Thursday, April 26, 2018

Pas sindir penyatuan Anwar, Mahathir bagai filem Tamil

Kosmo Online

ASMA HANIM MAHMOOD
26 April 2018 12:11 AM

Abdul Hadi (tengah) menyindir kerjasama yang dijalin oleh Anwar dan Mahathir.

KOTA BHARU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir penggunaan lambang dan simbol ‘mata merah dan biru’ oleh parti pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Abdul Hadi berkata, lambang mata yang merujuk kepada tumbukan yang didakwa diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penjara itu ibarat plot filem Tamil yang memaparkan cerita luar batasan akal.

"Sekarang guna simbol mata, mata lebam biru, lebam merah, (bekas) kena gocoh, bekas kena tumbuk. Tiba-tiba yang kena tumbuk dan yang tukang tumbuk bersatu, (jadi) kena tumbuk sungguh kah? Atau pura-pura sahaja?

"Macam filem Tamil, kena sekali tumbukan, jatuh berguling-guling, yang tengok menangis sedih, padahal tidak ada apa-apa, satu lakonan sahaja," katanya semasa menyampaikan ucaptama di Majlis Pengisytiharan Calon Pas Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Beliau berkata, semua orang sudah merasai pengalaman berada di bawah seorang pemimpin yang pernah menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tetapi kini mahu diangkat memimpin negara semula.

"Kasihanlah kepada rakyat, kasihanlah juga kepada orang itu, saya tidak mahu sebut nama dia tetapi kasihanlah.

"Biarlah dia bertaubat atas dosa yang banyak, belajarlah agama, jangan tunjuk pandai kalau kita tidak reti Islam, janganlah pilih dia," katanya.

 - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-