24 JULAI 2018
Chow Kon Yeow
KUALA LUMPUR - DAP meminta Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy untuk mengemukakan penjelasan kepada parti iatas dakwaan beliau menyokong pemberontakan Pembebasan Harimau Tamil Ealam (LTTE) di Sri Lanka.
Naib Pengerusi DAP, Chow Kon Yeow berkata, parti itu akan meneliti penjelasan Ramasamy namun, tidak menyatakan tindakan lanjut yang akan diambil terhadapnya.
Kon Yeow berpendapat, perkara ini wajar dijelaskan sendiri oleh Ramasamy kerana beliau yang menyertai dalam misi keamanan tersebut, bukan saja di Sri Lanka malah Aceh juga, sebelum menyertai politik atas kapasiti akademik.
"Kita (DAP) minta Ramasamy berikan penjelasan kepada parti untuk diteliti.
"Lebih sesuai untuk Ramasamy memberi penjelasan sejelas-jelasnya kepada mana-mana pihak yang inginkan penjelasan sebab beliau yang mengambil bahagian dalam misi keamanan, bukan saja di Sri Lanka tapi di Aceh pun sebelum beliau menceburi politik atas kapasiti akademik. Malah, saya percaya beliau akan dapat jawab," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan buat masa ini beliau belum mengadakan perbincangan berhubung perkara ini dengan timbalannya itu.
"Belum, bukan kali pertama dakwaan ini dibuat.
"Katanya perkara ini berlaku atas kapasitinya sebagai 'peace maker',peace maker sebagai apa biar beliau sendiri jelaskan," katanya.
Dalam pada itu, berkenaan laporan polis yang dibuat terhadap Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP itu, Kon Yeow menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dr Maza desak Ramasamy jawab]
[ARTIKEL BERKAITAN: Ramasamy perlu disiasat]
Beliau ditanya mengenai gesaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam, yang mahu DAP menyatakan pendirian parti itu terhadap Ramasamy yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, susulan dikaitkan dengan kumpulan pengganas LTTE.
Jumaat lalu, Ramasamy dilaporkan menafikan pembabitannya dengan LTTE, sebaliknya adalah ahli perunding dalam proses perdamaian antara kerajaan Sri Lanka dan kumpulan LTTE pada 2003, atas kapasiti pensyarah Ekonomi Politik dan Pengurusan Antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sebelum ini, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri A Thaiveegan, berkata siasatan seterusnya akan dikendalikan oleh Bukit Aman kerana lebih 60 laporan polis sudah dibuat di seluruh negara berhubung perkara itu.
Sejak awal bulan ini, beberapa laporan polis dibuat terhadap Ramasamy berikutan 'bukti' yang mengaitkan Adun Perai itu terbabit dengan kumpulan LTTE di Sri Lanka, tersebar di laman sosial.
Antara bukti itu adalah satu gambar Ramasamy yang dikatakan menyembah senjata AK-47, namun Ramasamy menafikan dakwaan itu dan menjelaskan gambar itu memaparkan dirinya di tugu peringatan mangsa pembunuhan berama-ramai dalam konflik etnik Sri Lanka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.