KUALA LUMUPUR - Wanita Umno akan mengadakan solat hajat di semua 191 Bahagian untuk mendoakan keselamatan dan keadilan buat bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, solat hajat itu diadakan susulan penangkapan terhadap Najib oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Jelasnya, usaha itu sebagai tanda buat Najib yang telah banyak berjasa kepada bangsa dan negara.
"Saya menyeru semua ahli Umno terutamanya Wanita Umno supaya tenang menerima perkembangan terbaharu ini dan terus berdoa supaya Umno dan ahli-ahlinya terus diberi perlindungan ALLAH," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib ditahan sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta, sebentar tadi.
Najib kemudiannya, di bawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad dan SRC International.
Susulan itu, Najib akan didakwa pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur.
- Sinar Harian
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.