Showing posts with label P Ramasamy. Show all posts
Showing posts with label P Ramasamy. Show all posts

Wednesday, September 25, 2024

Ajar Umno di Mahkota, jangan undi Syed Hussein, kata Ramasamy

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 25, 2024
Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramasamy mahu pengundi bukan Melayu menghantar mesej yang jelas kepada Umno pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Mahkota Sabtu ini.

Katanya, ini adalah peluang keemasan untuk membentangkan detik penting khususnya buat masyarakat Cina dan India, meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Umno selama ini.
P Ramasamy
“Pilihan raya ini menawarkan peluang keemasan kepada pengundi untuk menentang parti yang selama ini dianggap sebagai punca perpecahan.

“Jika pengundi Cina dan India beramai-ramai mengundi menentang calon Umno, Syed Hussein Syed Abdullah, mereka boleh mencipta sejarah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini timbul ura-ura bahawa kemungkinan pengundi Cina yang membentuk kira-kira 35 peratus daripada 66,318 pengundi Mahkota tidak akan keluar kerana “kelakuan ekstrem” Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Sallah dalam beberapa isu sejak kebelakangan ini.

Terbaru, dia menempelak Naib Pengerusi DAP Teresa Kok yang menyuarakan kebimbangan masyarakat bukan Islam berhubung cadangan Jakim mewajibkan pensijilan halal ke atas restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol.
Susulan itu Akmal melabelkan Kok sebagai "nyonya tua" dan memberi amaran supaya pemimpin DAP itu tidak mencampuri urusan berkaitan agama Islam.

Dia juga secara sinis meminta kerajaan menyediakan logo non-halal untuk “ditampal di dahi” pemimpin DAP itu.

Mengulas lanjut, Ramasamy yang juga adalah bekas pemimpin DAP yang kini menjadi presiden Urimai berkata, undi menentang BN akan mewakili satu langkah penting bagi masyarakat bukan Melayu menyuarakan rasa tidak puas hati dan menghukum Umno.

“Retorik berapi-api Akmal terhadap masyarakat bukan Melayu bukanlah satu insiden terpencil. Ia mencerminkan fenomena ideologi yang berakar umbi dalam Umno.

“Kerelevanan parti itu telah lama terikat dengan strategi memburuk-burukkan bukan Melayu. Terdapat kepercayaan bahawa lebih ramai pemimpin Umno memperlekehkan bukan Melayu, lebih banyak sokongan yang akan mereka peroleh daripada pengundi Melayu.
“Bagaimanapun, populariti pembangkang PN yang semakin meningkat di kalangan orang Melayu mempersoalkan strategi ini,” katanya.

Ramasamy berkata, meskipun PRK Mahkota mungkin tidak menggambarkan sepenuhnya sentimen pengundi di seluruh negara, namun ia tetap memberi peluang kepada pengundi Cina dan India untuk mengembalikan maruah mereka dengan enggan menyokong calon Umno.

Pada PRK Mahkota, Syed Hussien yang juga ketua Pemuda Umno Kluang dan bekas pelajar sekolah vernakular Cina berhadapan dengan calon PN Mohamad Haizan Jaafar, dalam pertandingan satu lawan satu.
Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi juga merayu kepada pengundi Cina supaya tidak "menghukum" dirinya berhubung isu di peringkat persekutuan.

Monday, July 15, 2024

Ramasamy: Dakapan maut bersama DAP punca kemerosotan Umno

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 15, 2024 
Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramasamy mendakwa pakatan Umno bersama DAP adalah punca kemerosotan bekas parti dominan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, bekas pemimpin DAP yang digugurkan pada pilihan raya negeri Pulau Pinang tahun lalu itu, berkata Umno tertekan, bukan sahaja dengan kemungkaran pemimpin terdahulu dan sekarang tetapi terbelenggu dengan 'hubungan peliknya' dengan DAP.
“Umno, parti keramat orang Melayu, tidak akan dapat menikmati semula ketuanan politik masa lampaunya selagi dibelenggu perkara ini.

“Kedua-dua parti, Umno dan DAP adalah musuh tradisi sejak sekian lama, selama bertahun-tahun, sebelum mereka berdakapan dalam politik selepas pilihan raya umum lalu.

"Walaupun pemimpin politik kedua-dua parti mempunyai alasan untuk berdakapan sesama mereka, namun bagi ahli akar umbi Umno ia adalah pahit," kata Ramasamy.

Dakwanya, pada pilihan raya kecil Sungai Bakap baru-baru ini, ahli Umno akar umbi mengundi calon PN, dan trend ini akan berterusan. Ramasamy sedang cuba untuk menghidupkan semula kerjaya politiknya menerusi parti baharunya Urimai bersama pakatan Perikatan Nasional yang ditunjang oleh PAS dan Bersatu.

“Ahli Umno yang telah dididik untuk membenci DAP sebagai punca segala keburukan tidak boleh mencerna pakatan politik di bawah kerajaan pimpinan PH.

“Pemimpin kedua-dua parti mungkin bergandingan dalam mesyuarat politik tetapi perasaan dan sentimen ahli akar umbi berbeza.

"Ahmad Zahid Hamidi mungkin presiden Umno, tetapi tindakannya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam parti. Mungkin ada sebab peribadi mengapa dia membuka jalan untuk berdakapan dengan DAP," katanya.
Dia juga menuduh DAP cuba menyamar sebagai parti politik pelbagai etnik.

“DAP mahu menggantikan MCA sebagai wakil tunggal kaum Cina tanpa menggelarkan mereka sebagai parti Cina,” kata Ramasamy.

Umno sebelum ini mentadbir Malaysia selama lebih 60 tahun sebelum tumbang dengan hanya memenangi 26 daripada 222 kerusi parlimen pada pilihan raya umum 2022.

Ramasamy mendakwa semakin lama Umno terperangkap dalam dakapan bersama dengan DAP, semakin lama parti itu perlukan untuk menyakinkan semula orang Melayu supaya kembali menyokongnya.

“Menyertai gabungan pimpinan PH mungkin memberi manfaat kepada barisan tertinggi kepimpinan Umno, tetapi bagi ahli biasa hubungan dengan DAP bukanlah sesuatu yang boleh diterima.

“Semakin lama Umno meneruskan hubungan dengan DAP, semakin ramai ahli akan cuba mencari padang rumput lebih hijau dengan bersama PAS dan Bersatu.
"Masalah Umno bukan semua tentang hubungannya dengan DAP kerana parti itu tidak boleh dihidupkan semula atau dicipta semula tanpa pembersihan beberapa pemimpinnya dengan rekod buruk," katanya, merujuk kepada DNAA Zahid mengenai 47 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

"Umno menghadapi masalah yang serius. Parti yang memperjuangkan kemerdekaan negara mungkin menghadapi kehancuran secara perlahan tetapi pasti," katanya lagi.

[Baca berita penuh]

Sunday, March 17, 2024

Ramasamy: Umno tak layak cakap isu pengkhianatan

malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 17, 2024 
Bekas ahli parlimen DAP, P Ramasamy, hari ini tampil mempertahankan parti Bersatu selepas didakwa pengkhianat oleh Umno.

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu bahkan mengingatkan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, bahawa PKR juga "lahir dari DNA sama".

