Showing posts with label sri lanka. Show all posts
Showing posts with label sri lanka. Show all posts

Friday, March 29, 2024

Sami Buddha Sri Lanka dipenjara kerana hina orang Islam

bharian.com.my
Mac 28, 2024 @ 10:16pm
Anggota polis mengiringi sami Buddha Galagodaatte Gnanasara ke penjara di mahkamah tinggi Colombo. - Foto AFP

COLOMBO: Mahkamah Sri Lanka hari ini menjatuhkan hukuman kerja buruh selama empat tahun kepada seorang sami Buddha yang berpengaruh kerana menimbulkan kebencian pengikutnya terhadap penduduk minoriti Islam di pulau itu.

Mahkamah Tinggi Colombo mendapati Galagodaatte Gnanasara bersalah menghina orang Islam dengan membuat kenyataan yang meremehkan Islam pada sidang akhbar 2016.

"Sami itu dijatuhi hukuman kerja keras selama empat tahun dan denda 100,000 rupee (RM1,561) dan dia dihantar ke penjara untuk mula menjalani hukumannya." kata seorang pegawai mahkamah.

Gnanasara dituduh menghasut keganasan terhadap umat Islam di negara majoriti agama Buddha itu, di mana kira-kira 10 peratus daripada 22 juta orang menganut agama Islam.

Selain itu, dia dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Wirathu, seorang sami pelampau yang berpangkalan di Myanmar.

Difahamkan ini bukan kali pertama Gnanasara dipenjarakan.

Pada tahun 2018, dia dijatuhi hukuman enam tahun kerana menakutkan isteri seorang kartunis yang hilang dan menghina mahkamah tetapi dia dibebaskan sembilan bulan kemudian selepas bekas presiden, Maithripala Sirisena mengampuninya.

Kemudian, bekas presiden, Gotabaya Rajapaksa menjadikan Gnanasara sebagai ketua panel untuk mengesyorkan pembaharuan undang-undang bagi memastikan keharmonian agama di negara itu.

 - AFP

Tuesday, July 24, 2018

DAP tuntut penjelasan P Ramasamy

JANATUL FIRDAUS YAACOB
24 JULAI 2018

Chow Kon Yeow

KUALA LUMPUR - DAP meminta Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy untuk mengemukakan penjelasan kepada parti iatas dakwaan beliau menyokong pemberontakan Pembebasan Harimau Tamil Ealam (LTTE) di Sri Lanka.

Naib Pengerusi DAP, Chow Kon Yeow berkata, parti itu akan meneliti penjelasan Ramasamy namun, tidak menyatakan tindakan lanjut yang akan diambil terhadapnya.

Kon Yeow berpendapat, perkara ini wajar dijelaskan sendiri oleh Ramasamy kerana beliau yang menyertai dalam misi keamanan tersebut, bukan saja di Sri Lanka malah Aceh juga, sebelum menyertai politik atas kapasiti akademik.

"Kita (DAP) minta Ramasamy berikan penjelasan kepada parti untuk diteliti.

"Lebih sesuai untuk Ramasamy memberi penjelasan sejelas-jelasnya kepada mana-mana pihak yang inginkan penjelasan sebab beliau yang mengambil bahagian dalam misi keamanan, bukan saja di Sri Lanka tapi di Aceh pun sebelum beliau menceburi politik atas kapasiti akademik. Malah, saya percaya beliau akan dapat jawab," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan buat masa ini beliau belum mengadakan perbincangan berhubung perkara ini dengan timbalannya itu.

"Belum, bukan kali pertama dakwaan ini dibuat.

"Katanya perkara ini berlaku atas kapasitinya sebagai 'peace maker',peace maker sebagai apa biar beliau sendiri jelaskan," katanya.

