
Nasihat Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad supaya ‘beradap’ apabila memasuki kampung di kawasannya di Kampung Bakar Batu, Johor Baharu adalah begitu "menyedihkan", kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
"Adakah Shahrir hanya mampu mempertanhan kebiadapan dan keganasan tingkah laku ahli Umno yang mengganggu program HARAPAN dengan mendakwa ia adalah adab kampung?
"Bolehkah Shahrir jelaskan apa itu 'adab masuk kampung’ yang mewajarkan kelakuan biadap dan samseng terhadap lawatan politik aman dan demokratik pemimpin HARAPAN?" soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau merujuk ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Kampung Bakar Batu, Johor Bahrupada malam Sabtu lalu yang terpaksa dibatalkan selepas menerima gangguan penduduk setempat.
Lim dan beberapa pemimpin HARAPAN lain dijadualkan berucap pada majlis tersebut.
Shahrir berkata adalah tidak adil untuk menyalahkan Umno atau BN kerana tidak ada kaitan antara kumpulan berkenaan dengan mereka.

Bagaimanapun, Shahrir menasihatkan mereka yang merancang untuk melawat kawasan pilihan rayanya pada masa akan datang untuk menjaga adab.
"Kalau masuk kampung, ada adabnya," katanya.
Shahrir telah menjadi Ahli Parlimen Johor Bahru sejak 1978 dan disebut-sebut akan terus dipilih bagi mempertahankan kerusi itu buat penggal kelapan. Kampung Bakar Batu adalah sebahagian daripada kawasan parlimennya.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411989#zU9EuG2tCMjAQmHv.99
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.