"Umno bukanlah parti yang mulia untuk bercakap tentang pengkhianatan," kata Ramasamy dalam kenyataan hari ini.

Dia berkata, jika Asyraf Wajdi percaya bahawa Bersatu layak untuk dikhianati oleh wakil rakyat mereka, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada Umno sendiri.

"Jika Bersatu lahir dan dibesarkan dengan pengkhianatan serta pembelotan, bagaimana dengan PKR?

"Bukankah PKR juga merupakan klon kepada Umno?

"Adakah pembentukan PKR merupakan pengkhianatan terhadap Umno? Adakah Presiden PKR ketika ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dituduh meninggalkan Umno?" katanya.

Menurut Ramasamy walaupun situasi politik yang membawa kepada pembentukan PKR mungkin berbeza berbanding Bersatu, tetapi 'DNA' untuk kedua-dua parti adalah sama.

"Yang meninggalkan parti untuk menyertai PKR itu juga adalah ahli-ahli Umno.

"Mengapa Asyraf Wajdi menahan diri daripada menuduh PKR juga melakukan pengkhianatan?" kata Ramasamy yang meninggalkan DAP pada Nov lalu untuk membentuk parti politiknya sendiri.
Asyraf Wajdi Dusuki
Parti Keadilan Nasional - yang merupakan nama asal kepada PKR - ditubuhkan pada 1998 sebagai platform bagi gerakan Reformasi yang dicetus ekoran pemecatan Anwar dari Umno.

Anwar merupakan timbalan perdana menteri di bawah Dr Mahathir Mohamad.

Semalam, Asyraf Wajdi berkata walaupun Umno tidak mempunyai masalah dengan sokongan wakil rakyat Bersatu kepada kerajaan pimpinan Anwar namun dia mendakwa "pengkhianat tetap pengkhianat".

Jelasnya, Bersatu merupakan parti yang diasaskan berdasarkan 'pengkhianatan' ahli-ahlinya kepada Umno selepas PRU ke-14 pada 2018.

Kini kata pengerusi Mara itu, Bersatu terpaksa membayar 'harga kecurangan' yang dilakukan mereka sebelum ini.

Ramasamy juga menganggap kerjasama Umno dengan DAP - yang bermusuh ketat selama beberapa dekad - juga merupakan tindakan pengkhianatan parti terbabit.

"Asyraf Wajdi yang datang dari sebuah parti politik tercemar seharusnya lebih berhati-hati menggunakan perkataan 'pengkhianatan'.

"Mampukah Asyraf Wajdi membela kerjasama politik di antara PKR dan DAP dalam PH?

"Bukankah parti-parti politik ini dahulunya musuh kepada Umno? Dalam hal ini, bagaimana Bersatu berbeza daripada PKR dan DAP?" tambahnya.

Setakat hari ini enam MP Bersatu dan seorang Adun sudah membuat keputusan sepihak dengan mengetepikan parti sendiri dengan mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan perpaduan.

Mereka ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan), selain Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari.

Beberapa bekas pemimpin lain Bersatu juga menyertai PKR seperti Muhammad Faiz Na’aman serta bekas Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah.

Friday, September 22, 2023

Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy

agendaily.com
22/09/2023
P Ramasamy.

Seorang bekas pemimpin DAP menyifatkan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-UMNO masih tidak lagi disokong majoriti orang Melayu sejak terbentuknya pentadbiran yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya.

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy berkata kerajaan campuran PH-UMNO nampaknya “syok sendiri” apabila mendakwa sokongan orang Melayu terhadap mereka meningkat walhal realitinya ia tidak berlaku sama sekali.

Ujarnya, kekalahan Perikatan Nasional (PN) kepada PH-UMNO bukan ukuran sokongan orang Melayu kepada kerajaan sekarang, malah andaian pengaruh pembangkang itu sudah berkurangan hanya “khayalan dan tidak matang”.

“Ia tidak boleh diandaikan secara naif bahawa pilihan raya kecil (PRK) itu adalah pilihan raya yang buruk bagi PN di mana gabungan itu terperangkap dalam retorik kaum dan agama yang tidak berubah,” katanya dalam satu kenyataan.

“Bagaimana sokongan terhadap PN boleh dikatakan sudah sampai ke puncak sedangkan sokongannya masih belum sampai ke puncak pada pilihan raya kecil Johor baru-baru ini?”

Pada PRK 9 September lalu, calon PH Suhaizan Kayat dan Nazri Abdul Rahman masing-masing menang dengan majoriti kira-kira 18,000 dan 3,500 undi.

Di Pulai, bagaimanapun, kemenangan PH dengan majoriti lebih kecil berbanding majoriti besar 33,174 undi yang diperoleh gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15, November tahun lalu.

Ramasamy, yang keluar dari DAP bulan lalu selepas tidak dicalonkan parti itu pada PRN Pulau Pinang, berkata adalah lebih tepat untuk mengatakan bahawa PN masih belum merealisasikan “potensi sepenuhnya”.

“Sokongan Melayu kepada PN belum memuncak tetapi baru bermula, seperti yang disaksikan dalam PRK Johor. Gabungan jentera dalam PH-Barisan Nasional (BN) mungkin tidak cukup kuat untuk menghentikan usaha besar PN,” tambahnya.

Pada PRK di Johor, beliau berkata, majoriti orang Melayu menyokong PN walaupun peratusan keluar mengundi rendah.

“Hanya 20% orang Melayu, penyokong tegar Umno dan PH, mengundi kerajaan perpaduan,” katanya.

“Ya, calon PH-BN mungkin menang, tetapi sama ada ia berdasarkan sokongan popular daripada semua masyarakat etnik masih perlu dipastikan.”

Di peringkat nasional, katanya, sokongan orang Melayu kepada PN berada pada kira-kira 65%.

“Pilihan raya umum lalu, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil baru-baru ini mengesahkan satu perkara: sokongan orang Melayu terhadap kerajaan perpaduan semakin berkurangan dengan begitu drastik,” tambahnya.

“Memandangkan ini, bagaimana mungkin penyokong PH-BN tidak sedar tentang apa yang berlaku di lapangan?”

Daripada berfikir bahawa pengaruh PN telah sampai ke puncak, katanya, adalah “lebih baik” untuk bercakap tentang apa yang disifatkannya sebagai “penurunan sokongan bukan Melayu, khususnya kaum India, kepada kerajaan perpaduan”.

“Kegagalan kerajaan perpaduan menangani isu-isu kaum India secara jujur, pengguguran pemimpin India tertentu dalam pilihan raya negeri dan lain-lain, menyebabkan orang India menjauhkan diri daripada kerajaan perpaduan,” katanya.

“Kebanyakan orang India yang mengharapkan pembaharuan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim, pengalaman itu adalah mengecewakan dan mendukacitakan.

“Beberapa bahagian masyarakat India mungkin akan beralih kepada PN pada masa hadapan, walaupun gabungan itu masih belum merangka agenda untuk bukan Melayu di negara ini.”

Begitu juga, beliau berkata walaupun orang Cina dianggap sebagai simpanan tetap untuk DAP, “malah peratusan keluar mengundi Cina semasa PRK di Johor tidak mengagumkan, menunjukkan mungkin terdapat rasa tidak puas hati dan kekecewaan terhadap PH-BN”.

