Showing posts with label DOJ. Show all posts
Showing posts with label DOJ. Show all posts

Monday, February 8, 2021

DOJ mulakan proses sita RM1.34b 'dana berkaitan 1MDB' dari firma guaman UK

malaysiakini.com

Diterbitkan 8 Feb 2021, 8:40 am

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memulakan proses untuk menyita AS$ 330 juta (RM1.343 bilion) dari sebuah firma undang-undang terkemuka di United Kingdom.

DOJ, melalui Badan Jenayah Nasional UK, mengeluarkan waran itu di pejabat London Clyde & Co.

Waran itu mensasarkan AS$ 330 juta yang dipegang oleh Clyde & Co bagi pihak pelanggan di National Westminster Bank, menurut media UK, The Guardian yang melihat dokumen mahkamah.

DOJ percaya wang itu dikaitkan dengan dana yang diselewengkan dari 1MDB.

DOJ pada tahun 2016 memperincikan tiga fasa di mana dana yang berkaitan dengan 1MDB disalurkan secara sistematik melalui rangkaian transaksi yang kompleks.

Pada tahun 2017, ia juga mendedahkan fasa keempat di mana rangkaian transaksi "skim penipuan Ponzi" dirancang untuk menyembunyikan fakta bahawa wang berkenaan telah dicuri.

Tindakan DOJ terhadap Clyde & Co adalah khusus untuk fasa pertama, yang melibatkan usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International.

[Berita penuh menyusul]

Sunday, August 5, 2018

Sita Equanimity: Peguam Jho Low kecam Dr Mahathir

BERITA
Diterbitkan 5 Ogs 2018, 12:14 tengah malam 


Seorang peguam yang bertindak mewakili ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low, telah mengecam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, atas rancangan pihak berkuasa Indonesia untuk menyerahkan kapal persiaran mewah, Equanimity ke Malaysia.

Dalam kenyataan satu kenyataan, James F Haggerty, peguam yang mewakili Low berkata penyerahan kapal itu merupakan pelanggaran ketetapan mahkamah di Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

"Tindakan kerajaan Mahathir secara tidak sah mengambil aset ini menunjukkan betapa cepatnya kedaulatan berlunaskan undang-undang (the rule of law) luput dalam rejim Mahathir.

"Seperti yang dilakukannya dalam krisis kehakiman Malaysia pada tahun 1988, Mahathir menunjukkan kepada dunia bahawa rejim barunya masih tidak berminat pada kedaulatan undang-undang," kata Haggerty

Pada 28 Februari 2018 lalu, pihak berkuasa Indonesia merampas kapal itu atas permintaan Jabatan Keadilan AS (DOJ).

Minggu depan Equanimity serah ke M'sia

Namun, Pengadilan Negeri Jakarta Selatan memutuskan penyitaan itu tidak sah kerana permintaan bantuan hukum bersama (MLA) DOJ disalurkan langsung kepada polis Indonesia, meskipun undang-undang Indonesia mewajibkan permintaan MLA dilakukan melalui Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia.

Polis Indonesia sekali lagi naik ke atas kapal itu pada bulan Julai lalu ketika rundingan antara Jakarta dan Washington merampas Equanimity sedang berlangsung.

Hal ini selepas, DOJ mengemukakan permintaan mendapatkan bantuan undang-undang bersama (MLA) kepada Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia pada 19 April, yang dilakukan hampir dua bulan kemudian, iaitu pada 9 Julai lalu.

Walau bagaimanapun, peguam yang mewakili pengendali Equanimity itu berkata mahkamah Indonesia mesti terlebih dahulu memberi kelulusan kepada polis untuk mengeluarkan notis penyitaan rasmi terhadap kapal mewah itu.

Polis Indonesia memberitahu Malaysiakini, penyerahan kapal itu ke Malaysia akan dibuat pada awal minggu hadapan.

Tuesday, March 27, 2018

Kerajaan AS tak mampu jaga The Equanimity, kata peguam


Pemilik dan pengendali The Equanimity memohon bagi kapal persiaran mewah itu di letakkan di Indonesia bersama-sama dengan anak kapal untuk menjaganya sepanjang penyiasatan berlangsung.

Dalam pemfailan pembelaan kepada Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Pusat California semalam, mereka tidak bersetuju dengan cubaan Jabatan Keadilan AS (DOJ) menjadikan kerajaan AS sebagai penjaga kapal tersebut.

Mereka memohon Perintah Kecemasan Ex parte yang menghalang kerajaan AS daripada sebarang tindakan yang akan 'menjejaskan nilai' kapal bernilai RM1 bilion itu.

