah kerajaan PH akan mengalami nasib sama? Kita belum tahu lagi berapa lama, tetapi saya ramalkan tak sempat habiskan penggal, kerajaan mungkin saja bertukar,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

JP memerintah dari 1977 hingga 1980 dan tumbang kerana pertelingkahan dalaman dan perbezaan ideologi menyebabkan kerajaannya tidak mampu menangani masalah negara dengan berkesan.

DPJ pula memerintah dari 2009 hingga 2012, tetapi terbubar kerana reformasi yang diperjuangkannya tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan ekonomi dan pengundi.

Annuar berkata masih belum nampak kerajaan berusaha menunaikan janji-janji pilihan rayanya.

“Hari ini rakyat kembali resah apabila banyak janji tidak ditunaikan. Rakyat gusar apabila pembawaan kerajaan masih dilingkungi dengan sentimen dan usaha membalas dendam serta terbawa-bawa pendekatan kosmetik.

“Rakyat sebenarnya menunggu kerajaan membawa perubahan lebih baik kepada negara. Kita ingin bertanya kepada kerajaan apakah janji dan sasaran untuk setidak-tidaknya mengekalkan prestasi yang telah ditinggalkan kerajaan BN,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Julai 2018 @ 9:04 PM

Monday, December 4, 2017

TPM: Tanggapan rasuah hanya ada dalam BN tak adil

Anne Muhammad
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata persepsi rasuah hanya ada dalam kerajaan negeri yang ditadbir BN adalah tidak adil.

"Untuk memberikan gambaran yang kerajaan (BN) rasuah kerana penglibatan pegawai atau mereka yang berkuasa, ia adalah tuduhan yang tidak adil.

"Seolah-olah kerajaan BN yang tulang belakangnya Umno (sahaja) diberi persepsi negatif ini," katanya Persidangan Pemerkasaan Generasi Baharu 2017 di Kuala Lumpur, hari ini.'

Beliau menyatakan keyakinannya terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang bagi membanteras gejala itu.

"Tetapi kita yakin SPRM juga melihat bagaimana amalan, jika ada, pada kerajaan negeri yang bukan dipimpin Umno BN.

"Saya yakin SPRM juga akan melakukan siasatan sehingga ke akar umbi (pada kerajaan negeri tersebut)," katanya lagi.

[Berita penuh menyusul]

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/404258#aFUQ906I4o0VCkbY.99

Wednesday, November 1, 2017

Mustahil rasuah sifar kerana pemimpin tunjuk teladan buruk, kata Mukhriz

Faiz Zainudin
November 1, 2017

PPBM tidak percaya Malaysia boleh mencapai tahap rasuah sifar bawah pentadbiran Najib Razak.

KUALA LUMPUR:  PPBM tidak percaya Malaysia boleh mencapai tahap rasuah sifar bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dikatakan oleh bekas menteri kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata mustahil rasuah sifar di Malaysia kerana pemimpin atasan menunjukkan teladan buruk.

“Sekarang ini saya lihat di peringkat setiausaha bahagian kementerian boleh hilang RM100 juta lebih, sebab mereka yang di bawah melihat ‘bos’ mereka 2×5. Kalau ‘bos’ boleh buat takkan mereka tak boleh?” kata bekas menteri besar Kedah itu.

“Kalau setiausaha bahagian RM100 juta lebih, bayangkan yang paling atas itu macam mana,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri program Sembang Santai d Wangsa Maju hari ini.

Terdahulu, Husni ketika membahaskan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini yakin Malaysia akan mencapai tahap rasuah sifar setelah meliihat kesungguhan perdana menteri memerangi budaya itu.

“Beberapa bulan lalu saya bertemu dengan Najib dan memberitahu bahawa kita mesti mengubah masa depan, kita mahu masa depan yang lain. Saya katakita mahukan rasuah sifar dan apa Najib kata? ‘Yes’ Husni,” kata ahli Parlimen Tambun itu.

