Showing posts with label bangsa Melayu. Show all posts
Showing posts with label bangsa Melayu. Show all posts

Monday, January 6, 2020

Jawi dituduh Islamisasi, tapi Kaligrafi Cina pupuk perpaduan?

Kasihan nasib bangsa Melayu, hilang dominasi di negara sendiri

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
05/01/2020


BANGI, 9 Jamadilawal 1441H, Ahad – Bangsa Melayu sudah hilang dominasinya di negara ini apabila kaligrafi Cina diagung-agungkan, sementara tulisan jawi pula dipandang serong.

Pensyarah Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Aznan Hasan berkata, kesian sungguh bangsa Melayu di negara sendiri apabila tulisan jawi dituduh membawa perpecahan dan suatu usaha Islamisasi, sedangkan kaligrafi Cina dikatakan memupuk semangat perpaduan.

“Sememangnya bangsa Melayu sudah hilang dominasinya di bumi sendiri,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Aznan berkata demikian selepas stesen televisyen TV3 semalam menyiarkan tajuk berita ‘Kaligrafi Cina Pupuk Semangat Perpaduan’ yang mengundang kecaman netizen.

Difahamkan, liputan berita bercorak kemasyarakatan itu berkaitan Bengkel Seni Kaligrafi Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Perwakilan Rakyat Zon Lembah Pantai dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai yang diadakan semalam.

Antara yang hadir dalam bengkel itu ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Bercakap kepada sidang media ketika di bengkel berkenaan, Fahmi berkata, aktiviti seperti bengkel itu bukan sahaja boleh memupuk semangat perpaduan, malah persefahaman di kalangan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun rata-rata pengguna media sosial membantah kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bahkan mendakwa tulisan Cina mewujudkan sifat ‘assabiah’ di kalangan ultra kiasu.

“Siap promosi di TV3. Memang belajar tulisan Cina memupuk perpaduan. Tapi bila sampai jawi kenapa tidak promosi tulian jawi memupuk perpaduan,” kata MC Hyde.

Sementara Liza pula menyifatkan siaran berita itu bukan mahu perpaduan sebaliknya mahu mengatakan bahawa kaligrafi Cina lebih baik daripada tulisan jawi.

Sunday, September 16, 2018

‘Makin hari hak Islam, Melayu ditarik satu demi satu’

fahmi faiz 15/09/2018

Desakan JAG, Empower supaya undang-undang syariah dikaji amat melampau


Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 5 Muharram 1440H, Sabtu – Desakan dua pertubuhan liberal dan sekular supaya kerajaan mengkaji semula undang-undang Islam, termasuk melaksanakan moratorium terhadap hukuman sebat syariah, amat keterlaluan dan melampau.

Menyifatkan Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) sebagai pertubuhan lupa daratan, aktivis kemanusiaan, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, inilah agenda liberal tajaan Barat yang menggunakan ‘moderate muslim’ sebagai ejen mereka.

“Mereka sudah melampau. Setiap hari ada sahaja hak istimewa agama Islam dan bangsa Melayu ditarik satu demi satu.

“Mereka sepatutnya menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan telah pun termaktub dalam Perlembagaan Negara sejak daripada merdeka lagi.

“Tindakan mereka ini bakal mengundang rasa marah yang tidak terhingga di kalangan umat Islam di seluruh negara,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas desakan JAG agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan moratorium terhadap hukuman sebatan syariah.

Pertubuhan liberal itu menganggap hukuman syariah bakal menggugat konsep federalisme antara Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

JAG juga menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Peguam Negara, Tommy Thomas bagi mengesa hukuman sebat dan bentuk lain yang mendera dihentikan atas semua kesalahan.

Pada masa sama, ahli Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Honey Tan, mendesak supaya Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dipinda atau dimansuhkan, kerana katanya, jika Parlimen boleh meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah maka Parlimen juga boleh mengurangkannya.