"Pihak penuntut meminta mahkamah untuk secara khususnya mengarahkan sebagai bahagian Perintah Kecemasan...bahawa aset defendan perlu kekal di Indonesia bagi sepanjang tempoh perintah itu, kecuali mahkamah memerintahkan yang sebaliknya.
"(Dan) pihak penuntut dibenarkan untuk terus menyelia aset defendan dengan cara yang paling baik bagi memelihara nilainya," kata Naeun Rim, peguam yang mewakili kapal mewah tersebut, dalam dokumen yang dilihat Malaysiakini.

Ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikenalpasti DOJ sebagai orang yang membeli kapal mewah dengan dana 'yang dicuri dan diselewengkan daripada 1MDB' sedang berusaha untuk membatalkan rampasan tersebut melalui empat buah syarikat.

Empat syarikat itu ialah Equanimity (Cayman) Ltd, Equanimity Crew (Cayman) Ltd, Equanimity Lifestyle (Cayman) Ltd dan Equanimity Operations and Maintenance (Cayman) Ltd.

Rim berhujah rampasan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada 28 Februari lalu di Bali itu sebagai 'tidak sah di sisi undang-undang' dan dilakukan dengan cara 'perkiraan bagi mendapatkan pendedahan media yang seluas mungkin.

Beliau mendakwa FBI 'tidak mempunyai bidang kuasa' di Indonesia dan berdasarkan hal ini tidak memiliki 'asas undang-undang' untuk menuntut pemilikan The Equanimity.
Rim turut mendakwa kerajaan AS mahu menggantikan anak-anak kapal The Equanimity seramai 55 orang dengan lapan orang yang tidak berpengalaman dan kemudian mengangkutnya ke AS tanpa menyiapkan kerja-kerja pembaikan terhadap kapal itu.

Beliau juga berkata kerajaan AS juga berniat untuk menjual kapal mewah itu melalui jualan interlokutori (berdasarkan keputusan mahkamah) yang akan 'gagal untuk meningkatkan nilainya'.

Peguam itu melabelkan hasrat itu sebagai 'rancangan yang berniat jahat' dan berkata tindakan itu bukan sahaja mengancam keselamatan anak-anak kapal tetapi juga nilai kapal persiaran mewah tersebut.

"Rancangan ini jelas menunjukkan kerajaan AS tidak tahu cara menjaga atau memasarkan kapal mewah The Equanimity sebagai unik dengan ciri-ciri tersendiri.

"Pihak yang membuat tuntutan ini mencadangkan kerajaan membenarkan anak-anak kapal sekarang untuk terus menyelia kapal itu di perairan Indonesia sementara pihak terlibat bersama-sama menentukan jualan interlokutori yang akan memelihara nilai dan jika perlu, mencabar hak penyitaan kerajaan," kata beliau dalam dokumen yang dilihat Malaysiakini.

Jho Low melalui jurucakap pada 28 Februari lalu dilaporkan kesal dengan rampasan asetnya kerana dibuat tanpa sebarang pembuktian.

Katanya, rampasan itu berdasarkan tuduhan salah serta bermotifkan politik.

[Baca berita penuh]

Saturday, March 24, 2018

Penduduk Teluk Intan dijanjikan naik Equanimity jika HARAPAN menang

KOW GAH CHIE


Penduduk Teluk Intan akan berpeluang merasai sendiri pengalaman menaiki kapal layar mewah, Equanimity, sekiranya Pakatan Harapan menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam satu ceramah HARAPAN di Teluk Intan malam tadi, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berjanji untuk membawa Equanimity ke Teluk Intan dan orang ramai boleh melihatnya dari dekat.

Nga berjanji, jika HARAPAN menjadi kerajaan, beliau akan membawa kapal layar mewah berharga RM1 bilion itu ke sini untuk membolehkan penduduk Teluk Intan menaikinya.

"Selepas itu, kami akan melelongnya dan wang itu akan dikembalikan kepada rakyat," katanya kepada kira-kira 2,000 hadirin.

Apabila ditanya kemudian, Nga, yang disebut-sebut akan bertanding di Teluk Intan dalam pilihan raya umum akan datang, berkata beliau serius mengenai janjinya.

"Saya rasa yakin kami boleh melakukannya," tegasnya.

"Jika kami membentuk kerajaan, kita pasti akan menulis surat kepada Jabatan Kehakiman (DOJ) untuk menuntut kembali wang itu kerana kami benar-benar percaya wang ini telah dicuri dari rakyat di Malaysia. Ini adalah wang kita, termasuk Equanimity.