“Tanpa alternatif, orang Cina dengan berat hati memilih kerajaan perpaduan,” katanya.

“Tiada jaminan bahawa politik pilihan raya di Johor dan negara akan mematuhi beberapa corak pilihan raya yang ditetapkan atau angan-angan beberapa penganalisis politik.

“Jika orang Melayu Johor boleh menyokong PN, ia mungkin tiada kaitan dengan gelombang hijau, tetapi keutamaan kepada parti politik dan individu yang dianggap tidak korup dan baik.”

Sunday, February 12, 2023

AMK P Pinang pula gesa Ramasamy dipecat

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 12, 2023 9:21 AM
Pemuda PKR (AMK) Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri memecat Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berikutan kenyataannya yang menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim memecahkan dominasi orang Melayu dalam sektor perkhidmatan awam.

Ketua Penerangan AMK Pulau Pinang, Abshar Nurasyraf menyifatkan Ramasamy sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan (PH) apabila berulangkali mengeluarkan kenyataan kontroversi yang tidak menguntungkan kerajaan, rakyat, mahupun negara.

"Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan sebegini, malah sudah berulangkali.

"Isu ramai penjawat awam berbangsa Melayu bukanlah satu isu yang besar sebaliknya beliau cuba mencurah minyak ke api bertujuan hanya untuk mencari perhatian dan sokongan murahan pihak-pihak tertentu," katanya.

Menjawab gesaan supaya dia dipecat, Ramasamy memberitahu Malaysiakini dia menyeru reformasi dalam sektor perkhidmatan awam, bukan untuk "memecahkan dominasi orang Melayu".

"Ini adalah pembohongan terang-terangan yang diputar belit oleh media dengan agenda menyalahkan kaum tertentu," katanya dalam jawapan ringkas kepada Malaysiakini melalui mesej Whatsapp malam tadi.
Kelmarin Ramasamy dalam catatan di Facebook berkata sektor perkhidmatan awam telah diperkukuhkan dan kini memerlukan reformasi.

Pemimpin DAP itu berkata, hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi kaum Cina, tidak lagi terpakai.

Ini katanya adalah antara hujah yang digunakan Mahathir Mohamad untuk menginstitusikan hegemoni orang Melayu dalam sektor awam khususnya perkhidmatan awam.

Sementara itu, Abshar berkata Ramasamy sebagai pemimpin nombor dua di Pulau Pinang harus lebih sedar dan berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan.

"Tindakan memecat beliau sewajarnya dilakukan pada ketika ini untuk memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain yang lebih berkaliber dan layak menjadi orang nombor dua di negeri ini,” katanya.

Absyar berkata dia yakin di bawah kepimpinan perdana menteri tidak akan wujud sebarang diskriminasi terhadap mana-mana kaum untuk mendapat tempat dalam mana-mana sektor pekerjaan dalam usaha membawa negara ke arah Malaysia Madani.

"Sehubungan dengan itu saya menyeru agar semua bertenang dan tidak melayani publisiti murahan yang keluar dari individu seperti ini.

"Harus saya ingatkan bahawa tunjang terhadap kekuatan dan kesepaduan yang dizahirkan oleh rakyat Malaysia pada hari ini wujud hasil daripada perpaduan rakyatnya, ia harus kita semarakkan, bukan dipecahkan," katanya.

Semalam, ahli jawatankuasa pusat Amanah, Mohd Sany Hamzan turut menggesa DAP memecat Ramasamy daripada jawatan timbalan menteri II Pulau Pinang.

Sany dalam satu kenyataan berkata DAP sering diletakkan dalam keadaan sukar oleh Ramasamy apabila dia membuat kenyataan seumpama itu.

Saturday, February 11, 2023

Pemuda Umno: Ramasamy jangan jolok sarang tebuan

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 11, 2023 1:31 PM
Setiausaha Pemuda Umno Hasmuni Hassan memberi amaran kepada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy supaya tidak “menjolok sarang tebuan”.

Hasmuni berkata demikian susulan gesaan Ramasamy agar memecahkan dasar monopoli kaum tertentu dalam sektor perkhidmatan awam.

Hasmuni dalam kenyataannya hari ini berkata antara sebab kekurangan kaum Melayu di sektor perkhidmatan awam adalah isu gaji kecil, yang tidak menarik minat komuniti berkenaan.

Katanya, ia berbeza dengan kaum Melayu yang lebih sanggup berkhidmat dengan kerajaan atas semangat patriotisme.

“Tidak ada diskriminasi kepada mana-mana kaum untuk menyertai perkhidmatan awam kerana jawatannya ditawarkan secara terbuka dan pemilihannya dibuat dengan saringan yang memenuhi piawai dan kehendak pekerjaan itu sendiri.

“Ramasamy jangan bermain api atau ‘menjolok sarang tebuan’ dengan sengaja membangkitkan perkara ini hanya disebabkan perasaan prejudis beliau terhadap perdana menteri (Anwar Ibrahim).

“Ramasamy mungkin takut dengan bayang-bayang sendiri atau tidak yakin dengan perdana menteri disebabkan konsep Malaysia Madani yang membangkitkan semangat kebangsaan yang sejati,” katanya..

Semalam, Ramasamy menyifatkan perkhidmatan awam di negara ini telah “kejang” (ossified) dan perlu menjalani pembaharuan.
Ramasamy menggesa Anwar mereformasikan perkhidmatan awam untuk memecahkan dasar monopoli kaum tertentu yang menurutnya dilaksanakan semasa era kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Menurut pemimpin DAP itu, perkhidmatan awam di Malaysia kebanyakannya dimonopoli oleh kaum bumiputera dan Melayu dari Semenanjung, dengan penyertaan kecil bumiputera bukan Islam dan bukan Melayu, selain Cina dan India.

“Dasar perkauman sebegini tidak boleh dipertahankan lagi, bukan ketika kerajaan perpaduan berkuasa,” kata Ramasamy.

Mengulas lanjut, Hasmuni turut menepis kenyataan Ramasamy yang menurutnya seolah-olah mengatakan orang Melayu tidak boleh pergi jauh hanya dengan bergantung dengan bekerja di sektor awam semata-mata.

“Saya mahu menjawab Ramasamy jangan menghina orang Melayu seolah-olah orang Melayu ‘tidak boleh pergi jauh’ dan hanya bergantung pada bekerja dengan kerajaan semata-mata. Isu ini tidak perlu disebut-sebut lagi pun.

“Orang Melayu bekerja dengan kerajaan disebabkan rasa tanggungjawab, kesetiaan dan kredibiliti mereka dalam pekerjaan tersebut.

“Mereka memasuki perkhidmatan awam dengan kredibiliti mereka, melalui proses saringan yang terbuka dan standard,” katanya.

Sunday, January 22, 2023

Madani apa, kalau SOSMA masih belum dihapuskan? soal Ramasamy kepada Anwar

agendaily.com
22/01/2023
Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy mendakwa SOSMA akta kejam.

Konsep negara Madani yang diperkenalkan tidak berguna sekiranya kerajaan masih tidak menghapuskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kata P. Ramasamy.