Mukhriz tetapi percaya majoriti rakyat tidak berkongsi pandangan Husni, yang beberapa bulan lalu dilihat lantang mengkritik Najib berhubung isu 1MDB.

“Dia boleh kata apa yang dia suka tapi majoriti rakyat tahu bahawa malang bagi negara kita mempunyai seorang perdana menteri seperti itu. Siap boleh kata negara sifar rasuah bawah Najib…itu tidak masuk akal.”

Mukhriz akui budaya rasuah turut berlaku di zaman pentadbiran bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tun sendiri akui perkara itu, tetapi dia berusaha memerangi rasuah. Dia pinda dasar kerajaan, perketat undang-undang. Tun lebih progresif…saya tidak tahu bagaimana nak selamatkan negara kalau kerajaan BN dikekalkan,” katanya.

Saturday, October 14, 2017

Srikandi Bersatu mahu 'gegarkan' Putrajaya

ATIRAH HASLI
14 OKTOBER 2017
Sebahagian dari peserta yang hadir. – Foto Sinar Harian AFIQ RAZALI

PETALING JAYA - Ketua Srikandi Bersatu, Rina Mohd Harun mahu 'gegar' Putrajaya dengan suara rakyat yang menolak kerajaan.

Beliau mendakwa pemerintahan kerajaan BN masa kini telah menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan tertekan dan tersepit.

"Setakat buat jualan murah sehari tak akan menyelesaikan masalah kita. Ia tidak membantu menyenangkan ekonomi rakyat.

"Apa yang Ketua Wanita Umno buat untuk atasi masalah ini?" soalnya dalam ucapan menerusi himpunan 'Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi' hari ini.

Menurutnya lagi, golongan wanitalah yang paling banyak menerima tekanan daripada kenaikan kos sara hidup yang disebabkan kerajaan.

"Harga ikan naik atau tidak? Harga ayam naik atau tidak? Setiap hari harga barang naik!

"Apa rakyat boleh buat sekarang? Kuasa di tangan rakyat. Gunakan kuasa kita semasa pilihan raya nanti!" tegasnya.

Pakatan Harapan sebelum ini menyasarkan 100,000 orang menyertai himpunan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi”, hari ini.

Himpunan dijadualkan bermula 4 petang hingga 12 malam dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan filem pendek, persembahan kebudayaan dan ceramah bagi menjelaskan makna kleptokrasi kepada orang ramai.

Sunday, October 1, 2017

'Siapa mahu lawan BN patut bersama Harapan'

WARTAWAN SINAR HARIAN
1 OKTOBER 2017
Wan Azizah (dua, kanan) bersama Azan (kiri) melancarkan bilik gerakan utama pilihan raya PKR Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU - Mana-mana parti politik yang mahu menjatuhkan kerajaan BN untuk masa depan negara lebih baik bersama dengan Pakatan Harapan dalam mencapai kemenangan dalam PRU14.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, parti itu bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti asalkan objektif Harapan untuk menumbangkan BN dan membentuk kerajaan baharu dapat difahami.

“Objektif kita jelas iaitu untuk tumbangkan BN. Siapa yang ada motif sama patut bersama kita,” katanya selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama Pilihan raya PKR Terengganu di Lorong Salak, Chabang Tiga, semalam.

Hadir sama Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan barisan kepimpinan PKR lain.

Wan Azizah mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan tindakan PKR dan DAP menyingkirkan parti Islam itu bukan sebagai satu kerugian, sebaliknya kedua-dua parti tersebut disifatkan telah menyingkirkan diri sendiri.

Mengulas lanjut, Wan Azizah memberitahu, bukan Harapan yang menyingkirkan Pas daripada gabungan pembangkang tetapi parti itu sendiri yang bertindak memutuskan tahalul siyasi antara PKR dan DAP.

Malah katanya, Pas boleh menyatakan apa saja termasuk kekuatan yang dimiliki oleh parti itu, namun akhirnya rakyat sendiri akan membuat pilihan parti mana berhak untuk menjadi kerajaan.

Wan Azizah turut menjelaskan bahawa analisa yang diperoleh menyatakan, Pas mencapai kemenangan pada PRU13 disebabkan kerjasama parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.