Dalam pada itu, berkenaan laporan polis yang dibuat terhadap Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP itu, Kon Yeow menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dr Maza desak Ramasamy jawab]

[ARTIKEL BERKAITAN: Ramasamy perlu disiasat]

Beliau ditanya mengenai gesaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam, yang mahu DAP menyatakan pendirian parti itu terhadap Ramasamy yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, susulan dikaitkan dengan kumpulan pengganas LTTE.

Jumaat lalu, Ramasamy dilaporkan menafikan pembabitannya dengan LTTE, sebaliknya adalah ahli perunding dalam proses perdamaian antara kerajaan Sri Lanka dan kumpulan LTTE pada 2003, atas kapasiti pensyarah Ekonomi Politik dan Pengurusan Antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sebelum ini, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri A Thaiveegan, berkata siasatan seterusnya akan dikendalikan oleh Bukit Aman kerana lebih 60 laporan polis sudah dibuat di seluruh negara berhubung perkara itu.

Sejak awal bulan ini, beberapa laporan polis dibuat terhadap Ramasamy berikutan 'bukti' yang mengaitkan Adun Perai itu terbabit dengan kumpulan LTTE di Sri Lanka, tersebar di laman sosial.

Antara bukti itu adalah satu gambar Ramasamy yang dikatakan menyembah senjata AK-47, namun Ramasamy menafikan dakwaan itu dan menjelaskan gambar itu memaparkan dirinya di tugu peringatan mangsa pembunuhan berama-ramai dalam konflik etnik Sri Lanka.

Kenapa pemimpin DAP membisu sentimen ‘anti-Islam’ Ramasamy, soal Asri

FMT Reporters | July 24, 2018
Mufti Perlis berkata, ada individu yang didakwa dengan tuduhan keganasan hanya kerana memiliki buku IS, tetapi timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu masih bebas walaupun terbabit dengan kumpulan pemberontak Sri Lanka.


PETALING JAYA: Mufti Perlis mempersoalkan kepimpinan DAP mendiamkan diri terhadap dakwaan mengaitkan seorang pemimpin kanannya dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kumpulan pemberontak yang terbabit dalam perang saudara selama beberapa dekad di Sri Lanka yang mengorbankan ratusan ribu orang awam.

“Saya merasa dukacita dan hairan dalam hal ini kerana tiada pimpinan DAP yang bersuara,” kata Datuk Mohd Asri Zainul Abidin kepada Utusan Malaysia, merujuk laporan polis dibuat terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy yang didakwa menyokong LTTE yang diisytiharkan organisasi pengganas di banyak negara.

“Saya tidak pasti adakah kerana mereka hendak menunggu siasatan polis atau bagaimana. Namun, sekurang-kurangnya saya berharap pemimpin DAP dapat meminta polis menyiasatnya (pembabitan Ramasamy dengan LTTE).”

Baru-baru ini, Asri dan beberapa individu yang rapat dengannya mendesak Ramasamy menjelaskan gambar pemimpin DAP Pulau Pinang itu dengan pemberontak, termasuk satu daripada gambar itu yang menunjukkan beliau memberi penghormatan kepada imej sepucuk senapang kalashnikov.

Ini disusuli serangan berterusan Ramasamy ke atas Dr Zakir Naik yang dikehendaki atas dakwaan keganasan di India.

Asri mempertahankan Zakir dan mempersoalkan gesaan untuk Putrajaya mengekstradisi pendakwah Islam itu ke India.

Jumaat lalu, sekumpulan umat Islam yang diketuai seorang individu rapat dengan Asri mengadakan protes di luar sebuah masjid di George Town, Pulau Pinang, untuk menyokong Zakir dan menggesa pihak berkuasa menahan Ramasamy atas sokongannya kepada LTTE.

Mereka turut mendakwa Ramasamy hipokrit kerana pernah membantah tindakan kerajaan mengusir lelaki dikaitkan dengan LTTE ke Sri Lanka, tetapi kini menggesa Zakir dihantar pulang ke India.

