Thursday, May 24, 2018

Kes NFC dibuka semula

Diterbitkan 24 Mei 2018, 5:32 petang


Susulan siasatan baru ke atas skandal 1MDB, kerajaan Pakatan Harapan hari ini mengumumkan bahawa kes seterusnya akan dibuka semula ialah isu National Feedlot Corporation (NFC).

Dalam hantaran ke laman Facebook parti AMANAH, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata kes berkenaan akan dibuka semula “selaras dengan manisfesto Pakatan Harapan yang mahu setiap kes membabitkan skandal penyelewangan dibuka semula.”

Salahuddin, yang juga timbalan presiden AMANAH, juga memberitahu Astro Awani bahawa beliau akan mencadangkan kepada kabinet bahawa projek kontroversial penternakan lembu dan projek pembekalan daging lembu itu diteruskan.

Beliau dilaporkan berkata ini kerana projek berkenaan akan disemak dan jika perlu, dijenamakan semula, kerana beliau merasakan ia masih dapat memberi manfaat kepada rakyat.

"Saya perlu lebih objektif, kita tidak mahu membalas dendam, tetapi saya ihat bahawa matlamat NFC adalah baik.

"Dengan NFC, sekurang-kurangnya kita dapat mencapai 30 peratus bekalan (daging lembu) untuk kegunaan tempatan. Saya yakin belia akan berminat dalam bidang penternakan (lembu) dan oleh itu, kerajaan akan membantu mereka," kata Salahuddin yang dipetik dalam wawancara malam tadi.

Beliau berkata, kementeriannya telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi di Negeri Sembilan, serta di Segamat dan Muar di Johor, yang boleh digunakan jika projek itu diteruskan.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-