Terengganu merupakan negeri pantai timur pertama dikunjungi Wan Azizah untuk melancarkan bilik gerakan pilihan raya sebagai persiapan parti itu menghadapi PRU14 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa saja.

Sehingga akhir tahun ini, PKR dijangka melancarkan keseluruhan bilik gerakan pilihan raya parti itu di seluruh negara.

Sunday, September 24, 2017

'Bukan semua pemimpin mampu buat seperti PM'

AZIZAH SHAFIEI
24 SEPTEMBER 2017
Shamsul Anuar dan Ismail Sabri bersama masyarakat setempat serta lima pelajar Tahun 1 yang menerima replika SSPNi sebagai simbolik penyerahan bantuan itu kepada 300 pelajar dari enam cawangan Umno dalam kawasan Parlimen Bera.

BERA - Pendekatan membantu rakyat secara menyeluruh tidak mampu dilakukan oleh semua pemimpin sebagaimana dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Biro Kebajikan Umno, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, program Umno Bantu Rakyat 2.0 adalah antara program yang berkesan secara berterusan kepada golongan sasaran yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.

"Ada orang cakap sesiapa memerintah pun boleh buat program macam ini, namun sebagai contoh, insentif kepada pekebun kecil getah sebanyak RM200 sebulan yang dilaksanakan oleh PM sekarang tiada semasa zaman Tun Dr. Mahathir Mohammad.

"Jadi bukan semua pemimpin boleh lakukan seperti Datuk Seri Najib dan program ini adalah usaha memperkasakan lagi bantuan kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program Umno Bantu Rakyat 2.0 Parlimen Bera di Sekolah Kebangsaan Dato' Seri Hamzah, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Parlimen Bera menjadi lokasi ketiga pelancaran Program Umno Bantu rakyat selepas daerah Bentong dan juga Cameron Highlands di Pahang.

Monday, December 19, 2016

PAS tidak tertakluk kepada mana-mana pihak dalam membuat keputusan politik

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang mengambil jalur tarbiyah, dakwah dan politik dengan berpegang pada panduan Al-Quran dan As-Sunnah.

PAS juga maklum bahawa suasana politik Malaysia ada ketikanya statik dan kadangkalanya dinamik. Jesteru itu, PAS bersikap terbuka, berhati-hati dan mengambil pengalaman lalu dalam menentukan sikap politiknya terutama isu tahaluf dan kerjasama kepartian, namun PAS akan sentiasa tegas dalam prinsip.

Jelasnya matlamat PAS terlibat dalam politik adalah untuk membawa mesej menyelamatkan manusia dengan Islam sebagai cara hidup yang tidak memisahkan dunia dengan agama, di mana perkara dasar dan prinsip PAS adalah tetap manakala cara perubahan dilakukan pula boleh berbagai selagi mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah.

Persepsi songsang yang dibina secara berterusan oleh lawan adalah kononnya PAS telah tidak lagi berminat untuk menukar kerajaan Barisan Nasional yang ada pada masa kini termasuklah fitnah PAS menerima habuan “dedak” tertentu. PAS tidak melatah di atas persepsi karut sedemikian, apatah lagi melayan provokasi pelampau media sosial dan parti lawan yang saban waktu memesongkan berita mengenai PAS.

PAS akan tetap terus memperjuangkan prinsip keadilan untuk semua kaum, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam Kerajaan BN, dengan pendekatan politik matang dan sejahtera. Pada masa yang sama PAS juga menolak sebarang perkiraan dan percaturan politik yang merugikan masa depan Islam dan ummatnya.

PAS sedang mengkaji dengan mendalam setiap satu persatu kerusi dalam seluruh senarai Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negara kita. Keputusan di kawasan mana PAS bertanding, samada dua penjuru, tiga penjuru atau lebih, siapa dan bagaimana akan bertanding adalah akan mengikut maklumat kajian dan analisanya, pertimbangan keperluan dan kekuatan jentera PAS di setiap kedudukan kawasan pilihanraya berkenaan.