Pemimpin kanan DAP itu mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) kerana tidak menghapuskan undang-undang yang disifatkannya zalim dan ia bertentangan dengan konsep Malaysia Madani diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

“Perdana Menteri Anwar Ibrahim jelas menyatakan keperluan untuk membina masyarakat atas dasar masyarakat Madani.

“Pemikiran sebegini memerlukan kerjasama yang erat antara kerajaan dan masyarakat atas dasar nilai kerajaan yang baik, kelestarian, muhibah, prihatin dan nilai kemanusiaan.

“Namun, terjemahan konsep ini secara konkrit bermaksud menyingkirkan undang-undang yang zalim dan keji yang merugikan dalam memupuk kebaikan dan nilai manusia,” kata Ramasamy dalam hantaran media sosial.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata SOSMA adalah ‘kejahatan’ yang sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan merupakan undang-undang terhadap kemanusiaan.

Katanya, di bawah SOSMA suspek boleh ditahan selama 28 hari dan kemudian disambung dengan Kanun Keseksaan.

“Anda tidak boleh bercakap tentang hak asasi manusia dan kesopanan manusia tetapi bergantung pada undang-undang yang kejam dan tidak adil terhadap kemanusiaan.

“Tiada pembelaan terhadap SOSMA kerana terdapat undang-undang yang mencukupi di negara ini untuk mencegah gangsterisme dan keganasan.

“Pasukan polis tidak boleh bergantung kepada undang-undang yang lapuk untuk memerangi jenayah. Ia hanya menunjukkan bahawa pasukan polis masih belum mencapai profesionalisme yang diperlukan,” katanya lagi.

Untuk rekod, Ramasamy juga sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang keras terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkannya sebagai liabiliti kepada PH.

Ia susulan UMNO mengumumkan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang dibuat semasa Perhimpunan Agung UMNO lalu.

Friday, January 20, 2023

Pemuda UMNO pula bidas Ramasamy jangan celupar, minta DAP jaga persefahaman

agendaily.com
20/01/2023
Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy mengkritik Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Keceluparan pemimpin DAP, Dr. P. Ramasamy dibidas Pemuda UMNO yang menyifatkan ia sebagai satu tindakan tidak wajar sama sekali.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang menghina Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memandangkan kini sudah berada bersama-sama dalam kerajaan dan menjadi rakan politik.

“Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy tidak sepatutnya keluarkan kenyataan-kenyataan berbaur hasutan dan fitnah kepada pimpinan parti yang bersama membentuk kerajaan.

“Jangan menjadi lidah pembangkang pula untuk meruntuhkan kepercayaan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan yang dibina atas persefahaman jitu pelbagai parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan segelintir pimpinan PH yang lain bahawa muhasabah diri, kembali kepada realiti dan jangan termakan hasutan dan adu domba daripada pakatan pembangkang yang ingin meruntuhkan kerajaan sedia ada ini.

“Jadi janganlah Ramasamy seperti menembak kaki sendiri apabila membuat cercaan yang kurang cerdik dengan tarafnya sebagai pimpinan utama parti.

“Perkemaskan diri dan fikir bagaimana untuk meraih sokongan rakyat kembali kepada kerajaan Perpaduan ini yang mewakili segenap lapisan kaum di Malaysia,” katanya.

Ramasamy sebelum ini menyifatkan Zahid jika kekal memegang jawatan Presiden UMNO, ia kana bukan hanya membebankan kepada parti itu, tetapi juga buat Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan berikutan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.

Ramasamy turut percaya usaha UMNO untuk berubah juga akan melalui jalan sukar selagi imej korupsi yang melingkarinya tidak dibersihkan dan malangnya, Zahid selaku teraju parti sendiri dilihat sebagai pemimpin paling terkesan dengan imej itu dalam UMNO.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO, Ahmad Shabery Cheek menegur tindakan segelintir pemimpin PH yang suka menyerang secara terbuka sesama sendiri meskipun bersama dalam satu kerajaan.

Wednesday, January 18, 2023

Khairuddin pertahan Zahid dikritik Ramasamy, ungkit kes mahkamah Guan Eng

agendaily.com
18/01/2023
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dikatakan sudah menyertai UMNO.

Bekas Ahli Parlimen (MP) PAS yang mesra UMNO, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali mempertahankan Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikritik pemimpin DAP, P Ramasamy baru-baru ini.

Khairuddin yang baharu dilantik ahli Majlis Ulama UMNO itu membidas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kerana berkata Zahid sebagai liabiliti kepada UMNO dan juga Pakatan Harapan (PH), serta menggesa tindakan diambil terhadapnya.

“Kesemua perkara sensitif yang ditimbulkan oleh pemimpin dengan kedudukan tinggi baik dalam parti mahupun kerajaan seperti Ramasamy ini, walaupun hanya bersifat pandangan peribadi, sudah pastilah berpotensi untuk menimbulkan ketidakpuasan hati pihak yang disentuh.

“Kerajaan perpaduan sudah terbentuk dengan perjanjian terperinci dipersetujui secara sukarela oleh semua pihak demi kepentingan negara.

“Oleh itu tidak berbangkit sama sekali soal kononnya parti tertentu terpaksa menyertainya atau parti tertentu lebih memerlukan parti lain,” katanya dalam satu artikel disiarkan Utusan Malaysia.

Khairuddin membangkitkan berhubung kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan masih belum didapati bersalah tetapi Ramasamy sebaliknya menyerang Zahid.

“Pertuduhan-pertuduhan rasuah ke atas Ahmad Zahid, sepertimana pertuduhan-pertuduhan rasuah ke atas Pengerusi DAP, Lim Guan Eng adalah sesuatu yang belum terbukti dan dalam Islam mahupun common law Inggeris, seseorang tidak dikatakan bersalah sebelum dibuktikan bersalah,” katanya lagi.

Malah, Khairuddin berkata pemimpin UMNO tidak ada pun membangkitkan berhubung kes mahkamah dihadapi Guan Eng seperti yang dilakukan oleh Ramasamy.

“Pemimpin-pemimpin UMNO pun tidak mempersoalkan secara terbuka integriti DAP walaupun Guan Eng sedang berhadapan pertuduhan-pertuduhan rasuah dan pernah dibebaskan daripada pertuduhan- pertuduhan rasuah sewaktu zaman pemerintahan PH dahulu,” katanya.

Terdahulu, Ramasamy mendakwa Zahid Hamidi akan menjadi duri dalam daging kepada UMNO dan kerajaan perpaduan selagi beliau kekal sebagai Presiden parti itu.

Ia susulan Perhimpunan Agung UMNO yang meluluskan usul untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti, yang mesti diadakan sebelum 19 Mei.

“Zahid mungkin tidak terjejas buat masa ini, tetapi dia seolah-olah menjadi ‘beban’ kepada Umno dan sedikit sebanyak kepada Pakatan Harapan (PH) atau kerajaan perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan.

Monday, January 16, 2023

Kamu juga beban kepada DAP, Puad beritahu Ramasamy

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-January 16, 2023 11:00 AM

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi mengingatkan P Ramasamy mengenai gesaan DAP Putrajaya mengambil tindakan terhadapnya kerana meniupkan sentimen perkauman.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mengecam kenyataan ahli DAP, P Ramasamy yang menyifatkan Ahmad Zahid Hamidi menjadi ‘duri dalam daging’ selagi mana terus menjadi presiden parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, berkata Ramasamy mungkin ‘terlupa’ dirinya juga beban kepada DAP.

