Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini mempertahankan kenyataannya bahawa tiada bukti menunjukkan kapal persiaran mewah Equanimity adalah milik Jho Low.
Mengulas mengenai penyitaan kapal berkenaan di Teluk Benoa, Bali pada akhir Feb lalu Salleh berkata apa yang dikatakannya sebelum ini adalah berdasarkan penelitian fakta dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terhadap 1MDB.
“Kita lihat dokumen yang ada dalam saman tersebut. Ia satu dakwaan bahawa kapal berkenaan adalah milik Jho Low.
"Tapi tahun lepas siasatan digantung dan sekarang tiada dokumen yang mengatakan sedemikian (kapal itu milik Jho Low)," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.
Justeru kata Salleh beliau tidak sama sekali membela ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan dana 1MDB berkenaan.
Sebaliknya kata Salleh beliau hanya menyatakan apa yang menjadi fakta kes.
Mengulas mengenai teguran Tan Sri Rais Yatim, Salleh berkata bekas menteri kanan Umno itu mungkin tidak melihat kenyataan beliau secara keseluruhan.
Sebaliknya kata Salleh, Rais mungkin hanya melihat kenyataan itu dari satu aspek saja.
[Berita penuh menyusul]
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/414493#dAsHI5w6H1hqtkg5.99
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.