"Jadi, harapan saya ialah, jika diberi peluang, kami ingin membawa kapal layar mewah itu ke Teluk Intan dan sekurang-kurangnya untuk membolehkan rakyat melihat betapa mewahnya kapal itu," kata Nga.
Bulan lalu, kapal layar mewah Equanimity, yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho, personaliti utama dalam skandal 1MDB, dirampas di Bali.

Jho Low kemudiannya, melalui jurucakapnya, mengutuk rampasan kapal layar mewah itu, yang boleh membawa 26 tetamu serta 33 anak kapal, dan mempunyai tempat pendaratan helikopter.

Kapal berharga AS$250 juta itu sedang dicari oleh DOJ atas dakwaan ia dibeli menggunakan dana yang didakwa diselewengkan dari 1MDB.

DOJ sedang berusaha untuk merampas aset bernilai kira-kira AS$1 bilion yang didakwa dibeli dengan dana 1MDB yang didakwa disalahgunakan.

Putrajaya telah bertegas bahawa tidak ada wang 1MDB yang hilang atau dicuri.

Pertukaran tempat ceramah

Ceramah semalam pada mulanya dijadual diadakan di Menara Condong di Teluk Intan, tetapi dipindah kira-kira 200 meter dari situ, selepas mereka mendapati bahawa khemah telah didirikan di sana yang dikatakan untuk acara pada hari Ahad.

Bagaimanapun, perubahan tempat itu tidak menghalang orang ramai daripada menghadiri ceramah pembangkang itu.

"Sejak Sin Chew Daily melaporkan bahawa saya dijangka bertanding, saya terus menerima panggilan telefon. Jadi saya ingin bertanya, bolehkah Nga Kor Ming datang ke Teluk Intan," tanya Nga kepada hadirin.

Orang ramai, dengan penuh bersemangat, menjawab "ya".

"Kemudian saya ingin mengumumkan bahawa pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan (penasihat parti) Lim Kit Siang akan datang tidak lama lagi dan mereka akan mengumumkan (calon di Teluk Intan)," katanya.

Beliau menyeru para pengundi menolak penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Seri Mah Siew Keong, dengan menyifatkan undi untuk Mah sama dengan undi untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Pilihan raya akan datang bukan satu pertembungan antara Mah dan calon DAP, tetapi antara rakyat dan Najib serta BN," katanya.

Mah, yang merupakan presiden parti Gerakan, memenangi kerusi itu dengan majoriti 234 undi dalam pilihan raya kecil (PRK) pada 2014.

Seah Leong Peng dari DAP memenangi kerusi pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 7,313 undi.

Bagaimanapun, beliau meninggal dunia setahun kemudian, dan dalam PRK yang diadakan, Mah mengalahkan calon DAP, Dyana Sofia Mohd Daud dalam satu pertandingan sengit.

[Baca berita penuh]

Tuesday, March 6, 2018

Speaker tolak usul segera mengenai kapal Jho Low


PARLIMEN l Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul segera yang difailkan untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali bahawa kerajaan tidak akan menuntut kapal layar mewah ahli perniagaan Low Taek Jho, The Equanimity.

Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) memfailkan usul tersebut berkata bahawa isu itu adalah kepentingan awam.

“Ramai rakan-rakan telah bangkit, kita perlu perdana menteri jawab dalam Dewan (Rakyat), adakah akan beri arahan kpd AG (peguam negara) untuk tuntut balik harta-harta yang disita (oleh) DOJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) sebab itu duit rakyat,” katanya.

Pandikar menasihatkan Gooi supaya terlebih dahulu menunggu jawapan bertulis mengenai perkara itu, yang Gooi kemudian menjawab bahawa beliau baru saja menerimanya.

Membaca surat itu, Gooi berkata usulnya ditolak kerana tidak memenuhi Seksyen 18 (7) (c) Peraturan Mesyuarat Parlimen dan bercanggahan dengan Seksyen 23 (1) (c) dan 23 (1) (g) .
Mengikut Seksyen 18 (7) (c), Speaker, di kamarnya, boleh menolak mana-mana usul yang dikemukakan jika ia melanggar mana-mana peruntukan Peraturan Mesyuarat.

Seksyen 23 (1) (c) menyatakan bahawa soalan tidak boleh mengandungi sebarang hujah, antara lain campur tangan dan pendapat, dan tidak boleh memohon untuk mendapatkan maklumat mengenai hal-hal remeh manakala 23 (1) (g) pula menyatakan bahawa soalan tidak seharusnya memudaratkan mana-mana kes yang sedang dibicarakan.