PAS tidak tertakluk pada mana-mana pihak yang telah membuat sebarang perjanjian pilihanraya pada masa ini dan juga tidak dipengaruhi oleh tekanan mana-mana pihak dalam membuat keputusan politiknya. Oleh itu PAS akan hanya membuat keputusan apabila tiba masanya yang sesuai.

PAS akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini bahawa tiada sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan parti DAP dan PAN, dan mana -mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam. Di masa yang sama PAS sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang menghormati dasar perjuangan PAS.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Isnin 19 Rabiul Awwal 1438H / 19 Disember 2016M

Monday, December 5, 2016

Fahaman sekular DAP tak sesuai dengan Malaysia

KUALA LUMPUR – Sekiranya pakatan pembangkang ditakdirkan memerintah negara, sudah pasti kerajaan akan didominasi DAP biarpun siapa Perdana Menterinya.

Ini, menurut tokoh UMNO, kerana DAP parti terkuat dalam pakatan pembangkang serta tidak memerlukan parti lain untuk menang kerusi dalam pilihan raya. Sebaliknya rakan sekutu, PKR dan Parti Amanah Negara lebih memerlukan DAP untuk menang.

Jika UMNO kuat di kawasan majoriti orang Melayu, DAP pula kuat di kawasan majoriti Cina, kata pemimpin UMNO kepada Bernama.

Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 menyaksikan persaingan sengit antara UMNO dan DAP, yang menyaksikan UMNO menang 78 kerusi Parlimen dalam PRU12, dan DAP 28.

Pada PRU13, UMNO menang 88 kerusi dan DAP 38. Ini menjadikan DAP parti kedua terbesar di Malaysia selepas UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berpendapat pertembungan UMNO dan DAP pada pilihan raya umum akan datang bukan disebabkan faktor perkauman tetapi kerana ideologi sekular DAP yang tidak sesuai dengan ideologi negara.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 menegaskan PRU14 adalah penentuan sama ada keindukan kerajaan pimpinan UMNO dikekalkan atau memilih kerajaan baharu yang diterajui DAP.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan bumiputera, berdepan persimpangan paling genting dalam sejarah politik negara untuk membuat keputusan antara dua pilihan tersebut.

Shahrir berkata apa yang dibimbangkan ialah mengenai tafsiran Perlembagaan Persekutuan termasuk hak-hak keistimewaan orang Melayu kelak bergantung kepada mereka yang dipilih untuk berkuasa, selepas Barisan Nasional.

“Kalau tak pun dibuangkan peruntukan dalam Perlembagaan, dia boleh mengurangkannya, boleh buat tafsiran sendiri atau pun kurangkan penekanan dan sebagainya,” katanya.

Anggota Parlimen Johor Bahru itu menegaskan kerajaan BN yang ditunjangi UMNO selama pemerintahannya berjaya memartabatkan syiar Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi persekutuan, tanpa menghalang amalan agama lain di negara ini.

“Kalau kita tengok kepada adat dan kepercayaan orang bukan Melayu umpamanya masyarakat Cina, amalannya berjalan dengan baik berbanding dengan Singapura dan Taiwan, semuanya itu (amalan agama) dikawal malah ada yang terus dihapuskan,” katanya.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata rakyat tidak mempunyai pilihan jika mahu melihat negara dalam keadaan yang bersatu padu dan aman damai kecuali dengan memilih BN sebagai kerajaan.

Untuk itu, katanya, orang Melayu perlu melihat DAP dari sudut yang lebih luas mengenai perjuangan yang dibawanya yang tidak akan memberi faedah kepada orang Melayu khususnya.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed pula berkata perubahan besar akan berlaku dalam model politik negara yang dibawa kerajaan berindukkan UMNO, sekiranya pemerintahan akan datang dikuasai DAP.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata saingan hebat daripada DAP itu telah memperkuat lagi iltizam UMNO untuk menawan hati pengundi khususnya di luar parti.

“Oleh itu program bagi menarik sokongan rakyat kepada UMNO perlu diperhebat seperti melalui kempen secara bersemuka dan media sosial,” katanya.

