on May 31, 2018
Dalam keadaan negara yang terbeban dengan masalah hutang, pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo untuk menayangkan perlawanan Piala Dunia 2018 secara langsung di RTM dipersoalkan banyak pihak.
Setiausaha Institut Strategik PAS, Nurul Islam Mohamed Yusof berkata tindakan Gobind untuk menayangkan perlawanan bola sepak paling berprestij itu dirasakan tidak wajar dalam keadaan negara pada masa kini kerana menelan belanja yang besar iaitu sebanyak RM40 juta.
Beliau turut menafikan kenyataan yang mengatakan sumber pembiayaan perlawanan tersebut akan diperoleh melalui pengiklanan berdasarkan pemerhatian terhadap laporan kewangan agensi penyiaran kerajaan itu yang rendah pada tahun-tahun sebelumnya.
“Jika diteliti, pada 2014 iaitu tahun pertandingan Piala Dunia di Brazil, RTM menyiarkan siaran langsung dan hasil yang diperolehi oleh RTM melalui pengiklanan adalah RM 52 Juta.
“Manakala tahun tahun lain, pendapatan yang diperolehi sekitar RM 40 Juta. Ia adalah pendapatan pengiklanan sepanjang tahun. Jadi lebihan pendapatan pengiklanan pada tahun piala dunia hanyalah RM 12 Juta sahaja.
“Adakah berbaloi kerajaan membelanjakan RM 40 Juta dengan anggaran pendapatan RM 12 Juta?,” soal beliau menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosial Facebook rasmi miliknya pada Khamis.
Justeru itu, beliau mencadangkan menteri mempertimbangkan keputusan yang dibuat tersebut supaya kerajaan dapat mendahulukan perkara yang lebih penting berbanding perlawanan bola.
“Ketika rakyat diminta menyumbang ke Tabung Harapan Rakyat bagi menyelesaikan hutang negara, Kerajaan berbelanja pada perkara bukan keperluan.
“Saya merasakan ia sangat tidak wajar dan mencadangkan agar Menteri mempertimbangkan semula keputusan beliau,” katanya.
Wartawan Watan-Online

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.