Wednesday, July 18, 2018

Hidangan Wagyu ribuan ringgit di Parlimen dipertikai di media sosial

12:03 Viral

Hidangan daging lembu Wagyu masak kicap kepada orang kenamaan di Parlimen semalam dipertikai pengguna Twitter.

Dianggar berharga RM1,500 hingga RM2,000 sekilogram bagi gred B, pengguna media sosial mempersoal kewajaran hidangan tersebut, lapor mStar Online.

“Hutang negara 'RM 1 Trilion'. Rakyat pula terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi," coret pemilik akaun Duke of KL.

“Tapi di Dewan Rakyat, mereka jamu daging Wagyu yang berharga RM2,000 sekilo. Tahniah kerajaan Pakatan Harapan”.


Foto hidangan campuran sel lemak dan otot itu yang dimuat naik di media sosial disahkan sumber kerajaan kepada portal tersebut.
Hidangan itu disajikan di meja utama melibatkan perdana menteri, timbalan perdana menteri, speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta dua timbalan mereka dan ketua hakim negara.

Wagyu adalah baka lembu di Jepun iaitu "Wa" bermaksud Jepun manakala "gyu" bermakna lembu.

- Projek MM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-