Friday, July 27, 2018

Kelantan tolak UEC demi kedaulatan bangsa, bahasa Melayu

sitifatimah 26/07/2018

Sokong kenyataan Mufti Perak UEC musnah Dasar Pendidikan Kebangsaan


BANGI, 13 Zulkaedah 1439, Khamis Kerajaan Kelantan menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) demi mengekalkan kedaulatan bahasa dan bangsa Melayu.

Menteri besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, Kelantan sama sekali tidak mengiktiraf UEC sebagai kelayakan menyertai perkhidmatan awam.

“Kita mesti berhati-hati kerana ia membabitkan ketuanan Melayu dan bahasa Melayu. Bagus untuk pihak tertentu memberi pandangan menolak UEC sebelum dilaksana.

“Kedaulatan bahasa Melayu dan bangsa Melayu mesti dikekalkan. UEC dilihat sesuatu yang mudah untuk orang bukan Melayu berada dalam penjawatan awam tanpa memiliki kemahiran dan kebudayaan bahasa Melayu yang baik,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Mengulas lanjut katanya, beliau menyokong penuh kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria semalam bahawa UEC hanya merosakkan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Mufti Perak itu menegaskan, pengiktirafan UEC akan merungkai asas perpaduan kaum dan keharmonian negara.

Harussani berkata demikian selepas Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mahu mengiktiraf UEC sebagai kelayakan menyertai perkhidmatan awam dengan syarat pemohon mendapat taraf kepujian dalam Bahasa Melayu.

Perkara itu diumum selaras dengan janji dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Mei lalu.

Monday, July 23, 2018

Sudah sampai masanya Melayu ditegur

NOR AINNA HAMZAH
23 JULAI 2018
Muka depan Sinar Harian hari ini.

SHAH ALAM - Sudah sampai masanya teguran dibuat kepada bangsa Melayu terutamanya golongan profesional yang sudah terlalu selesa dengan kemudahan yang mereka peroleh.

Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin berkata, golongan yang sudah terlalu selesa dilihat tidak mahu turun ke bawah melihat apa yang sebenarnya berlaku kepada orang Melayu.

Menurutnya, bangsa Melayu juga kurang membuat penyelidikan tentang apa yang berlaku sekarang dan lebih suka hanya ‘tunggu’ dan ‘lihat’.

“Jati diri Melayu makin terhakis dan kurang sikap ambil tahu hal bangsa… mereka (bangsa Melayu) lupa soal musyawarah dan muafakat… lupa soal adab dan budi. Walhal nenek moyang dulu banyak tinggalkan azimat supaya Melayu bersatu dan ada semangat sayang bangsa.

“Melayu dulu sudah ada kemajuan hebat dan minda besar. Contoh mereka sudah pandai buat pistol iaitu terakol, sudah pandai buat senapang iaitu istinggar, sudah pandai buat meriam iaitu lela rentaka.

"Kita kena jadi bangsa pencipta seperti dulu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Mohd Rosli berkata, Melayu perlu kembali menjadi hebat dan berani dalam pelayaran.

Menurutnya, dulu Melayu terkenal serata dunia dan beliau sangat berharap agar bangsa Melayu kini dapat mengembalikan semula semangat berkenaan.

“Jadi nilai-nilai murni Melayu lama yang jana kehebatan perlu ada semula. Kalau Melayu masih lagi tidak berubah sikap, Melayu akan pupus… yang tinggal Melayu sebagai bahan sejarah dan tontonan sahaja.

“Melayu tidak perlu marah-marah. Kita perlu bersatu bergerak ke depan dan masih belum terlewat lagi untuk berubah,” katanya.

Menurutnya, Melayu perlu satu badan atau gerakan yang menggambarkan kesatuan Melayu.

“Kita lihat bangsa Cina sahaja, terdapat 9,000 persatuan di bawah Dong Ziong. Melayu perlu ada seperti ini. Setidak tidaknya di bawah raja Melayu atau pemimpin kaum,” katanya.