Pada ketika itu, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mencelah dengan mengatakan bahawa Gooi tidak seharusnya membuang masa Parlimen mengenai perkara itu.

“Tak ikut peraturan sudah la, buang masa Dewan (Rakyat), orang nak berbahas,” katanya.

Gooi, walau bagaimanapun, menegaskan bahawa penjelasan tidak diberikan mengenai bagaimana usulnya itu melanggar Peraturan Mesyuarat.

“Ini isu di mana faktanya adalah tertentu.

“Kes dilaporkan secara meluas, kapal layar telahpun disita, kami hanya (mahu) dengar penjelasan daripada PM.

“Aapakah tindakan akan diambil untuk ambil (semula) harta yang telah dicuri,” katanya.

Pandikar menjelaskan bahawa beliau terpaksa merujuk kepada keputusan terdahulu yang dibuatnya berhubung dengan isu 1MDB jika membenarkan usul itu untuk dibincangkan.

“Ada dokumen mengatakan bahawa Equanimity adalah satu daripada benda yang sedang disiasat itu sebab kenapa saya tak benarkan (usul dibincangkan),” katanya.

Gooi, walau bagaimanapun, mengatakan bahawa usulnya adalah khusus, kerana beliau merujuk kepada kenyataan peguam negara.

“Tapi usul saya spesifik merujuk kepada kenyataan AG yang kata beliau takkan ambil tindakan untuk mendapatkan semula kapal itu sebab bukan kepunyaan kerajaan sebab itu saya failkan usul...

“Kami mahu perdana menteri menjelaskan apakah arahan-arahan yang akan diberikan kepada kerajaan khususnya kepada AG untuk mendapatkan wang kita,” katanya.
Pandikar kemudiannya berkata, tafsiran Peraturan Mesyuarat bahawa yang “berkuasa betul adalah speaker”.

“Apa pun pendapat YB kalau kata tak ikut Peraturan Mesyuarat, terpaksa akur kepada tafsiran saya. Saya fikir YB faham separation of power, yang saya bengang kadang-kadang saya binggung apabila eksekutif konon campur tangan pihak lain.. sekarang eksekutif disuruh campur hal.

“Perkara siasatan - sama ada boleh ke tidak, biarlah pihak berwajib buat kerja masing-masing. Semua ni isu telah dibincang di luar sana, media sosial, media konvensional, rakyat dah dengar semua ini.

“Jadi biarlah rakyat menentukan kebenaran dan bukan kebenaran. Di Dewan Rakyat, saya menentukan Peraturan Mesyuarat diikut atau tidak,” kata Pandikar.

Monday, March 5, 2018

Salleh: Komen isu Equanimity dibuat ikut fakta


Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini mempertahankan kenyataannya bahawa tiada bukti menunjukkan kapal persiaran mewah Equanimity adalah milik Jho Low.

Mengulas mengenai penyitaan kapal berkenaan di Teluk Benoa, Bali pada akhir Feb lalu Salleh berkata apa yang dikatakannya sebelum ini adalah berdasarkan penelitian fakta dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terhadap 1MDB.

“Kita lihat dokumen yang ada dalam saman tersebut. Ia satu dakwaan bahawa kapal berkenaan adalah milik Jho Low.

"Tapi tahun lepas siasatan digantung dan sekarang tiada dokumen yang mengatakan sedemikian (kapal itu milik Jho Low)," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Justeru kata Salleh beliau tidak sama sekali membela ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan dana 1MDB berkenaan.

Sebaliknya kata Salleh beliau hanya menyatakan apa yang menjadi fakta kes.

Mengulas mengenai teguran Tan Sri Rais Yatim, Salleh berkata bekas menteri kanan Umno itu mungkin tidak melihat kenyataan beliau secara keseluruhan.

Sebaliknya kata Salleh, Rais mungkin hanya melihat kenyataan itu dari satu aspek saja.

[Berita penuh menyusul]

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/414493#dAsHI5w6H1hqtkg5.99

Sunday, March 4, 2018

Laporan: Anak kapal 'Equanimity' disoal atas kesalahan imigresen

FMT Reporters
March 3, 2018

Peguam kapten berkata kapal mewah yang dikaitkan dengan 1MDB itu berlayar ke beberapa kawasan di kepulauan Indonesian untuk menghiburkan tetamu.

Gambar AFP.

