on October 30, 2017
Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan Malaysia tidak mengeluarkan sebarang bayaran untuk tujuan melobi bagi menemui Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di White House, baru-baru ini.
Sebaliknya Perdana Menteri berkata, lawatannya ke Washington pada September lalu atas jemputan Trump sendiri.
Beliau berkata, ia tidak sama dengan amalan ‘pendahulunya’ yang menemui Presiden AS ketika itu, George W Bush.
“Sebagai tambahan, saya jelaskan jemputan Trump dibuat atas urusan kerajaan.
“Saya tidak perlu bayar apa-apa untuk jemputan tersebut…pendahulu saya melakukan perkara tersebut untuk dapatkan jemputan dari Bush,” katanya dipercayai merujuk lawatan Tun Dr Mahathir Mohamad ke AS pada 2002.
“Kita tidak amalkan kaedah itu. Pendahulu saya diterima oleh pembangkang sekarang,” kata Najib dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Beliau menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bertanyakan sama ada kerajaan menukar dasar luar yang mesra AS.
Wartawan Watan-Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.