Monday, June 11, 2018

Polis geledah kuarters dipercayai simpan barang bekas Perdana Menteri

JUNHAIRI ALYASA
11 Jun 2018 3:30 PM

Anggota polis dilihat membawa keluar kotak dari sebuah kediaman di Presint 10, Putrajaya dipercayai berkaitan kes melibatkan Najib. Foto oleh ZAKI AMIRUDDIN

PUTRAJAYA - Sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman melakukan pemeriksaan terhadap sebuah rumah kuarters berhubung siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Precint 10 di sini hari ini.

Difahamkan kuarters yang terletak berhadapan dengan Seri Perdana, iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri tersebut telah diperiksa oleh pihak polis sejak beberapa hari lalu dan dipercayai mempunyai barangan milik Najib.

Turut kelihatan pihak polis membawa keluar beberapa kotak yang tidak diketahui kandungannya ke dalam sebuah van.

Polis tiba di kediaman tersebut dengan menaiki empat buah kereta polis kira-kira pukul 1.20 petang tadi.

Menurut jiran yang enggan dikenali, rumah itu telah ditinggalkan sejak setahun lalu dan kali terakhir ia dihuni oleh bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh.

Sebelum menjawat jawatan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Shukry pernah meme­gang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan an­taranya sebagai Penolong Setiausaha Kementerian Pertahanan, Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Sabah, Pengarah Jabatan Pendaftaran Perak, Pengarah Pejabat Pembangunan Kelantan, Pengu­rus Besar Lembaga Kemajuan Ke­lantan (Kesedar) dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pe­lak­sanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri.

Shukry kemudian dilantik sebagai Pe­nge­rusi Bank Rakyat pada tahun 2016.

 - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-