PETALING JAYA: Polis Indonesia sedang melihat sama ada anak kapal “Equanimity” yang disita awal minggu di Bali melanggar prosedur imigresen untuk memasuki perairan Indonesia, lapor Jakarta Post.

Kapal mewah itu disita semasa berlabuh di Teluk Benoa di pulau pelancongan terkenal itu.

Menurut timbalan pengarah jenayah kewangan di unit penyiasat Polis Indonesia, Daniel Tahi Monang Silitonga, polis dalam proses memadankan data yang diperoleh daripada kapal itu dengan data yang diberi oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

“Penyiasat turut menyoal pegawai-pegawai dari pejabat imigresen dan penguasa pelabuhan Benoa,” kata polis kepada akhbar itu.

Polis juga sedang menyiasat tujuan kapal itu berkunjung ke Bali.

Reuters pada Khamis melaporan polis menyita kapal itu selepas menerima surat daripada FBI pada 21 Februari memohon bantuan menguatkuasakan satu perintah mahkamah.

Menurut polis, kapal memasuki Teluk Benoa pada 20 November tahun lepas tetapi pergerakannya selepas tiba tidak diketahui.

Sementara itu, portal berita Indonesia tribunnews.com melaporkan polis sebagai berkata kapten kapal itu, seorang warga Afrika Selatan, secara sengaja menutup sistem pengenalan automatik (AIS) semasa melalui perairan Indonesia untuk mengelak daripada FBI.

Peguam kepada Kapten Rolf Sieboldt-Berry, Rando Purba, bagaimanapun menafikan sebarang salah laku di pihak anak kapal.

“Kapten menutup AIS untuk mengelak potensi ancaman di Laut Andaman sebelum memasuki Phuket di Thailand. Dari Phuket, kapal itu meneruskan perjalanan ke Bali apabila AIS dihidupkan.

“Anak kapal menerima amaran daripada pihak berkuasa tempatan dalam perjalanan dari Colombo (Sri Lanka) ke Phukat bahawa mereka berada di zon pelanunan. Mereka memberi amaran kepada semua kapal yang melalui Laut Andaman, bukan kapal ini sahaja,” kata Purba kepada Jakarta Post.

Purba akui “Equanimity” tiba di Indonesia pada 20 November tahun lepas dan berlayar ke beberapa kawasan di kepulauan itu untuk menghiburkan tetamu.

Kapal yang berdaftar di Kepulauan Cayman itu dilaporkan berlayar ke 5 kawasan pelancongan di Indonesia, termasuk Raja Ampat di Papua Barat dan Kepulauan Maluku.

“Tetamu menetap di hotel di mana kapal berlabuh. Tidak ada tetamu di dalam kapal semasa serbuan polis,” kata Purba lapor Jakarta Post.

Menurut akhbar itu, kira-kira 29 anak kapal pelbagai kewarganegaraan dalam tahanan polis di dalam kapal itu.

Pada Ogos 2017, DOJ meminta saman sivil untuk merampas aset bernilai lebih AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan wang yang dicuri dari 1DMB ditangguhkan kerana sedang menjalankan satu siasatan jenayah berkaitan.

Antara aset yang dikehendaki ialah kapal mewah bernilai AS$250 juta yang dibeli Jho Low, yang dinamakan sebagai watak utama dalam tindakan undang-undang AS itu.

DOJ berkata Jho Low menggunakan hasil kutipan daripada 1MDB untuk membeli “Equanimity”, sebuah kapal mewah sepanjang 91m yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.

1MDB sedang disiasat di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk AS, Switzerland dan Singapura.

Sebanyak AS$4.5 bilion (RM17.6 bilion) diseleweng daripada 1MDB oleh pegawai berpangkat tinggi dana itu dan sekutu mereka, menurut saman sivil difailkan DoJ pada 2016 dan 2017.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan 1MDB pada 2009 dan sebelum ini berkhidmat sebagai pengerusi lembaga penasihat. Beliau dan dana itu menafikan sebarang salah laku.

Saturday, March 3, 2018

Kenapa Salleh beria-ia pertahan Jho Low, kata Rais Yatim

FMT Reporters

Gambar Youtube.

PETALING JAYA: Tan Sri Rais Yatim hairan dengan sikap Datuk Seri Salleh Said Keruak apabila kapal mewah “Equanimity” yang disita pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini didakwa milik ahli perniagaan Low Take Jho atau Jho Low.

Penasihat sosiobudaya kerajaan itu berkata menteri komunikasi dan multimedia dilihat beria-ia mempertahankan Jho Low seolah-olah ahli perniagaan itu individu penting.