Asri berkata, Ramasamy bersikap dwistandard dan mempunyai sentimen anti-Islam, ciri-ciri yang sama dalam perjuangan LTTE.

“Saya dapat melihat sikap anti-Islam yang ada pada Ramasamy, mempunyai ciri-ciri yang serupa dalam perjuangan LTTE,” katanya sambil menambah kumpulan pemisah itu membunuh ramai penduduk kampung Islam dalam usaha mewujudkan sebuah negara berasingan untuk orang Tamil di Sri Lanka.

Asri berkata, pihak berkuasa sebelum ini mengambil tindakan terhadap penyokong IS, termasuk mereka yang menyokong kumpulan pengganas itu dari jauh.

“Kita lihat ada individu yang hanya memiliki beberapa buah buku berkaitan IS telah dihukum (didakwa) kerana disabitkan dengan keganasan.

“Bagaimana pula individu seperti Ramasamy yang sehingga hari ini belum diambil tindakan sedangkan pembabitannya (dengan LTTE) jauh lebih jelas jika dibandingkan orang yang memiliki buku (IS)?” soal Asri yang menafikan kritikannya terhadap Ramasamy ada kaitan dengan sokongan ke atas Zakir.

Friday, July 20, 2018

'Saya bukan ahli LTTE'

Siti Sofia Md Nasir
siti.sofia@nstp.com.my
RAMASAMY semasa sidang media di Komtar, Georgetown, hari ini. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal

TIMBALAN Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P Ramasamy, hari ini menafikan dakwaan pembabitannya menyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari Sri Lanka.

Ramasamy berkata, dakwaan itu bermula apabila beliau dilantik sebagai ahli perunding dalam proses perdamaian antara kerajaan Sri Lanka dan kumpulan LTTE pada 2003.

“Ketika itu saya adalah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalam bidang Ekonomi Politik dan Pengurusan Antarabangsa.

“Jadi, saya dipilih bersama beberapa wakil lain untuk menjadi perunding dalam proses perdamaian mereka. Tugas kami hanyalah untuk membawa perkara berkenaan ke meja rundingan dan mengelakkan peperangan.

“Saya bukan ahli atau penyokong LTTE,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Georgetown, hari ini.

Ramasamy yang menjadi pensyarah di UKM selama 26 tahun berkata, bagaimanapun rundingan itu menemui jalan buntu dan beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan proses perdamaian di Sri Lanka pada 2006.

Katanya, selain menjadi perunding antara kerajaan Sri Lanka dan LTTE, beliau juga pernah dipilih menjadi orang tengah antara kerajaan Indonesia dengan Gerakan Acheh Merdeka (GAM), sehingga diberi penghormatan oleh Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

“Saya juga kenal ramai pemimpin GAM, namun adakah itu menjadikan saya seorang pengganas? Tidak, kerana saya sentiasa berpegang pada prinsip bahawa konflik senjata tidak akan mencapai apa-apa.

“LTTE juga sudah tidak wujud lagi sejak 2009, jadi adakah saya masih seorang pengganas?,” katanya.

Ditanya mengenai hubungan beliau dengan pemimpin LTTE, iaitu Vaiko atau V Gopalasamy, Ramasamy berkata, Vaiko adalah sahabat lamanya dan beliau adalah ahli politik terkemuka di selatan India, dan bukannya ahli LTTE seperti yang didakwa beberapa pihak.

Malah, katanya, gambar yang memaparkan beliau 'menyembah' senapang Kalashinov atau AK-7 seperti yang tular di media sosial adalah upacara memperingati mangsa yang terbunuh di Sri Lanka.

“Gambar itu diambil sekitar 2004 dan 2005. Saya bukan menyembah senjata, tetapi ia satu upacara memorial memperingati mangsa perang.

“Saya minta kepada mereka yang tuduh saya itu, fikirlah sikit. Anda boleh buat 1,000 laporan polis pun, tetapi biarlah polis siasat perkara ini,” katanya.

