Thursday, May 24, 2018

Najib keluar lepas disoal-siasat 7 jam

Diterbitkan 24 Mei 2018, 5:05 petang

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menghabiskan kira-kira tujuh jam di bangunan ibu pejabat SPRM di Putrajaya, yang mana beliau disoal-siasat mengenai isu syarikat SRC International.

Soal-siasat itu berlangsung sekitar enam jam dengan Najib diberikan 40 minit waktu rehat.

Beliau tiba menaiki kenderaan Toyota Vellfire dengan plat pendaftaran QMN 11 sekitar jam 9.45 pagi dan masuk ke dalam bangungan tanpa bercakap kepada pemberita.

Ini merupakan soal-siasat kedua bekas presiden Umno itu dengan SPRM minggu ini.

Pada Selasa lalu, SPRM menyoal-siasat Najib kira-kira lima jam berkaitan perpindahan RM42 juta daripada SRC ke akaun peribadi beliau.

Sesi soal-siasat pertama itu berlangsung di tengah-tengah serbuan ke premis berkaitan Najib dan merampas RM120 juta wang tunai dan barangan kemas serta lainnya yang bernilai RM200 juta.

Ketika itu timbul desas-desus Najib akan ditangkap.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-