“Menteri komunikasi dan multimedia cepat sangat menidakkan kapal mewah Equanimity bukan milik Jho Low. Seeloknya tunggu dulu, dah menuduh Amerika Syarikat dan Indonesia keterlaluan.

“Jelas sudah, Jho Low berkepentingan. Kenapa beria-ia benar pertahankan Jho Low, sepatutnya pertahankan keadilan,” katanya di Twitter hari ini.

Salleh sebelum ini membidas pembangkang kerana menggunakan isu sitaan itu untuk mengelirukan rakyat dengan “berita palsu”.

Menteri itu berkata pembangkang menggunakan “dakwaan tidak disahkan dan terbukti” yang kapal mewah itu milik Jho Low dan dibeli dengan dana daripada 1MDB.

Menurut Salleh, hakikatnya ialah dakwaan yang terkandung dalam tindakan undang-undang DOJ itu digantung sejak Ogos

DOJ juga tidak menunjukkan bukti bahawa Jho Low adalah pemilik kapal atau kapal itu dibeli dengan wang daripada 1MDB.

Polis Indonesia pada Rabu menyita kapal mewah “Equanimity” di Bali yang dikehendaki Jabatan Kehakiman AS (DOJ).

Kapal itu disita atas permintaan Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) meminta bantuan menguatkuasakan satu perintah mahkamah, kata jurucakap polis Indonesia, Muhammad Iqbal Abduh.

Menurut maklumat yang diberikan FBI, Iqbah berkata sistem pengenalan automatik kapal itu ditutup beberapa kali di perairan sekitar Filipina dan Singapura.

Pada Ogos 2017, DOJ meminta saman sivil untuk merampas aset bernilai lebih AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan wang yang dicuri dari 1DMB ditangguhkan kerana sedang menjalankan satu siasatan jenayah berkaitan.

Antara aset yang dikehendaki ialah kapal mewah bernilai AS$250 juta yang dibeli Jho Low, yang dinamakan sebagai watak utama dalam tindakan undang-undang AS itu.

DOJ berkata Jho Low menggunakan hasil kutipan daripada 1MDB untuk membeli “Equanimity”, sebuah kapal mewah sepanjang 91m yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.

1MDB sedang disiasat di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk AS, Switzerland dan Singapura.

Sebanyak AS$4.5 bilion (RM17.6 bilion) diseleweng daripada 1MDB oleh pegawai berpangkat tinggi dana itu dan sekutu mereka, menurut saman sivil difailkan DoJ sejak 2 tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan 1MDB pada 2009 dan sebelum ini berkhidmat sebagai pengerusi lembaga penasihat. Beliau dan dana itu menafikan sebarang salah laku.

Friday, March 2, 2018

Salleh: Tiada bukti Jho Low pemilik Equanimity


Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tiada bukti yang menunjukkan ahli perniagaan Low Taek Jho adalah pemilik kepada kapal layar mewah Equanimity yang dirampas di Bali semalam.

Maka laporan rampasan kapal itu yang mengaitkannya dengan Low adalah "berita palsu", katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pembangkang bergantung kepada dakwaan "yang tidak disahkan dan dibuktikan" bahawa ia adalah milik Low - lebih dikenali sebagai Jho Low - dan dibeli menggunakan wang 1MDB.

"Hakikatnya, sumber dakwaan tersebut terkandung dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang sudah dihentikan buat sementara sejak Ogos lalu.

"Selain dakwaan yang terkandung dalam saman itu, DOJ tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa Jho Low adalah pemilik sebenarnya, atau ia dibeli daripada wang daripada 1MDB.

"Malah DOJ belum membuktikan mana-mana dakwaannya di mahkamah, walaupun sudah dua tahun berlalu sejak sidang media sensasinya pada Julai 2016," katanya lagi.

Semalam, kapal layar bernama Equanimity itu ditahan penguatkuasa Indonesia dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) di Bali.

Polis Indonesia mengesyaki ia berlayar ke Indonesia untuk bersembunyi daripada pihak berkuasa AS.

Salleh yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno mendakwa pembangkang yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan "didominasi" DAP menggunakan 'berita palsu' dan dakwaan kitar semula sebagai senjata utama meraih undi.