“Sebab itu DAP Putrajaya desak Ramasamy dikenakan tindakan disiplin (pada 2019),” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau merujuk kepada desakan DAP Putrajaya mahu Jawatankuasa Eksekutif Pusat menasihati Ramasamy, yang juga timbalan ketua menteri Pulau Pinang, daripada terus meniupkan sentimen perkauman.

Semalam, Ramasamy berkata, Zahid dilihat dianggap menjadi duri dalam daging kepada Umno dan kerajaan perpaduan selagi beliau kekal sebagai presiden parti itu.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Perhimpunan Agung Umno meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, menjelang pemilihan parti yang perlu dilakukan sebelum 19 Mei.

Timbalan ketua DAP Pulau Pinang itu, berkata Umno tidak boleh diremajakan tanpa membersihkan imejnya yang “dicemari rasuah” terlebih dahulu, sambil menambah bahawa Zahid nampaknya “pemimpin paling tercemar”.

Zahid juga merupakan timbalan perdana menteri dan menteri kemajuan desa dan wilayah.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pembantu Zahid, Razlan Rafii juga menyelar kenyataan Ramasamy, sambil menyatakan pemimpin DAP itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian dalam fasa ‘memandang ke hadapan’ dengan landskap politik baharu.

Menurut laporan Sinar Harian, Razlan memberitahu Ramasamy supaya menjaga partinya sendiri.Subscri

Ahli MT UMNO tak tahan kritikan Ramasamy terhadap Zahid

agendaily.com
16/01/2023
UMNO kini bersetuju bersama DAP.

Seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak senang dengan kritikan pemimpin DAP, P Ramasamy terhadap Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Ahli MT, Datuk Razlan Rafii mempertahankan bosnya, Zahid selepas dikritik teruk Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang yang melabel Timbalan Perdana Menteri itu sebagai liabiliti kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

“Saya cadangkan dia (Ramasamy) elok jaga parti sendiri. Jangan bawa sikap orang tua lama dalam DAP sebab semua rakyat Malaysia hari ini mahu melihat dan mengharapkan pembaharuan.

“Jika masih mahu teruskan perangai lama DAP, saya rasa bukan orang Melayu sahaja tidak suka, tetapi semua orang (tak suka) kerana terlampau rasis dan bercakap tanpa asas,” katanya dipetik kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Ramasamy mendakwa Zahid sebagai beban kepada Kerajaan Perpaduan dan menjadi duri dalam daging bagi UMNO.

Ini selepas Persidangan Agung UMNO (PAU) 2022 pada Sabtu telah meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada Mei nanti.

Sehubungan itu juga, Ramasamy turut mempersoalkan sama ada PH dan UMNO mampu menarik sokongan Melayu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Mengulas lanjut, Razlan optimis bahawa orang Melayu akan melihat kebenaran dan kembali menyokong UMNO.

“Insya-ALLAH kita yakin apabila kita buat kerja untuk meletakkan realiti sebenar, kita tahu ini adalah kezaliman yang dilakukan kepada Zahid dan perkara itu selesai, orang Melayu akan kembali melihat kebenaran,” katanya lagi.

Tuesday, January 21, 2020

Ramasamy, naib presiden PKR pula kecam Syed Saddiq

BERITA

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy mengecam Syed Saddiq Abdul Rahman kerana mengkritik beliau dan beberapa pemimpin PH lain kerana tak habis-habis bercakap mengenai isu peralihan kuasa.

Tanpa selindung, beliau berkata Ketua Pemuda PH sepatutnya "merapatkan jurang" dan tidak mempersoalkan hak demokratik mereka untuk meminta Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menghormati perjanjian menyerahkan kepimpinan negara kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

"Tiada siapa pun yang memaksa Mahathir untuk undur diri sekaligus, tetapi mahu beliau menetapkan tarikh penyerahan kuasa kepada kepimpinan berikutnya iaitu Anwar," kata Ramasamy dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Adun DAP, perjanjian PH sebelum pilihan raya umum lalu adalah untuk Dr Mahathir menjadi perdana menteri sementara selama dua tahun.

"Tetapi malangnya, sehingga ke hari ini, Majlis Presiden PH masih belum menetapkan tarikh peralihan kuasa. Sekarang ini siapa yang salah?" Soalnya.

Ramasamy berkata suatu tarikh perlu ditetapkan walaupun Mahathir mahu melepaskan jawatan selepas sidang kemuncak negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Kuala Lumpur pada November.

"Apa yang salah dalam menentukan tarikh muktamad bagi peralihan kuasa?

"Saya yakin Mahathir tidak mempunyai masalah dengan ini, tetapi Syed Saddiq seolah-olah teruja untuk mendapat perhatian darpada Mahathir," katanya lagi.
Ramasamy juga tidak bersetuju dengan Syed Saddiq yang berkata gesaan tarikh penggantian kepimpinan akan menyebabkan ketidakstabilan atau menghalang kemampuan Mahathir untuk mentadbir negara.

"Jika Syed Saddiq percaya kepada demokrasi, beliau mesti menghormati hak untuk berbeza pendapat," katanya.

Beliau juga berkata mustahil PH dapat menang PRU14 tanpa gerakan reformasi yang dicetuskan Anwar dua dekad dahulu.

"Saya fikir Syed Saddiq hanyalah pendatang baru untuk memahami dan menghayati dinamik politik era reformasi, apalagi memahami konteks di mana Mahathir dijadikan perdana menteri sementara.

"Mahathir menyediakan kepimpinan penting dalam ketiadaan Anwar untuk berhadapan dengan BN. Rakyat Malaysia yang mahukan perubahan menyokong Mahathir.

"Selepas kalah lima pilihan raya kecil, terdapat keperluan untuk menyelesaikan perkara peralihan. Majlis Presiden PH mesti menangani persoalan ini," kata Ramasamy.

'Logik Syed Saddiq ke laut'

Sementara itu, Naib Presiden PKR Chang Lih Kang menyangkal dakwaan Syed Saddiq bahawa pihak yang mendesak Mahathir telah mengingkari persetujuan bersama dalam PH.

"Yang sokong peralihan kuasa semua sekutu Anwar? Lojik Syed Saddiq ke laut.

"(Pihak yang) minta peralihan kuasa Mei 2020, Syed Saddiq kata membelakangkan konsensus PH.

"Tapi apa konsensus PH? Dua tahun atau tiada tarikh? Kalau dua tahun, betul lah Mei 2020. Kalau tiada tarikh, maka bila-bila masa boleh lakukan peralihan kuasa. Apa jawapan bro Syed?" Ciapnya di Twitter.
Bercakap kepada Malaysiakini kemudian, Chang (gambar, atas) menjelaskan walaupun Syed Saddiq bertegas mengenai konsensus PH, namun menteri itu tidak mengucapkan sepatah kata pun apabila sesetengah pihak mendesak Mahahir supaya berkhidmat sebagai perdana menteri sehingga habis penggal.