Mohd Rosli berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan bangsa Melayu perlu berani melakukan perubahan minda secara radikal dalam mengharungi cabaran landskap negara yang kini telah berubah secara fizikal, sosial, ekonomi dan politik.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Nazrin tuntut bangsa Melayu ubah minda]

Dalam titah baginda, baginda mengingatkan orang Melayu yang gagal melakukan pengubahsuaian minda untuk menghadapi senario baru dalam negara, dibimbangi akan menghadapi nasib kepupusan seperti dinosaur.

Tuesday, July 17, 2018

Anggota Umno digesa sertai PAS

Lum Chee Hong | Diterbitkan 17 Jul 2018, 4:23 petang


Anggota Umno yang masih ikhlas dalam perjuangan demi memartabatkan bangsa dan agama perlu membuat keputusan segera untuk menyertai PAS.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mokhtar Senik, berkata Umno sebenarnya sudah tiada apa-apa lagi dan telah hilang kuasa dan wang, selain kehilangan arah tuju asal perjuangannya sebelum ini.

“Ahli Umno yang masih ikhlas dalam perjuangan demi memartabatkan bangsa dan agama patut membuat keputusan segera untuk bersama PAS.

“Jika anda cari dan perjuangkan itu ialah Islam, maka parti Islam inilah medan anda. Jika anda cari ketuanan bangsa Melayu, maka PAS partinya.

“Tidak ada parti Melayu yang paling dominan selepas kekalahan Umno selain PAS. Lagipun, apa yang boleh anda harapkan kepada HARAPAN yang didominasi oleh DAP untuk kelangsungan Islam dan Melayu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Umno bukan parti keramat

Justeru itu, Mokhtar menyeru ahli dan pengundi Umno bahawa tiada sebab lagi untuk berada dalam parti itu kerana ia bukan parti keramat seperti yang dilaungkan pada setiap kali Perhimpunan Agung Umno.

“Mereka ikhlas membela maruah bangsa, namun nawaitu itu semakin pudar dan terpesong seiring dengan pertukaran perdana menteri. Ini dapat dilihat sebahagian pimpinan dan wakil rakyat Umno melompat ke HARAPAN,” katanya.

Beliau juga mendakwa penghijrahan sokongan ahli Umno kepada PAS antara perkara yang paling ditakuti oleh HARAPAN memandangkan campuran undi mampu menjadi mimpi ngeri kepada mereka.

Pada September 2017 lalu, Malaysiakini melaporkan dakwaan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa PAS memang berniat untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun gagal dilaksanakan apabila mendapat tentangan sebahagian pemimpin kanan parti itu.

Beliau mendakwa turut tidak bersetuju dengan cadangan itu ialah beberapa bekas pemimpin kanan parti berkenaan, termasuk veteran parti dan bekas wartawan yang kini menjadi anggota badan penasihat PAS.

Sunday, August 20, 2017

'Mengapa orang Melayu perlu tolak Pakatan Pembangkang

KUALA LUMPUR: Permuafakatan antara PAS dan UMNO adalah atas konsep 'taawun' iaitu penyatuan atau kerjasama dalam perkara kebaikan bukan perkara kejahatan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Pendirian saya sama dengan pendirian PAS dan Majlis Syura Ulama. Bekerjasama atas konsep taawun dalam perkara kebaikan bukan perkara kejahatan.

"Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 2: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan," katanya dalam temubual eksklusif bersama BH.

Abdul Hadi ditanya mengenai pendiriannya terhadap kemungkinan PAS dan UMNO mewujudkan kerjasama menjelang pilihan raya umum akan datang.

Mengenai dilema orang Melayu dan Islam yang dikatakan berada di persimpangan jalan sama ada memilih gabungan parti dominan Melayu Islam (UMNO dan PAS) atau gabungan parti pembangkang yang dikuasai dan dipandu DAP, menjelang PRU-14, beliau berkata berasaskan pelaksanaan Islam dan sejarahnya, adalah wajib ditegakkan pemerintahan dengan cara yang betul, bersama kepemimpinan negara beragama Islam daripada bangsa Melayu.

