Showing posts with label Donald Trump. Show all posts
Showing posts with label Donald Trump. Show all posts

Tuesday, December 12, 2017

Haraf Najib ketuai negara-negara Islam bertemu Trump

MOHD HAFIZ ISMAIL
12 DISEMBER 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Bernama
PETALING JAYA -   Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai negara-negara Islam untuk bertemu Donald Trump bagi mendesak menarik balik keputusan Amerika Syarikat (AS) yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut Mahathir, Najib akan menghadiri Persidangan Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul esok sekaligus memberikan keputusan positif dalam mendesak AS.

"Saya berpendapat pimpinan kerajaan Malaysia, Najib ini amat rapat dengan Donald Trump (Presiden AS). Oleh itu saya harap Najib yang akan menghadiri mesyuarat OIC di Turki akan memasukkan perkara ini (untuk berjumpa dengan Trump) dan mendapat sokongan.

"Oleh kerana Trump ini sahabatnya, saya yakin beliau dapat memujuk AS menarik balik pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel," katanya pada sidang media pemimpin Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Katanya, Isu Baitulmaqdis bukan hanya isu umat Islam, malah ia adalah isu kemanusiaam sejagat.

"Kedegilan dan keangkuhan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah satu pencabulan hak asasi manusia serta melanggar undang-undang antarabangsa.

"Keputusan Trump itu jelas tidak membantu usaha damai konflik panjang di rantau Asia Barat khususnya di Palestin sebaliknya lebih merumitkan lagi keadaan sekaligus menyalakan api kemarahan dan reaksi bantahan masyarakat dunia," katanya.

Jelasnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), OIC dan komuniti antarabangsa tidak pernah mengiktiraf penduduk Israel di Jurusalem Timur selepas perang 1967.

"Ia dikukuhkan lagi dengan Majlis Keselamatan PBB yang bersidang pada 23 Disember 2016 telah meluluskan Resolusi 2334 yang menyatakan pendudukan Israel ke atas Jurusalem Timur tidak sah," katanya.

Mengulas lanjut, pengumuman Trump itu dilakukan demi survival politik beliau menjelang Pilihan Raya Separuh Penggal AS.

"Ia adalah satu tindakan campur tangan ke atas negara Arab yang melampaui batas," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mahathir turut mengumumkan Harapan akan menganjurkan satu perhimpunan bantahan terhadap pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel di hadapan Kedutaan AS pada 15 Disember ini.

"Perhimpunan itu bercorak pelbagai agama dan bangsa yang akan menunjukkan bantahan secara aman di hadapan kedutaan Amerika selepas solat Jumaat nanti.

“Ini bukan soal agama dan bangsa, ini kerana masyarakat dunia juga menentang keputusan Trump yang tidak menghiraukan pendapat antarabangsa, Baitulmaqdis adalah kota suci bagi ketiga-tiga agama dan ini soal hak asasi manusia," katanya.

Ditanya adakah perhimpunan ini telah mendapat kelulusan polis, Presiden Amanah Mohamad Sabu yang turut serta dalam sidang media berkenaan menegaskan pihaknya akan menghubungi polis untuk mendapatkan kebenaran tentang perkara itu.

Tuesday, October 31, 2017

Tiada bayaran untuk jumpa Trump - Najib

By watan
on October 30, 2017

Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan Malaysia tidak mengeluarkan sebarang bayaran untuk tujuan melobi bagi menemui Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di White House, baru-baru ini.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, lawatannya ke Washington pada September lalu atas jemputan Trump sendiri.

Beliau berkata, ia tidak sama dengan amalan ‘pendahulunya’ yang menemui Presiden AS ketika itu, George W Bush.

“Sebagai tambahan, saya jelaskan jemputan Trump dibuat atas urusan kerajaan.

“Saya tidak perlu bayar apa-apa untuk jemputan tersebut…pendahulu saya melakukan perkara tersebut untuk dapatkan jemputan dari Bush,” katanya dipercayai merujuk lawatan Tun Dr Mahathir Mohamad ke AS pada 2002.

“Kita tidak amalkan kaedah itu. Pendahulu saya diterima oleh pembangkang sekarang,” kata Najib dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bertanyakan sama ada kerajaan menukar dasar luar yang mesra AS.

Wartawan Watan-Online

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-