"Bukankah meminta Mahathir untuk berkhidmat sampai habis penggal (PH) juga bertentangan dengan konsensus?" Soalnya.

Tanpa mengambil kira Mahathir mahu terus berkhidmat sehingga selesai sidang Apec, Chang berkata perlu ada butiran bila peralihan itu akan berlak.

"Walaupun tidak ada tarikh yang tepat, sekurang-kurangnya, bulan bila perlu dijelaskan," tambahnya.

Pada temu bual bersama Reuters bulan lepas, Mahathir berkata beliau akan menghormati ikrarnya untuk menyerahkan kepimpinan negara kepada Anwar.

"Saya sudah berjanji akan meletak jawatan apabila saya telah menyelesaikan masalah-masalah besar yang ditinggalkan oleh kerajaan dulu.

"Saya juga telah berjanji akan meletak jawatan dan memberikan kepimpinan kepada calon yang telah dinamakan oleh gabungan (PH)," katanya.

"Saya sudah berjanji untuk menyerahkan (kuasa) dan saya akan menerima bahawa saya fikir perubahan mendadak sebelum sidang Apec akan mengganggu.

"Setakat yang saya tahu, saya akan meletak jawatan dan menyerahkan kepimpinan kepadanya.

"Jika orang tidak mahu beliau, itu urusan mereka, tetapi saya akan melaksanakan bahagian saya pada janji itu ... tanpa mengira apa-apa tuduhan. Saya sudah berjanji, saya akan kotakan janji saya," kata beliau lagi.

[Baca berita asal]

Thursday, October 17, 2019

P Ramasamy dipanggil ke Bukit Aman

MyMetro
Siti Sofia Md Nasir
am@hmetro.com.my

TIMBALAN Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy.
 FOTO RAMDZAN MASIAM

TIMBALAN Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengesahkan akan hadir memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman, Isnin ini.

Ramasamy berkata, kehadirannya untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 berhubung siasatan satu artikel bertajuk ‘Kerajaan Baharu Tapi Polis Pada Takuk Lama - Ramasamy’ yang disiarkan sebuah portal.

“Pada 9 Oktober lalu, saya menerima panggilan daripada Unit D5 Bukit Aman menyatakan bahawa polis perlu ambil keterangan saya berhubung laporan polis dibuat terhadap saya.

“Tarikh ditetapkan dan dipersetujui adalah pada 10 pagi 21 Oktober ini di Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 17 September lalu, Ramasamy dilaporkan berkata, beliau melahirkan rasa terkilan dan terkejut dengan insiden berbalas tembakan antara polis dan tiga perompak lelaki berbangsa India dari Batu Caves hingga ke Batu Arang yang berlaku 14 September lalu.

Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Prai juga tertanya-tanya dengan insiden itu sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

Kenyataan Ramasamy di Facebooknya disiarkan portal berita Malaysia Gazette.

Terdahulu, dalam kejadian jam 5 pagi, polis menembak mati tiga penjenayah dipercayai aktif melakukan samun pecah rumah, di Kilometer 22, Jalan Batu Arang, Rawang, Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Oktober 2019 @ 4:32 PM

Monday, October 14, 2019

Pemimpin DAP Dakwa Akta Keselamatan SOSMA Tidak Munasabah, Desak Dihapuskan



KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy meneruskan desakan supaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dimansuhkan kerajaan secepat mungkin.

Selain itu, pemimpin DAP itu turut menuntut kesemua 12 individu ditahan termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu kerana didakwa ada kaitan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dibicarakan ke mahkamah terbuka.

Menurutnya, hanya hakim yang layak melaksanakan prosedur akhir pengadilan terhadap kesemua tahanan itu sama ada mereka bersalah atau tidak.

“Saya sudah nyatakan sebelum ini, segala akta tidak munasabah seperti SOSMA dan POCA mesti dihapuskan segera. Kalau esok boleh hapuskan SOSMA, bagus la.

“Saya juga tidak pertikai bukti polis, cuma saya meminta mereka dibicarakan di mahkamah terbuka.

“Saya minta mereka dibicarakan di mahkamah kerana pada akhir pengadilan bukan polis, bukan peguam bela menentukan nasib mereka tetapi hakim,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Berita berkaitan;
Pelik Reaksi DAP Dalam Isu LTTE, Belum Apa-Apa Dah Melompat – Murugiah
LTTE: Polis Tak Buat Kenyataan Itu, Mana Guan Eng Dapat Maklumat? – Datuk Ayob Khan

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan penahanan 12 individu termasuk ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran dan Exco Melaka, G Samithar kerana dipercayai ada kaitan dengan LTTE dalam operasi khas di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Perak sejak Khamis lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka didakwa mempromosi, menyokong, memiliki bahan dan mengagihkan dana yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberontak itu.

Ramasamy berkata, pihaknya masih tidak dipanggil polis dan bersedia untuk sebarang siasatan berkaitan LTTE.

Menurutnya, pihaknya tidak menyalahkan polis menjalankan siasatan berkenaan LTTE, bahkan turut menafikan mempunyai pengetahuan terhadap kewujudan lambakan cawangan LTTE di seluruh negara. 

– Sinar

Friday, October 11, 2019

Tangkap Ramasamy, PAS gesa polis

FMT Reporters
-October 11, 2019 12:14 PM

P Ramasamy dan Mohd Khairuddin Aman Razali.

PETALING JAYA:  Seorang pemimpin PAS menggesa polis juga perlu menahan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy susulan penahanan dua Adun DAP dan lima yang lain, dikaitkan dengan usaha menghidupkan semula kumpulan pengganas Sri Lanka di negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa Ramasamy menggunakan kedudukannya sebagai timbalan ketua menteri dan ahli jawatankuasa tertinggi DAP dalam menyuarakan pandangan mengapi-apikan perkauman, yang boleh dibaca seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia.

“Selain siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), Ramasamy juga boleh disiasat di bawah Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan,” kata beliau dalam kenyataannya.

Semalam Ramasamy berkata, beliau percaya penahanan dua Adun DAP dari Negeri Sembilan dan Melaka berkemungkinan dibuat atas desakan penyokong penceramah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik.

Ramasamy mendakwa, Naik dan pengikutnya berusaha habis-habisan merosakkan namanya dengan menggelar sebagai pengganas dan menggunakan semula gambar lamanya sewaktu menyertai misi damai ke Sri Lanka 10 tahun lalu.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Khairuddin turut menyenaraikan 20 kenyataan dikeluarkan Ramasamy yang menurutnya sebagai cubaan mengapi-apikan kaum Tamil, penganut agama Hindu dan masyarakat bukan Islam di negara dengan menggambarkan hak mereka dinafikan.

“Ramasamy mengapi-apikan kaum Tamil dengan menyebut kaum Tamil di Malaysia dinafikan peluang pekerjaan di kedua-dua sektor awam dan sektor swasta.

“Turut mengapi-apikan kaum Tamil dengan menyebut kaum berkenaan sukar mendirikan tempat ibadat dan disekat mengadakan aktiviti kebudayaan,” katanya.

Malah, Mohd Khairuddin turut memetik beberapa kenyataan Ramasamy yang disiarkan sebuah portal, yang mendakwa Ramasamy mengapi-apikan kaum Tamil dengan menyebut kaum berkenaan dinafikan sekolah menengah kebangsaan Tamil.

