
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sistem pengundian telah ditambah baik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tidak memungkinkan akan berlaku penipuan.
Katanya, sistem itu kini lebih telus berbanding zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terdahulu, Najib diminta mengulas mengenai pertemuan antara pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) diketuai Dr Mahathir bersama 16 duta negara Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini di ibu negara.
Pertemuan itu bagi meminta EU memantau pilihan raya di negara ini.
“Kita tak anggap luar biasa tapi satu yang aneh sebab sistem yang kita amalkan oleh SPR adalah sistem yang sama mengangkat Dr Mahathir sebagai perdana menteri selama 22 tahun.
“Malah sistem kita lebih diperkukuhkan menjadi lebih telus dulu. Kita ada polling agent, counting agent, dan kita ada sistem dakwat kekal, jadi peluang untuk menipu boleh kata tak ada langsung,” katanya.
Najib berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Anggota Majlis Tertinggi Umno di PWTC hari ini.
[Berita penuh menyusul]
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/410566#Q5ZFEf8kRlLDKyOW.99
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.