Naib Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarikh Khan pula berpesan kepada orang Melayu dan kaum lain di luar bahawa “belum ada lagi parti yang benar-benar memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan kaum lain kecuali UMNO dan BN”.

“Kita tak mahu perjuangan nenek moyang kita sebelum ini…hilang semua.

Jadi fikir-fikirlah…ini bukan masa untuk mencuba-cuba tapi inilah masa depan bangsa Melayu sendiri,” katanya.

BERNAMA

Friday, January 22, 2016

DAPSY: Pilih gantung biasiswa JPA, saiz kabinet terbesar di dunia kekal

oleh Hafiz Zainuddin

IPOH 21 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih untuk mengekal saiz kabinet yang paling besar di dunia hingga sanggup mengurangkan peruntukan biasiswa kepada mahasiswa.

Jika kerajaan UMNO BN serius membuat penjimatan di tengah-tengah kejatuhan pendapatan negara,Ketua Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan (DAPSY), Wong Kah Woh, berkata kaedah lebih berkesan dan tidak menzalimi rakyat.

Beliau menyifatkannya seolah-olah tindakan mengabai kebajikan dan menggadai masa depan mahasiswa cemerlang semata-mata untuk ‘membayar hutang’ akibat kelemahan polisi dan pelaksanaan kerajaan dalam urus tadbir kewangan negara

“Satu daripadanya mengurangkan jumlah dan kapasiti Kabinet sedia ada sekarang, yang mempunyai 37 menteri, yang sebelas daripadanya adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya.

Kah Woh berkata, hasil pendapatan negara melalui cukai barangan dan perkhidmatan (GST dijangka mencecah RM21 bilion tahun ini dan sepatutnya mampu membiayai perbelanjaan kerajaan tanpa perlu menghenti biasiswa JPA.

“Bagaimanakah Kerajaan BN boleh menjustifikasi pelaksanaan GST sedangkan kerajaan mengambil keputusan menggantung biasiswa JPN dengan menggunakan alasan pendapatan berkurangan?

“Jelas, polisi dan pentadbiran Kerajan BN kini lebih sesat arah tujunya,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning itu juga kesal kerana peruntukan untuk Kementerian Pendidikan Tinggi pada Bajet 2016 dikurangkan RM2.4 billion menyebabkan peruntukan untuk Universiti Malaya berkurangan 27.3 peratus atau RM460 juta.

“Kerajaan BN sepatutnya tahu pendidikan sesuatu perkara yang tidak boleh digadaikan dalam apa jua keadaan,” katanya.

Tuesday, August 25, 2015

Apabila orang UMNO sendiri meragui derma 2.6 bilion...............

Wujud pakatan di sebalik sumbangan RM2.6 bilion?‎

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR

Rafidah Aziz
SHAH ALAM – Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz mempersoalkan sama ada wujud pakatan tertentu di sebalik sumbangan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, wang ringgit dilihat seolah-olah begitu penting sehingga memerlukan penderma asing untuk menggerakkan parti.

“Persoalan saya ialah apa agaknya pakatan-pakatan tertentu di sebalik sumbangan tersebut? Apa agaknya yang dijanjikan kepada mereka (penderma)?

“Pendekatan apa agaknya yang dijangka dan diharapkan oleh penderma yang sanggup menderma wang sebegitu besar jumlahnya?” soal beliau dalam satu kenyataan, semalam.

Rafidah yang juga bekas menteri Kabinet turut mempersoalkan sama ada sumbangan itu akan menyebabkan kerajaan terhutang budi kepada penderma dan membolehkan kerajaan dipengaruhi pihak luar.

“Umno adalah parti tunjang kerajaan BN. Mempengaruhi Umno akan bererti mempengaruhi kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa politik wang telah menjadi kebiasaan dalam Umno dan menjadi masalah yang begitu serius.

“Sebenarnya, setiap ahli Umno wajar merasakan isu RM2.6 bilion sebagai masalah mereka sendiri. Ia pada asasnya memaparkan bagaimana politik wang dalam Umno telah mencapai satu tanda aras tinggi yang baru.