Dalam sidang media berkenaan, Ramasamy turut mengakui pihak polis sudah merakamkan keterangannya pada Selasa lalu.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan menerima sebanyak 53 laporan polis dari seluruh negara berhubung dakwaan mengaitkan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Perai itu dengan kumpulan LTTE.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Julai 2018 @ 5:26 PM

Friday, June 2, 2017

Sri Lanka digesa hentikan serangan anti-Islam oleh pelampau Buddha

Reuters
June 2, 2017

Lebih 20 serangan ke atas orang Islam direkodkan sejak 17 April lalu termasuk membakar perniagaan milik orang Islam dan serangan bom petrol ke atas masjid.
COLOMBO: Diplomat asing semalam mengutuk keganasan terhadap umat Islam di Sri Lanka dan menggesa kerajaan menegakkan hak golongan minoriti itu dan kebebasan beragama.

Lebih 20 serangan ke atas orang Islam direkodkan sejak 17 April lalu termasuk membakar perniagaan milik orang Islam dan serangan bom petrol ke atas masjid.

Orang Islam menyalahkan serangan itu dilakukan oleh Body Bala Sena (BBS) atau “Force Power Buddha”, sebuah organisasi yang menuduh agama Islam disebar dan mengancam agama Buddha, agama utama negara itu. Bagaimanapun, BBS menafikan sebarang penglibatan.

“Adalah penting tindakan undang-undang dikenakan terhadap pelaku dan juga penting hak golongan minoriti dan kebebasan beragama ditegakkan,” kata Pesuruhjaya Tinggi Kanada, Shelley Whiting.

Presiden Maithripala Sirisena dan Perdana Menteri Ranil Wickremasinghe mengarahkan polis menegakkan undang-undang tetapi keganasan terhadap orang Islam belum berakhir.

Kira-kira 9% daripada 21 juta penduduk Sri Lanka adalah umat Islam. Penganut Buddha terdiri daripada kira-kira 70% populasi penduduk.

Beberapa kumpulan Buddha menuduh organisasi Islam yang bersikap melampau terhadap masyarakat dan menukar agama mereka kepada Islam secara paksa. Pemimpin Islam menafikan tuduhan itu.

Duta Kesatuan Eropah, Tung-Lai Margue berkata beliau berharap polis akan membuat tangkapan pada masa akan datang.

Pesuruhjaya Tinggi Australia, Bryce Hutchesson berkata sikap kebencian itu disasarkan terhadap komuniti Islam.

“Setahu saya, campur tangan diplomatik secara bersama seperti ini belum pernah berlaku di Sri Lanka,” kata Pengarah International Crisis Group Sri Lanka, Alan Keenan, menulis di Twitter.

Pada 2014, 3 orang Islam terbunuh dalam rusuhan dicetuskan oleh kumpulan pelampau penganut Buddha.

Presiden Sirisena dipilih pada tahun berikutnya selepas kempen di mana beliau berjanji menyelesaikan isu yang dihadapi golongan minoriti iaitu etnik Tamil dan Islam.

Gereja juga berdepan serangan yang sama pada masa lalu.

Kerajaan menamatkan perang saudara selama 26 tahun secara besar-besaran dengan mengalahkan pemberontak Tamil Tiger pada 2009.

Sunday, November 17, 2013

Sensitiviti melayu/islam vs sensitiviti kaum tamil.................


NGO: 'Nambikei' Najib pecah di Sri Lanka

RK Anand
6:58PM Nov 15 2013
Seorang pemimpin perniagaan percaya bahawa Datuk Seri Najib Razak menderita amnesia pasca pilihan raya yang membuatkan beliau lupa bahawa beliau perdana menteri untuk seluruh rakyat Malaysia.


Telahan Presiden Persatuan Perniagaan India Johor (Jiba) P Sivakumar (kiri) itu disimpulkan berdasarkan keputusan perdana menteri untuk hadir ke mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel di Sri Lanka.

