Wednesday, November 29, 2017

BN janji GST kekal 6% selepas PRU

Farhan Darwis 
November 29, 2017

Kerajaan tidak bercadang mengkaji atau menaikkan kadar GST di masa depan.

DEWAN RAKYAT
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz berjanji kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan kekal 6% selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, kadar GST yang dilaksanakan sejak 1 April 2014 itu tidak akan dinaikkan, walaupun terdapat cadangan sedemikian.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi kerajaan tidak bercadang menaikkan lagi kadar GST daripada 6%, walaupun selepas PRU.

“Mungkin sesetengah pihak yang mencadangkan (kenaikan itu) atas sebab tertentu. Tetapi buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji mahupun menaikkannya di masa depan,” katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) sama ada Bank Dunia mencadangkan Malaysia menaikkan kadar GST kepada 7%.

“Saya sendiri pun tidak baca dan saya tak pasti (cadangan Bank Dunia).

“Mungkin ada cadangan, tetapi kita kekal dengan 6%,” kata ahli Parlimen Jerlun itu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-