“Turut mengapi-apikan penganut agama Hindu dengan menyebut polis tidak ada hak untuk menjaga kuil Hindu. Mengapi-apikan penganut agama bukan Islam dengan menyebut penukaran agama secara senyap-senyap sedang berlaku di Malaysia,” katanya.

Pada sidang media pagi tadi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata LTTE dikategorikan kumpulan pengganas dan bukannya entiti memperjuangkan hak kaum Tamil di Sri Lanka atau sebagainya.

Kata beliau, pandangan pimpinan DAP yang menganggap LLTE bukan pengganas itu disifatkan sebagai pandangan peribadi dan hak mereka.

Tegasnya, jika mana-mana pihak didapati mempromosi, menyokong dan memberi dana kepada kumpulan LTTE akan diambil tindakan.

Sunday, September 1, 2019

Jika mahu pengampu dalam PH, cakap sahajalah, Ramasamy beritahu Zuraida

FMT Reporters
-September 1, 2019 9:26 PM

Kenyataan Dr Mahathir berhubung ‘ketiadaan tempat’ untuk Anwar Ibrahim dalam Kabinet mencetuskan perang mulut antara P Ramasamy dengan Zuraida Kamaruddin.

PETALING JAYA: Pemimpin DAP P Ramasamy hari ini membidas Zuraida Kamaruddin kerana menggesa beliau dan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain supaya melupuskan “mentaliti pembangkang” mereka selepas 2 pemimpin itu dikatakan mempersoal kepimpinan perdana menteri.

Terdahulu minggu ini, Dr Mahathir Mohamad berkata, “tidak ada tempat” bagi Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam Kabinet beliau pada masa ini kerana tidak ada menteri yang membayangkan mereka mahu berundur.

Ini menyebabkan Ramasamy meminta pimpinan PH menghormati perjanjian peralihan kuasa yang dibuat sebelum pilihan raya umum Mei tahun lepas.

Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin DAP, iaitu ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, Anwar sepatutnya diberikan peluang.

Awal hari ini, Malaysiakini melaporkan Zuraida menegur 2 pemimpin itu.

“Saya cadangkan semua pemimpin PH melupuskan “mentaliti pembangkang” yang diamalkan sejak sekian lama,” kata naib presiden PKR itu seperti dilaporkan portal berita tersebut.

Ramasamy bagaimanapun menafikan mempersoal kepimpinan Mahathir dengan berkata, beliau juga menyifatkan kepimpinan perdana menteri itu berperanan penting dalam kemenangan bersejarah PH mengalahkan Barisan Nasional (BN) tahun lepas.

“Sama ada Zuraida membaca pantas artikel kami atau salah memahami kandungannya atau kedua-duanya sekali.

“Saya tidak fikir saya mempersoalkan Mahathir, begitu juga Santiago,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru kata beliau, Zuraida tidak perlu bertindak mempertahankan Mahathir.

“Bagaimanapun jika Zuraida mahu pemimpin PH menjadi pengampu, elok cakap sahaja.

“Beliau tidak perlu berdolak-dalik.”

Monday, August 26, 2019

Ramasamy mahu lapor polis terhadap Zakir Naik

News | Diterbitkan Hari ini 5:27 petang


Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy akan membuat laporan polis terhadap pendakwah bebas, Dr Zakir Naik kerana mendakwa campur tangan dalam politik di negara ini.

"Saya sedang merangka (laporan polis) seperti yang kita cakap. Saya akan buat laporan sama ada petang ini atau esok," katanya kepada Malaysiakini.

Ramasamy berkata demikian ketika mengulas notis tuntuan kedua daripada Zakir bertarikh 23 Ogos yang mengaitkan kritikan beliau terhadap pendakwah itu dengan kedudukannya dalam DAP.

Menurutnya, notis guaman berkenaan tidak profesional sebaliknya Zakir mendakwa beliau cuba meraih populariti yang semakin merosot dalam DAP.

"Tambahan pula, beliau menuduh saya menyalahgunakan kedudukan saya sebagai Timbalan Ketua Menteri II dan sebagai individu di belakang protes terhadapnya di Brickfields (dibatalkan) pada 24 Ogos 2019.

"Bukankah notis guaman kedua ini adalah satu lagi campur tangan Zakir dalam politik tempatan? Ini adalah sesuatu yang pihak polis telah beri amaran kepadanya,"katanya.

Selain itu, Adun Perai itu berkata beliau juga akan menulis surat aduan kepada Majlis Peguam Malaysia berhubung firma guaman Akberdin & Co yang mewakili Zakir.

Ramasamy mendakwa firma guaman itu "tidak beretika dan tidak profesional."

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan notis tuntutan kedua daripada pendakwah kelahiran India itu berhubung kenyataan Ramasamy dalam temu bual dengan India Today.

Zakir, yang menganggap kenyataan itu sebagai fitnah, memberikan Ramasamy tempoh 48 jam untuk menarik balik kenyataan beliau, menyiarkan permohonan maaf dan membuat tawaran sejumlah wang yang munasabah sebagai penyelesaian.

Bagaimanapun, Ramasamy berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan pendakwah itu di mahkamah.

Zakir, yang merupakan seorang penduduk tetap di Malaysia, kini sedang disiasat berhubung kenyataan mengenai penduduk beragama Hindu dan kaum Cina di negara ini ketika berceramah di Kelantan pada 8 Ogos lalu.

Pendakwah itu memohon maaf atas kenyataannya walaupun mendakwa ia dipetik di luar konteks.

Sementara itu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata Zakir dinasihatkan memberi tumpuan kepada dakwah dan berhati-hati menyentuh mengenai isu-isu politik tempatan.

Saturday, May 18, 2019

Mana kamu tinggal Ramasamy?

siti hafidah 18/05/2019

Malaysia berasaskan sistem kenegaraan Melayu, kata Ridhuan Tee


BANGI, 13 Ramadan 1440H, Sabtu – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dinasihatkan supaya diam jika tidak tahu, atau belajar semula sejarah serta Perlembagaan Negara, sebelum mengulas sesuatu isu membabitkan Melayu dan hak keistimewaan Bumiputera.

“Perkara asal sebegini kamu tidak faham, bagaimana nak menjaga rakyat Pulau Pinang, kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah selepas Ramasamy mempertikai tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengekalkan kuota Bumiputera untuk program matrikulasi.

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu mengingatkan mengenai sejarah dan Perlembagaan dan menyifatkan isu Bumiputera adalah perkara biasa yang sepatutnya difahami oleh bukan Melayu seperti Ramasamy.

“Jika tidak faham mari saya ajarkan. Aspek kuota kaum untuk kemasukan program matrikulasi dengan ketidakadilan ke atas golongan Melayu dalam memohon pekerjaan di sektor swasta tidak mengejutkan, tetapi sangat berkaitan. Kamu tahu apa? Asyik jaga kaum sendiri sahaja,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

Beliau juga menasihati Ramasamy untuk tidak mempertikaikan kemasukan pelajar ke matrikulasi kerana kewujudannya mengikut Perlembagaan, selaras dengan peruntukan Perkara 153 dan Dasar Ekonomi Baharu.