"Sedih melihat Mahathir dan pembangkang kini hanya mengitar semula dakwaan yang tidak dibuktikan dan dengan tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu," katanya lagi.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/414049#EqSthvXOheqVdObZ.99

Thursday, March 1, 2018

Kapal Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB

By MT Webmaster

(Beruang Biru) – Lama betul penyokong pembangkang duduk dalam gua. Semalam bila minyak naik 4 sen dan ada kes kapal Jho Low ditahan di Bali, keluarlah balik mereka ramai ramai dari gua.

Kes makanan kuda Mahathir yang sampai RM50,000 sebulan gagal dijawab mereka. Terpaksalah buka balik cerita lama menjelang pilihanraya umum ke-14 ini.

Pembangkang putar cerita dakwa kapal yang ditahan di Indonesia ada hubung kait dengan 1MDB. Sudah dijelaskan beberapa kali sebelum ini bahawa Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB.

Kalau Jho Low beli kapal pun ianya bukan dengan duit 1MDB. Kalau Jho Low pakai duit beli kapal, itu antara Jho Low dengan Aabar dan IPIC, bukannya dengan 1MDB.

Dua tahun lepas, Biro Siasatan Persekutuan India (CBI) memohon waran tangkap terhadap kroni Mahathir iaitu Ananda Krishnan kerana didakwa terlibat dalam satu kes pengubahan wang haram hampir setengah billion ringgit melibatkan bekas Menteri Telekom India, Dayanidhi Maran dan adiknya, Kalanithi Maran.

CBI mendakwa kerajaan India kerugian USD4.6 bilion (RM18.64 bilion). Penguatkuasa India pada 25 Mei 2016 mengeluarkan saman di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram bagi menyiasat Ananda.

Dalam kes Ananda ini, apakah boleh dikatakan ianya juga melibatkan Mahathir? Penyokong bunga tentu akan kata tidak, kerana itu adalah hal antara Ananda dengan Menteri Telekom India bukannya dengan Mahathir.

Samalah juga dengan Jho Low, kapal, lukisan dan kapal terbang yang ditahan tidak dibeli dengan duit 1MDB. Kebanyakan aset ini dibeli selepas 1MDB membayar Aabar dengan sejumlah wang kepada Pengerusi Aabar Abu Dhabi, Khadeem Al Qubasi dan CEO Aabar, Mohd Husseiny.

Di UAE, tiada satu pun pendakwaan jenayah dibuat terhadap dua orang ini. Kalau mereka bersalah sudah tentu ada pendakwaan terhadap dua orang ini. Tuduhan bahawa Jho Low beli aset guna duit 1MDB itu dibuat oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal sahaja tanpa bukti yang kukuh.

Kena semak dengan DOJ benarkah kapal Jho Low itu adalah dari duit IPIC. DOJ pun belum keluar kenyataan rasmi lagi tetapi Malaysiakini dan Sinar Harian dah melebih lebih ulas isu ini.

Cerita kapal Jho Low ditahan di Bali ini seakan ulang cerita sama pada Oktober tahun lepas bila kapal Equnimity itu berlabuh di Pulau Weh, utara Acheh.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri menyatakan pada waktu itu bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak dimaklumkan apa apa mengenai penahanan itu. Kali ini pun sama, yang terlebih tahu adalah Malaysiakini.

Selepas itu, pada 23 Oktober 2017, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menyatakan kes perkaitan Jho Low sudah pun ditutup setelah membuat kajian dan siasatan mendalam dengan pihak Interpol.

“Jho Low tiada sebarang aktiviti di dalam syarikat, beliau tidak dibayar oleh syarikat dan tidak diberikan apa-apa tugas untuk syarikat,” kata Arul Kanda pada 26 Mac 2016.

Dato Seri Haji Ahmad Husni Hanadziah, bekas Menteri Kewangan II dalam temubual dengan RTM1 pada Jun 2015 berkata, Jho Low atau nama sebenar Low Taek Jhow tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB.

“Jadi tidak timbul soal dana hilang dan dibayar kepada Jho Low’ tegas Ahmad Husni. Secara jelas, nama Jho Low tidak timbul dalam mana-mana aliran tunai.

Arul Kanda sudah sahkan, Husni sudah sahkan, jawapan di parlimen sudah diberikan. Malah PAC juga sudah jelaskan bahawa Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB. Wakil pembangkang pun ada dalam PAC.

“Laporan PAC telah membuktikan secara muktamad bahawa kesemua wang dan dana telah dikira dan kesemua transaksi telah disahkan. Tiada wang dan dana yang telah dilaporkan hilang.

“Terbukti, tiada elemen jenayah atau penyalahgunaan dana sebagaimana yang dituduh selama ini,” kata Anggota Parlimen Limbang Hasbi Habibollah pada 10 April 2016.