"Pada masa sama, wajib berlaku adil terhadap masyarakat majmuk berbagai agama dan kaum, membabitkan mereka dalam urusan politik pemerintahan dan kehidupan bermasyarakat seperti ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

"Hanya Islam yang mempunyai roh perhitungan beribadat kepada Allah dalam aspek pemerintahan dan ada perhitungan dosa dan pahala terhadap segala tindakan kerajaan, dapat memimpin masyarakat majmuk dengan adil dan berkebajikan terhadap semua.

"Maka sokonglah parti yang benar-benar serius mempertahankan Islam dengan segala halangan dan rintangan, moga-moga rakyat selamat dan sejahtera bersama Islam," katanya.

- BH Online

Saturday, October 3, 2015

Melayu jangan takut jadi rasis di negara sendiri

Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, Sabtu – Bangsa Melayu perlu berani dan bersatu untuk mempertahankan Malaysia daripada terus dikuasai bangsa lain tanpa bimbang dengan sebarang bentuk hentaman yang kononnya bersifat rasis.

Pensyarah Kanan Institut Pengajian Cina, Universiti Malaya, Dr Ahmad Murad Abd Halim, berkata masalah utama yang berlaku dalam kalangan bangsa Melayu adalah takut untuk mempertahankan hak di negara sendiri dan membiarkan ia terus didominasi oleh bangsa lain terutama kaum Cina.

“Masalah yang berlaku di antara Melayu dan Cina adalah persaingan antara mereka terutama dalam sektor ekonomi yang didominasi oleh kaum Cina.

“Sedangkan di negara lain seperti Jepun, Korea dan Afrika, sektor ekonomi mereka didominasi oleh bangsa tempatan iaitu bangsa mereka sendiri. Jadi mengapa di Malaysia, bukan orang Melayu yang mendominasi sektor tersebut?” katanya dalam Syarahan Pemikiran Global yang bertajuk Strategi Pemikiran Masyarakat Asia Timur di sini, hari ini.

Katanya, 70 peratus ekonomi di Malaysia merupakan dominasi daripada kaum Cina kerana kelebihan yang ada pada mereka ini adalah kerjasama dan sentiasa bertindak dalam kumpulan selain pelbagai bentuk strategi yang licik untuk memajukan sesuatu yang mereka lakukan.

“Kaum Cina mempunyai banyak strategi sehingga dibukukan untuk dibaca dan dihafal bagi membantu bangsa mereka.

“Mereka boleh diibaratkan, mula-mula jadi tetamu kemudian jadi tuan, mula-mula jadi kuli kemudian jadi majikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Ahmad Murad menggesa orang Melayu untuk bangkit dan yakin melawan dominasi tersebut sekaligus mempertahankan hak utama Melayu di Malaysia.

“Bila kita (orang Melayu) jadi rendah diri, itulah yang membawa kepada dominasi dari kaum lain terutama Cina.

“Cuba kita contohi bangsa Arab yang tegas kerana realitinya Melayu tidak tegas dan sebab itulah orang Melayu mudah kena tipu,” katanya.

Saturday, September 19, 2015

Pak Samad: Ini bukan zaman silat

Lu Wei Hoong 
Ketika Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa pesilat akan mempertahankan kerajaan hingga titisan darah terakhir, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said memberikan takrifan baru kepada seni bela diri itu.
"Bagi saya silat sekarang sebenarnya adalah khazanah untuk dipertunjukkan sahaja bukan untuk mempertahankan diri lagi," katanya dalam sebuah forum di Petaling Jaya hari ini.

Samad yang menyertai DAP baru-baru ini menegaskan, perkembangan teknologi semasa menjadikan amalan persilatan tidak begitu ampuh untuk mempertahankan negara.

