Sokong kenyataan Mufti Perak UEC musnah Dasar Pendidikan Kebangsaan
BANGI, 13 Zulkaedah 1439, Khamis – Kerajaan Kelantan menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) demi mengekalkan kedaulatan bahasa dan bangsa Melayu.
Menteri besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, Kelantan sama sekali tidak mengiktiraf UEC sebagai kelayakan menyertai perkhidmatan awam.
“Kita mesti berhati-hati kerana ia membabitkan ketuanan Melayu dan bahasa Melayu. Bagus untuk pihak tertentu memberi pandangan menolak UEC sebelum dilaksana.
“Kedaulatan bahasa Melayu dan bangsa Melayu mesti dikekalkan. UEC dilihat sesuatu yang mudah untuk orang bukan Melayu berada dalam penjawatan awam tanpa memiliki kemahiran dan kebudayaan bahasa Melayu yang baik,” katanya seperti dilapor media tempatan.
Mengulas lanjut katanya, beliau menyokong penuh kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria semalam bahawa UEC hanya merosakkan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Mufti Perak itu menegaskan, pengiktirafan UEC akan merungkai asas perpaduan kaum dan keharmonian negara.
Harussani berkata demikian selepas Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mahu mengiktiraf UEC sebagai kelayakan menyertai perkhidmatan awam dengan syarat pemohon mendapat taraf kepujian dalam Bahasa Melayu.
Perkara itu diumum selaras dengan janji dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Mei lalu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.