Duit 1MDB tidak hilang dan tidak dicuri. Yang menuduh kata 1MDB dulu ada hutang sampai RM42 billion pun sudah diam. Yang tuduh kata projek TRX gagal pun sudah diam bila nampak bangunan itu lebih tinggi dari KLCC.

Kapal, lukisan dan kapal terbang Jho Low tidak dibeli dengan duit 1MDB. Itu hal Jho Low dengan Aabar dan IPIC. Samalah juga hal Ananda di India, duit Mahathir kah yang dicuci sampai RM18.64 bilion di India itu? Itu hal Ananda lah dengan Menteri Telekom India, Mahathir mana terlibat, kata penyokong bunga.

Jadi dalam kes Jho Low, kenapa hendak kait 1MDB?

Saturday, February 3, 2018

Mana aset bernilai RM42 bilion?

Wartawan Sinar Harian
3 Februari 2018


SHAH ALAM - PKR mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang menjelaskan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM42 bilion tidak hilang, sebaliknya ia hutang syarikat berkenaan.

Pengerusi Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR, Wong Chen berkata, setiap pihak tidak mempertikaikan jumlah hutang 1MDB tersebut, namun terdapat beberapa perkara menjadi persoalan dan memerlukan penjelasan lanjut kerajaan.

“Kita memang tahu RM42 bilion itu hutang 1MDB, tapi jika ia hutang, mesti ada aset yang akan ditunjukkan kepada rakyat.

“Isunya ialah kerajaan perlu tunjuk semua aset tersebut, sama ada adakah ia bersamaan dengan hutang RM42 bilion itu," katanya, semalam.

Wong Chen yang juga Ahli Parlimen Kelana Jaya berkata, mengikut perkiraan pihaknya, kira-kira RM10 bilion hingga RM20 bilion wang 1MDB telah dibelanjakan, namun tidak memiliki sebarang aset dan rekod perbelanjaan.

“Malah daripada jumlah RM42 bilion ini, Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sebelum ini juga turut mendakwa pelbagai aset mewah dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB berjumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion),” katanya.

Saturday, July 1, 2017

AMANAH gesa Jamil Khir kaji sumber 1MDB biaya haji

Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengkaji sumber 1MDB yang digunakan untuk menaja ibadah haji kepada seramai 5,711 rakyat di negara ini sejak 2011.

Timbalan Ketua Pemudanya, Faiz Fadzil berkata Jamil juga seharusnya membangkitkan isu ketelusan tajaan haji oleh 1MDB bagi memastikan ia bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan.

“Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas urusan haji dan hal ehwal agama, seharusnya Jamil Khir mendesak untuk sumber tajaan ini diaudit bagi memastikan ia halal dan bersih serta bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan dan korupsi.

“(Ia) agar ibadat haji rakyat Malaysia yang ditaja 1MDB ini tidak terjejas,” kata Faiz dalam kenyataannya hari ini.

Kata Faiz 1MDB tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh di mana modal perniagaannya diperoleh daripada pinjaman berkonsepkan riba.

Selain itu katanya, skandal 1MDB di diibaratkan sebagai rompakan terbesar dunia dan kini menjadi subjek penyiasatan di pelbagai negara termasuk yang terbaru dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).

“Pendedahan ini telah membuktikan wujudnya kes prima facie salah laku jenayah oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak. Pendedahan ini juga telah memprejudiskan kedudukan politik Najib Razak dan populariti beliau juga semakin merosot.

“Maka, dalam keadaan politik Najib Razak yang terumbang-ambing sekarang, timbul persoalan sama ada tajaan haji ini sebagai langkah terdesak Najib Razak untuk menutup segala kepincangan yang berlaku dalam skandal berskala mega ini dengan menggunakan helah agama dan kebajikan sebagai kelubung,” katanya.

DOJ baru-baru ini memfailkan tuntutan undang-undang sivil kali ketiga dengan tujuan merampas semula aset yang didakwa dibeli dengan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.

Selain barangan kemas bernilai AS$1.7 bilion, DOJ juga berharap mampu mendapatkan semula sebuah kapal layar bernilai AS$ 250 juta dan kepentingan beberapa syarikat dan hartanah mewah di sekitar London, New York dan Los Angeles.

Bagaimanapun, perdana menteri berulang kali menafikan sebarang salah laku 1MDB yang dikaitkan dengannya, manakala beberapa pemimpin BN menyifatkan tindakan DOJ sebagai campur tangan asing.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-