Turut menjadi mangsa kritikannya, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel yang dicadangkannya untuk meletakkan jawatan berhubung perkara itu.

"Orang Tamil mewakili 70 peratus daripada masyarakat India di Malaysia dan perdana menteri masih tidak memberi perhatian kepada gesaan memulaukan mesyuarat itu di Sri Lanka.

"Orang Tamil dibunuh beramai-ramai di Sri Lanka... ini langkah penghapusan kaum. Najib harus lebih sensitif dan menghormati perasaan masyarakat Tamil............"


Wak respek terhadap kaum tamil di Malaysia yang begitu peke terhadap kaum sebangse dengan nye yang 'teranaye' di Seri Lanka tu. Yele, bak pepatah melayu, bile di cubit pehe kiri, pehe kanan akan terase sakit nye juge. Ini boleh di jadi contoh yang paling baik ketike kite orang2 muslim yang sedang terancam oleh musuh2 nye di seluruh dunie.

Ketike ini saudare muslim kite di Myanmar sedang bergelut dengan musuh2 nye, banyak perkampungan muslim di bakar dan di musnahkan dan beratus ribu umat Islam di bunuh atau dicederekan. Wak nak tanye sikit, adekah mane2 badan pertubuhan Islam di Malaysia ni bertindak atau sudah mengambil daye usahe untuk membantu dan menyelamatkan saudare kaum muslin nye di sane tu.

Setidak2 nye pertubuhan2 muslin di Malaysia ni mengambil contoh seperti Persatuan Perniagaan India Johor (jiba) tu. Perake2 yang patut di lakukan oleh pertubuhan2 muslim di Malaysia ni ialah mendesak kerajaan supaye menghalau keluar dan menyekat kedatangan semue pendatang bukan muslim dari Myanmar tu. Kini mereke tu sedang hidup senang lenang bekerje dan ade juge yang berniage di Malaysia.

Setia bulan mereke menghantar jute an ringgit ke negare asal nye. Mungkin dan tidak mustahil  ade juge di kalangan2 keluarga mereke ni terlibat juge dengan penghapusan dan pembunuhan kaum muslim di Myanmar negare asal mereke tu.


Saturday, November 16, 2013

Orang tamil BUKAN tidak faham..........

Sekarang Wak nak ulas sedikit tentang tulisan dari blog 'puterarahman' yang bertajuk 'Orang Tamil Tidak Faham...........'. Sebenar nye 'tamil' ni ialah salah satu suku kaum keturunan dari India. Selain dari tamil ade juge suku punjabi, telugu, maliyali, dan lain2 lagi. Ianye juge boleh di same kan dengan suku2 kaum melayu yang ade di Malaysia seperti suku kaum banjar, minang, bugis, jawa dan lain2.

Sebenar nye kaum tamil di Malaysia ni bukan nye tidak faham tentang dasar2 pemerintahan yang ade di Malaysia ni. Mereka faham dan masih mahu membantah se mate2 kerane sikap perkauman yang sangat menebal dalam diri mereke -"cubit pehe kiri, pehe kanan sakit jue".

Walaupun mereke telah menjadi warge Malaysia, tetapi sebelah kaki mereke masih lagi berpijak di negare asalnye -iaitu India. Sebuat aje 'tamil', mereke sudah terbayang itu adelah kaum kerabat mereke sedarah sedaging. Hinggekan pemimpin2 kite mereke tegah dari memberi 'sokongan' kepade Sri Lanka yang kunun nye menindas 'tamil elam' di sane.

Sepatutnye kaum tamil di Malaysia ni berase lebih beruntung dari kaum sebangse nye yang berade di negare India tu. Mereke sepatut nye menumpukan taat setie yang sepenuh nye di negari ini dan bukan nye mempertikaikan tindakan kerajaan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-