Katanya, pada zaman ini pertentangan boleh berlaku dan pihak berseteru boleh dikalahkan dengan tembakan dari jarak jauh.

"Kita tak lagi guna keris," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

Beliau yang mendapat pengiktirafan tertinggi kerajaan terhadap penggerak kesusasteraan dan kesenian pada 1985 berkata, apa yang berlaku pada perhimpunan pesilat semalam adalah simbolik yang menunjukkan ketakutan bangsa Melayu.

Semalam, perdana menteri menghadiri perhimpunan 15,000 pengamal persilatan bersama bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.

Dalam ucapan penuh bersemangat itu Najib memuji pesilat terbabit kerana sanggup mempertahankan kerajaannya.

Kata Samad, orang ramai perlu memahami dan melihat persilatan daripada suduh pandang kesenian.

"Pada zaman ini kita tidak lagi menggunakan silat (untuk mempertahankan negara)," katanya.

Saturday, August 29, 2015

Dr M: Kalau bangsat tu pergi, kita tak bangsat la..........

Alyaa Azhar Hari ini, 9:00 pm Hari ini, 11:13 pm
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu tidak akan menjadi “bangsat” sekiranya orang yang membuat dakwaan sebegitu, meninggalkan Umno, sekali gus tidak memerintah negara lagi.

"Orang yang mahu membangsatkan bangsa (Melayu) bukan Umno, tetapi orang ini," katanya.

Malah, tegas Mahathir lagi, perkataan sedemikian tidak sepatutnya keluar daripada mana-mana mulut pemimpin di negara ini.

"Saya ingat kalau bangsat tu pergi, kita tak bangsat la," tambahnya.

"Ia bukan salah Umno, awak yang salah. Jika awak pergi, segala-galanya akan selesai," kata Tun M dengan disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di stadium tertutup Pasir Gudang hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

Najib dilaporkan sebagai berkata: "Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap./p>

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat, kalau tiada Umno, akan hilang segala-galanya jika Umno hilang kuasa," Najib yang juga presiden Umno dilaporkan ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno untuk bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau.

Beliau selaku menteri kewangan turut menggesa kepimpinan Umno untuk mencari jalan sekiranya terdapat masalah dalaman dalam negara.

Sunday, August 23, 2015

Melayu sudah cukup dibangsatkan perdana menteri

Oleh Hafidz Baharom
Sebagai seorang bangsa Melayu yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik, saya tercengang membaca berita hari ini di mana perdana menteri kita sendiri mengatakan tanpa Umno, Melayu akan 'dibangsatkan'.

Apakah Datuk Seri Najib Razak sudah lupa dia sendiri sebagai presiden Umno yang membangsatkan Melayu sepanjang tempoh sebagai perdana menteri?

Walaupun bangsa Melayu dikatakan mudah lupa, kita tidaklah begitu bangang sampai lupa siapa sebenarnya dalang dalam memporak-perandakan Melayu di Malaysia ini, sampaikan hanya datang hendak meraih undi lepas itu langsung menghilang.

Bangsa Melayu satu negara ingat sewaktu air bah datang, 200,000 rakyat Malaysia yang ramainya Melayu terbiar tanpa rumah, menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dalam khemah sahaja, perdana menteri kita sanggup sambung main golf di Hawaii.

Bangsa Melayu di Sabah masih ingat semasa gempa bumi menimpa, perdana menteri kita masih sibuk hendak ke Jeddah.

Bangsa Melayu masih ingat bila kita menghadapi kesusahan hendak mencukupkan duit gaji masing-masing tahan sebulan, memohon bantuan kawal harga, Si Najib ini sanggup kata kita tidak berterima kasih yang kerajaan dia menurunkan harga kangkung!

Malah, masih sanggup katakan "banyak sangat makanan atas meja" rakyat Malaysia!

Mohon maaf, Datuk Seri, tetapi bak kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat Malaysia, malah rakyat Melayu Malaysia bukan bangang hendak terima lagi kata-kata kamu dan Kabinet kamu.