“Bagaimana wang ringgit telah menjadi penggerak tunggal untuk kerja berjalan di peringkat akar umbi. Ia merupakan corak dan ciri-ciri budaya politik Umno pada masa sekarang dan menuju ke hadapan,” katanya.

Katanya, politik wang ini bukan saja menghancurkan keperibadian parti tetapi juga akan merosakkan semangat juang, berusaha dan berkhidmat dalam kalangan pemimpin parti.

“Pemimpin Umno di semua peringkat mesti menerima dan mengambil sedikit sebanyak tempias isu wang dalam akaun presiden itu. Pasti sebahagian wang tersebut telah turun ke akar umbi dan tentu ramai yang telah sama-sama 'merasa'.

“Atau tidakkah kita patut menolak gejala politik wang supaya siapa juga yang dipilih sebagai pemimpin, adalah yang benar-benar berkemampuan untuk berkhidmat,” katanya.

Tuesday, March 27, 2012

penghijrahan politik cina

Wak tak heran kenapa kaum cina tiba2 tinggal kan MCA dan P Gerakan pada PRU12 yang lepas. Akibat dari perbuatan kaum cina ini hampir tumbangkan kerajaan BN. Pada ketika itu lah baru pencacai2 dan pemimpin2 BN terkejut beruk.

Ada banyak sebab mengapa kaum cina tidak berapa suke dengan BN. Pertama, mereka sudah berjaya menguasai ekonomi negara. Sekarang mereka teringin pula menguasai pemerintahan negara pule. Mereka sedar jika terus berada dalam BN peluang untuk menguasai negara amat tipis.

Kaum cina ni tahu dan sedar bahawa selagi UMNO berkuasa dalam BN selagi itu lah peluang untuk berkuasa dalam pemerintahan negara tersekat. Cume hanya ada satu jalan sahaja yang ada - jatuhkan kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO ni.

Untuk mengkaburi mata dan hati orang2 melayu, mereka sanggup pule membantu dan menyokong PAS dan PKR - make tertubuh lah Pakatan Rakyat dengan secara tidak rasmi nye. Bagi PAS dan PKR ini adalah satu peluang ke emasan untuk menumbangkan dan memusnahkan UMNO.

Jika tidak kerana bantuan dari Sabah dan Sarawak, kerajaan BN sudah pun berkubur pada PRU12 yang lepas. Kini PRU13 semakin hampir tiba. Wak tidak heran jika ada yang kate bahawa kaum cina masih lagi berusaha untuk manghancurkan kerajaan BN dan berkuasa bersama PAS dan PKR.

Wak juge tidak heran jika kerajaan BN tumbang pada PRU13 akan datang ini, sebab2 nye perangai dan kelakuan pemimpin2 BN terutama nye dari UMNO masih tidak berubah - berebut kuasa dan kumpul harta. Sokongan dari kaum melayu terhadap UMNO sudah berpecah.

Sedangkan kaum cina sudah bersatu sebulat suara menyokong DAP, di tambah pule dengan sokongan kaum melayu dari PAS dan PKR. Pencacai2 dan pemimpin2 UMNO masih pandang rendah atas kemampuan dan kekuatan PR untuk merobohkan tembok kerajaan BN.

Fix Deposit kerajaan BN - Sabah dan Sarawak sudah mula bergegar di goncang oleh isu2 kemiskinan, kekurangan infrastruktur dan perasaan 'terjajah'. Isu Taib Mahmud juge tidak menyenangkan hati rakyat Sarawak. Oleh itu, dalam menghadapi PRU 13 ini  jangan lah terlalu sangat berharaf dengan Sabah dan Sarawak.

Tuesday, March 6, 2012

Kalau vetran UMNO sendiri dah berkate demikian ....................

Sebenarnya UMNO ni memang haprak. Cuma pencacai2 dan penyokong2 nye yang memang dungu sahaja masih kekal menyanjung tinggi UMNO haprak ni. Di sini Wak nak kita same2 mengingati tentang peristiwa2 UMNO haprak ni.