“Tidak cukup dengan itu, matrikulasi dan MRSM turut dibuka kepada bukan Melayu dan kuotanya semakin bertambah. Mahu apa lagi? Dasar ultra kiasu. Tidak pernah puas. Belanda minta tanah,” kata beliau.

Pada masa sama, Ridhuan Tee turut menempelak kenyataan pemimpin DAP itu bahawa menteri pendidikan masih terperangkap dengan pemikiran mengikut garis perkauman kerana mengaitkan aspek kuota kaum untuk kemasukan program matrikulasi, dengan ketidakadilan ke atas golongan Melayu dalam memohon pekerjaan di sektor swasta.

“Pada saya jawapan menteri pendidikan itu sudah lembut dan berbudi bahasa. Jika saya, saya akan jawab jika nak kenakan syarat bahasa Mandarin kepada mereka yang ingin bekerja di syarikat swasta Cina, jawapannya, balik negara China. Tempat kamu bukan di sini,” katanya.

Beliau menegaskan, meskipun kebolehan berbahasa asing hanya kredit dan turut dituntut Islam, itu tidak bermakna syarikat swasta boleh bertindak sewenang-wenangnya sehingga bertentangan dengan cara hidup negara serta Perlembagaan.

“Perlembagaan hanya membenarkan kita belajar bahasa asing, bukan belajar dalam bahasa asing. Tetapi dek kebaikan kerajaan dan orang Melayu Islam, belajar dalam bahasa asing (ibunda) tetap dibenarkan dalam pendidikan dengan wujudnya sekolah-sekolah vernakular seperti SJKC (1,300 buah) dan SJKT (500 buah). Mana ada negara di dunia membenarkan perkara pelik macam ini. Kenali hati budi Melayu.

“Kenapa tidak bersyukur, malah sanggup jadikan (bahasa) Mandarin (atau Tamil) sebagai syarat. Tidak cukup dengan itu, kerajaan turut diugut dan dipersalahkan. Akhirnya, kerajaan terpaksa tunduk kerana takut kehilangan kuasa dan undi.

“Kamu tinggal di mana Ramasamy? Di India? Jika itu pilihannya silakan. Kenyataan sebegini tidak sesuai untuk kamu tinggal di sini. Kenapa perlu syaratkan (bahasa) Mandarin untuk mendapatkan pekerjaan? Ini negara berasaskan sistem kenegaraan Melayu atau sistem kenegaraan Cina atau India,” tempelak beliau.

Friday, May 17, 2019

Ramasamy: Apa beza Maszlee dengan ahli politik Umno?


Kenyataan Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang mengaitkan aspek kuota kaum untuk kemasukan program matrikulasi dengan ketidakadilan ke atas golongan Melayu dalam memohon pekerjaan di sektor swasta adalah mengejutkan, kata Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang P Ramasamy.

"Dia berkata selagi sektor swasta, dengan kata lain, majikan Cina terus mengambil pekerja berdasarkan pengetahuan dalam bahasa Mandarin, maka kerajaan akan mengekalkan kuota matrikulasi sekarang.

"Pertama, saya terkejut apabila seorang menteri pendidikan masih terperangkap dengan pemikiran mengikut garis perkauman.

“Apakah perbezaan beliau dengan ahli politik Umno?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin DAP itu berkata jika orang Melayu menghadapi kesukaran dalam mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, Maszlee harus menimbulkan perkara itu dengan kabinet.

Semalam, Maszlee berkata keadilan bukan hanya dalam aspek kuota kaum untuk kemasukan program matrikulasi tetapi juga kelayakan dalam memohon pekerjaan.

Bercakap kepada penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) ketika sesi soal jawab hari ini, beliau memberikan contoh keperluan untuk berbahasa Mandarin sebagai kelayakan untuk mendapatkan pekerjaan.

Maszlee menjawab soalan seorang siswa mengenai kemungkinan melonggarkan sistem kuota bagi kemasukan ke program matrikulasi praunivesiti.

"Kalau kini kita nak ubahkan (matrikulasi), kalau kita kata Malaysia baru maka tak perlu kuota dan sebagainya, sebegitu juga kita kena pastikan bahawa peluang pekerjaan kepada bumiputera tak dinafikan semata-matanya kerana mereka tak boleh (berbahasa) Mandarin," kata menteri itu.

[Baca berita penuh]

Thursday, February 14, 2019

Timbalan ketua menteri P Pinang kritik Azmin sokong 7 ahli Parlimen sertai PPBM

FMT Reporters
-February 14, 2019 12:18 PM

P Ramasamy mengakui kemasukan bekas ahlI Parlimen Umno itu mampu memperkukuhkan PPBM, tetapi masalah bakal timbul pada masa depan.

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy mengkritik pendirian Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemasukan bekas ahli Parlimen Umno dalam PPBM dan bertanya jika beliau cuba menyelamatkan kerjaya politik sendiri.

“Sokongan terbuka Azmin terhadap tindakan PPBM ini memberi gambaran beliau mungkin ada idea lain mengenai masa depan kepimpinan negara dan peranannya yang sebenar,” katanya mengulas keputusan PPBM mengesahkan keahlian 7 ahli Parlimen yang meninggalkan Umno tahun lalu.

Ramasamy berkata demikian hanya 2 hari selepas Azmin yang juga timbalan presiden PKR menafikan beliau akan dipecat parti itu.

Selasa lalu, PPBM mengumumkan kemasukan Ali Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Abdul Latiff Ahmad (Mersing) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Tanah Merah).

Beberapa pemimpin DAP bimbang dengan tindakan 7 ahli Parlimen itu menyertai PPBM, tetapi Azmin berkata, parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) tidak bimbang mengenainya.

Katanya, bekas ahli politik Umno itu sudah bertaubat.

“Mereka mula sedar Umno bukan parti yang boleh menjamin masa depan. Parti itu masih memainkan isu-isu perkauman, jadi ahli-ahli Parlimen ini merasakan itu bukan cara untuk maju,” kata menteri hal ehwal ekonomi itu malam tadi.

Ramasamy bagaimanapun mempersoalkan jika Shabudin yang pernah mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya menyokong perkahwinan sebagai jalan keluar bagi beberapa mangsa rogol, kini mempunyai pandangan berbeza mengenai isu tersebut.

“Saya tidak ingat Shabudin pernah minta maaf atau bertaubat kerana membuat kenyataan tidak sensitif dan jelik itu.”

Beliau turut mempersoalkan jika PH akan memaafkan bekas ahli politik Umno lain yang mempunyai rekod jenayah.

“Anda tidak boleh abaikan kesalahan lampau seseorang dalam membuat kepututusan.”

Pandangannya sama dengan pemimpin DAP, termasuk Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Adun Sungai Pelek, Ronnie Liu.

Ramasamy berkata, buat masa ini, mereka yang menentang langkah bekas ahli Umno menyertai PH tidak akan mengecam PPBM secara terbuka.

Walaupun mengakui PPBM bertambah kuat dari segi keahliannya, beliau memberi amaran mengenai masalah yang bakal timbul di masa depan.

“Walaupun tiada permusuhan secara langsung ketika ini, tetapi masa depan tidak pasti.”

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-