Melayu sekarang tidak mengambil lagi umpan-umpan dan kenyataan bangang yang dikeluarkan penyokong kamu.

Melayu sekarang takkan percaya propaganda yang segala isu ekonomi disebabkan Yahudi.

Melayu sekarang takkan percaya ini adalah konspirasi "orang putih", apa lagi bila Najib sendiri percaya sangat golongan ini sampai ada Paul Stadlen dalam kumpulan beliau.

Dalam apa yang sedang berlaku sekarang ini, bangsa Melayu sekarang tengah terpinga-pinga kenapa ketua parti politik yang kononnya mewakili bangsa kita sanggup membangsatkan kita semua sesuka hati.

Melayu sekarang sedang bangun bertanya dan menyanggah segala kenyataan presiden Umno.

Bak kata seorang ahli Umno di Langkawi, mereka sudah mula menyangkal kenyataan presiden yang "mengencing" bukan sahaja tiga juta ahli Umno, malah semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan parti.

Jelas sekali orang yang membangsatkan Melayu, yang pentingkan kesetiaan lebih daripada kebenaran, yang mementingkan jawatan lebih daripada bangsa sampai mengaku "darah pahlawan Bugis" tetapi kecut masuk bangunan parti sendiri berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjawab soalan adalah seorang pemimpin yang hilang mandat bukan sahaja dari rakyat, tetapi lebih lagi bangsa Melayu sejagat.

Kalau raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Perdana menteri kita bukanlah raja, tapi seorang ketua parti politik Melayu yang mengabaikan tanggungjawab beliau untuk kepentingan dirinya sendiri.

Sudahlah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Lihat laman Facebook kamu sendiri boleh lihat Melayu dari mana-mana negeri pun sudah bersuara.

Kalau setakat hendak tebalkan muka sampai setebal badak sumbu Sumatera pun sudah tidak guna sebab sudah pupus.

Kalau setakat hendak alihkan perhatian kita dengan kelahiran anak panda, hendak mengangkat keadaan dengan mencampak BR1M, hendak kata duit Pak Arab yang berbilion jadi pelabur 1MDB pun tidak guna sudah sekarang ini.

Langkawi sudah bersuara. Pontian sudah bersuara. Ini Shah Alam sendiri pun sudah bersuara.

Hentikan perbuatan membangsatkan Melayu yang kamu lakukan semata-mata kerana gila kuasa nak kekal pegang jawatan perdana menteri. – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=319512:melayu-sudah-cukup-dibangsatkan-perdana-menteri&Itemid=2#ixzz3jdwIu3zw
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Monday, July 13, 2015

Politik penyelamat kini jadi politik menghancurkan, kata Dr M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan kebimbangannya mengenai masa depan bangsa Melayu jika mereka "kembali dijajah" kerana sikap pemimpinnya dan permainan politik yang tidak lagi membela bangsanya sendiri.

Dr Mahathir yang genap usianya 90 tahun Jumaat lalu, menulis sebuah puisi di blognya, mendakwa politik yang satu masa dulu menjadi penyelamat bangsa kini menghancurkan bangsa itu sendiri.

Malah, beliau turut membidas sikap pemimpin negara yang tamak mengejar kuasa dan kedudukan yang tinggi sehingga katanya, memperalatkan nama Allah dan menghalalkan perbuatan yang haram bagi kepentingan peribadi.

"Politik yang menyelamat

Menjadi politik yang menghancur

Pemimpin semakin tamak

Untuk tempat dan kedudukan tinggi

Perbuatan yang haram dihalalkan


Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia,"

 katanya dalam puisi Malaysia Tanahair-Ku yang disiarkan melalui blog chedet.cc. – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=301022:politik-penyelamat-kini-jadi-politik-menghancurkan-kata-dr-m&Itemid=2#ixzz3fl8UKeuh
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-