 Dato Onn - kecewa dengan UMNO dan terus keluar tinggalkan UMNO dan tubuhkan Party Negara

Tengku Abd. Rahman - bila beliau di pencen kan dari jawatan PM nye, beliau merajuk dan keluar parti. Wak tak perlu le cerita apa beliau laku kan setelah tinggal kan UMNO.

Tun Dr Matahir juga tinggalkan UMNO kerana kecewa anakanda nya tewas dalam rebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Apabila anak nya yang tewas tu di berikan jawatan Tim. Menteri, beliau cepat2 isi borang masuk UMNO semula.

Sebenarnya ramai lagi pemimpin2 UMNO yang kecewa dengan parti UMNO. Cume yang boleh bertahan tu se mate2 untuk kepenting jawatan - ada jawatan ada kuasa, bila ada kuasa boleh kumpul harta. Pemimpin2 UMNO terlupe akan nasib malang kaum nye sendiri. Sehingga akhir nya PM terakhirnya minta maaf dan mengakui segale kesalahan UMNO.

Sebenarnya TDM sudah kumpul banyak harta hingga tak terkira banyak nye, kini beliau mahu teruskan kuasa nya melalui anak nye pula. Bila ada kuasa boleh kumpul banyak harta lagi. Perhatikan saja boleh di katakan semua pemimpin UMNO ni hidup mewah, kaya raya banyak harta wang ringgit ribuan jute.

Ku Li pernah mencabar kepimpinan TDM, beliau gagal dan terpaksa undur dari UMNO. Setelah kembali kepangkuan UMNO beliau meneruskan kerier politik nya secara low profile. Satu masa dahulu Ku Li ni memang hebat orang nye. Malang nye beliau terus 'di ketepikan' oleh UMNO.

Sejeka kebelakangan ni Ku Li nampak nye sudah mula bersuara sedikit2, tapi suara beliau ni sangat memerit kan telinga pemimpin2 dan pencacai2 UMNO. Apa yang di suarakan oleh beliau itu memang satu kenyataan dan kebenaran yang sangat pahit bagi UMNO. Pada hakikatnya UMNO harus terima nya walaupun ianya sangat pahit - kerana UMNO masih belum mahu berubah.

Buka Ku Li seorang sahaja yang merasakan UMNO itu masih belum mahu berubah, tapi Dato Kadir juga sudah mula bersuara tentang 'keburukan' UMNO. Mungkin tidak lama lagi Dato Kadir ini juga akan menerima 'amaran' yang sama seperti Ku Li.

Mengusik Ku Li boleh dikata kan sama dengan mengusik sarang tabuan. UMNO Kelantan akan menerima padah jika Ku Li terusik. PRU semakin hampir, PM menaruh harapan tinggi untuk meraih kemenangan setelah menaburkan ribuan jute RM. Malang nye rakyat hari ini sudah bijak, mereka tidak mudah terperangkap dengan jerat BR1M Najib.


Thursday, December 1, 2011

Apa sangat RM250 juta tu, orang lain dah kebas ribu2 juta pun ada yang dah terlepas...........

Wak sangat simpati pada Dato Senator ni, cuma di sebab kan lembu saja dah bikim dia troma dan hampir histeria di PWTC. Dah sampai singsing lengan dan angkat penumbuk, tapi belum sampai lagi selak kain. Wak malu tengok perangai sesetengah pemimpin UMNO yang bersikap demikian.

Suami Dato Senator ni cuma dapat pinjaman mudah berserta pajakan tanah yang luar beribu ekar itu saja. Itu suaminya yang dapat bukan nya Dato Senator yang dapat. Kalau nak bandingkan dengan menteri2 yang lain lagi hebah2. Bukan nya lembu, tapi kapal selam. Yang tak dapat kapal selam, dapat kereta kebal, Wak sendiri pun tak tau nak sebut berapa nilainya, mungkin mencecah beribu juta RM.

