Friday, March 2, 2018

Najib, Rosmah, 1MDB langsung tiada kaitan dengan kapal Jho Low, yang Pakatan bersorak kenapa?


Tiada satu pun bukti dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk mengaitkan harta rampasan yang dikatakan milik ahli perniagaan Jho Low dibeli dengan wang daripada 1MDB.

Justeru, tiada bukti untuk membuktikan bahawa kapal mewah bernilai USD260 juta (RM1 bilion) dikatakan milik Jho Low dibeli daripada wang 1MDB, kata penganalisis politik Lim Sian See.

"Rampasan kapal nampaknya sudah membuatkan penyokong Pakatan gembira sekali - sesuatu yang saya langsung tak faham memandangkan ianya bukan milik Najib, Rosmah, anaknya atau mana-mana ahli politik BN.

"Ini bukan kali pertama rampasan aset Jho Low. Sebelum ini lukisan beliau dan sebuah kapal terbang juga dirampas. Jadi buat apa nak gembira diatas satu lagi aset?" ujarnya dipetik kenyataan.

Sehingga kini juga, tiada satupun kes dibawa ke muka pengadilan semenjak ianya dikemukakan DoJ dua tahun lepas dan saman sivil sudahpun dibekukan semenjak Ogos tahun lalu.

Jelas LSS, kesemua aset-aset yang dirampas bukan milik 1MDB dan syarikat juga tidak pernah menuntut mana-mana barangan yang diambil pihak berkuasa Amerika Syarikat.

"Majoriti aset-aset ini dibeli selepas 1MDB membayar Aabar BVI menggunakan wang yang disalurkan terus ke akaun Pengerusi Aabar Abu Dhabi Khadeem Al Qubasi dan CEO (Aabar) Mohd Husseiny.

"Kedua-dua mereka juga adalah pengarah Aabar BVI (sehingga kini, tiada seorang pun memfailkan saman jenayah terhadap kedua-dua mereka - samaada di Abu Dhabi atau dimana-mana - amatlah pelik)".

Jelasnya, kesemua dana yang dibayar 1MDB dibawah tanggungjawab Aabar Abu Dhabi dan IPIC dan fokus utama 1MDB untuk meneruskan rundingan dengan niat baik bersama IPIC selepas 1MDB membuat bayaran penuh pinjaman USD1 bilion IPIC kepada 1MDB pada Jun 2015.

"Sukuk USD3.5 bilion masih dijamin oleh IPIC dan 1MDB masih dijamin oleh Aabar Abu Dhabi melalui unit-unit dana - jadi biarkan 1MDB dan IPIC lengkapkan bayaran mereka.

"Terdapat tuntutan sebenar dan banyak kelebihan dimiliki 1MDB untuk meraih semula wang mereka. Ini bukannya kerugian FOREX BNM RM30 bilion (skandal RM100 bilion) Mahathir dan Anwar yang habuk pun tak ada lagi dengan tiada peluang untuk diraih semula.

"1MDB sudah mengurangkan banyak hutang lamanya dan melakukan banyak pembangunan di TRX (lihat sahaja menara Signature), 8 kem tentera, termasuk membantu menyelesaikan perjanjian berat sebelah IPP yang menjimatkan Malaysia RM200 bilion untuk 20 tahun akan datang. Buar mereka lengkapkan tugas mereka," kata LSS lagi.

- mD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-