Saturday, October 14, 2017

Pakatan Harapan azam takluk seluruh negara

ATIRAH HASLI
14 OKTOBER 2017
Antara pimpinan tertinggi Pakatan Harapan yang hadir pada Himpunan Rakyat Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi bertempat di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya.Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

PETALING JAYA - Pakatan Harapan berazam untuk menakluk dan merampas seluruh negeri yang berada dalam genggaman BN.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, antara negeri yang diintai Harapan termasuk Johor, Kedah, Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, Harapan juga akan turut mempertahan kemenangan di negeri mereka menjelang PRU akan datang.

"Masalah demi masalah yang kita hadapi sekarang akan berlarutan sehingga lima tahun akan datang.

"Tetapi kalau masyarakat bersama-sama dengan Pakatan Harapan untuk menyelamatkan negara dan nasib anak cucu kita, kita akan pastikan kita menang di Putrajaya pada PRU nanti," katanya dalam ucapan pada himpunan 'Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi', di Padang Timur, di sini, hari ini.

Pakatan Harapan hari ini menyasarkan 100,000 orang menyertai himpunan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi”, hari ini.

Himpunan dijadualkan bermula 4 petang hingga 12 malam dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan filem pendek, persembahan kebudayaan dan ceramah bagi menjelaskan makna kleptokrasi kepada orang ramai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-