Ada juga yang di timpa malang. silap langkah agak nya. Yang malang tu ialah PKFTZ, kesiah wak pada bekas tawkey MCA tu. Tapi ramai juga yang bernasib baik - terlepas bebas. Mungkin yang terlepas tu gagah2 orang nya tak macam tawkey MCA yang malang tu.

Wak pesan sama Dato Senator ni supaya bersabar dan jangan bimbang, Allah melindungi makhluknya yang benar.

Tuesday, November 29, 2011

Saban hari media2 yang dikawal oleh kerajaan siarkan berita2 yang senangkan hati pemimpin2 UMNO saja

Kalau dengar dan lihat berita2 yang di siarkan oleh radio, TV dan surat khabar yang terkawal oleh kerajaan cuma siarkan cerita2 yang baik2 saja. Rakyat sudah kembali menyokong kerajaan, ekonomi berada di tahap yang paling mantab dan keamanan negara pula ditahab yang paling aman dan selamat.

Wak akui memang benar dan nyata perkara2 yang media siarkan tu betul semuanya. Akan tetapi bila wak dengar pula sembang2 warong kopi, cerita nya sangat berlainan. Tempat paling tidak selamat ialah dikampung2, hari2 siang malam ada saja kecurian, buah sawit yang tinggi melangit diatas pokok pun tidak selamat lagi. Kain baju tersidai di jemuran pun habis kena curi.

Bab kabel telepon lagi hebat ceritanya, malam di curi, siang hari ganti pasang, nanti malam pasti hilang lagi. Paling malang kalau rumah kosong di tinggalkan semalam dua, habis semua kena kebas, mcm dalam cerita Ali Baba selipar buruk pun dia orang sapu.

Pendek kata tidur malam pun tak boleh lena lagi, dengar bunyi tikus lompat pun tuan rumah boleh lompat bangun takut2 pencuri sudah masuk rumah. Memang polis tidak mampu buat kawalan rondaan siang malam masuk kampung. Dengar nya polis sedang sebuk jaga PR buat kempen untuk hasut rakyat.

Disambung kan lagi bab cerita warong kopi, semua sembang nya bertemakan marah dan tidak puas hati dengan kenaikan semua barang dan perkhidmatan. Mereka kata ini lah salah satu yang sebabkan kecurian men jadi2 sehingga tidak terkawal oleh kerajaan.

Ada pula yang kata kerajaan banyak membantu rakyat, itu benar, contoh nya bantu satu ringgit ambil balik 10 ringgit melalui ber bagai2 cukai yang di kenakan. Ada juga yang kata wang 100 RM bantuan murid2 sekolah tu cuma sebagai 'cover' bagi cukai2 yang be ratus2 RM di kaut oleh kerajaan, Sama ada andaian mereka ini betul atau tidak, wallah'huallam.

Saturday, January 29, 2011

Peneroka Felda - gulungan manusia yang boleh dianggap bertuah

Masyarakat FELDA harus merenung kembali nasib mereka sebelum masuk ketanah rancangan FELDA. Walaupun Wak bukan tergulung dalam masyarakat FELDA, tetapi ramai sanak saudara Wak yang berada dalam masyarakat FELDA. Jika dibandingkan hidup masa lampau sebelum ke FELDA keadaan mereka kucar kacir tidak berharta dan membanting tulang sebagai kuli.

Hari ini Wak sangat bangga apa bila melihat semua nya sudah hidup senang walawpun tidak mewah sangat. Se tidak2 nya mereka memiliki tanah, rumah dan harta kekal sendiri. Kalau dulu2 mereka cuma memiliki ponduk buruk yang menumpak ditanah orang, kini mereka ada tanah dan rumah sendiri.

Boleh dikatakan hidup peneroka FELDA lebih mewah dari pekerja2 am kerajaan atau pekerja2 kilang suasta. Selain memiliki tanah dan rumah, mereka juga memiliki kereta. Ramai anak2 mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran keperingkat tertinggi.

Wak fikir tidak patutlah jika mereka ini menentang kerajaan yang telah memberi kesenangan dan kemewahan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-