Wak Labu Farm

Mohd Suleiman Othman

Saturday, July 21, 2018

PM beri jaminan kerajaan laksana ajaran Islam sebenar

RIDAUDDIN DAUD
21 JULAI 2018

Dr Mahathir. Foto: ROSLI TALIB

PUTRAJAYA - Kerajaan memberi jaminan melaksanakan ajaran Islam di negara ini berpandukan al-Quran.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kitab al-Quran merupakan panduan terbaik buat seluruh umat Islam.

Malah katanya, umat Islam mampu menyelamatkan agama, umat dan negara Islam lain sekiranya mereka kembali kepada al-Quran serta mengamalkan panduan hidup yang tertulis di dalamnya.

“Kalau tanya ke arah mana kita nak bawa agama Islam (di Malaysia), tiada cara selain kembali kepada al-Quran. Al-Quran banyak beri panduan tentang ad-din, cara hidup Islam. Kalau kita terima al-Quran sebagai panduan hidup utama, saya yakin Islam akan jadi agama bukan saja untuk dunia tapi akhirat juga.

“Itu kita akan cuba di Malaysia supaya kita kembali kepada al-Quran dan Sunnah,” katanya.

Namun begitu, Dr Mahathir melahirkan kebimbangan apabila terdapat segelintir orang Islam bergantung kepada tafsiran dan terjemahan daripada guru-guru mereka yang tidak dapat dipastikan sama ada mereka membawa Islam yang benar, atau tidak.

“Malangnya ada yang belajar, bergantung kepada tafsiran dan terjemahan daripada guru yang tak dapat dipastikan ikut tepat ajaran al-Quran atau tidak. Sebab itulah berlakunya perpecahan dan permusuhan kerana tafsiran berlainan berlaku dalam kalangan kita,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian, di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan masa depan Islam di Malaysia di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.
.
Dr Mahathir bersama Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub (dua, kiri); Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah (dua, kanan) dan Ketua Unit Penerbitan al-Quran dan Pengurus Hal Ehwal Agama Karangkraf, Ahmad Yani Abd Manaf (kiri) di Yayasan Albukhary, semalam. Foto: ROSLI TALIB

Ia berikutan terdapat kebimbangan ekoran pelantikan beberapa jawatan penting negara yang diberikan kepada bukan Islam.

Dr Mahathir juga berpendapat, cara terbaik menyelesaikan semua masalah pergolakan negara Islam adalah membawa semua umat Islam kembali kepada al-Quran.

“Kalau kita amal, sudah tentulah negara-negara Islam ini berjaya belaka dan mereka tak berperang sesama mereka dan juga tak lakukan perkara dilarang Islam,” katanya.
Khatam ketika kecil

Menceritakan kisah hidupnya, Dr Mahathir berkata, beliau khatam membaca al-Quran ketika umurnya masih kecil, namun keinginan memahami isu kandungan al-Quran mendorongnya mencari makna kitab itu ketika usianya menginjak dewasa.

Menurutnya, beliau kemudian membaca al-Quran dalam bahasa mudah difahaminya iaitu bahasa Melayu dan Inggeris bagi mengelakkan beliau salah mentafsir kandu-ngan kitab suci umat Islam itu.

“Saya khatam masa saya kecil dalam bahasa Arab, saya tak faham. Bila dewasa, saya nak tahu lebih lanjut tapi kalau saya tanya orang yang mungkin fasih dalam bahasa Arab, pendapat mereka selalunya berlainan.

“Malah mereka larang kita cuba fahami isi al-Quran, cuma terima apa mereka katakan. Walaupun itu nasihat mereka, saya tetap baca al-Quran dalam bahasa yang saya faham, bahasa Melayu dan Inggeris. Bila baca sendiri, jarang terdapat kelainan tafsiran atau terjemahan. Biasanya semua edisi al-Quran tu sama,” katanya.

Mengakui manusia sentiasa mempunyai ‘kecacatannya’, Pengerusi Bersatu itu berkata, beliau cuba mengikut segala ajaran Islam dalam al-Quran namun mengakui manusia tidak begitu sempurna.

“Saya manusia, manusia tak pernah tak cacat tapi saya cuba amalkan ajaran Islam dalam al-Quran. Tak jadi masalah kalau kita balik kepada al-Quran, banyak panduan ada di dalamnya. Kita akan jadi manusia berjaya, kita dapat selamatkan agama kita, selamatkan umat Islam dan negara mereka,” katanya.

Dr Mahathir turut menyarankan sistem pendidikan negara menyemai ajaran Islam kepada anak-anak supaya mereka memiliki nilai hidup dan cara Islam.

Selain sekolah, katanya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan, namun mungkin kerana kesibukan bekerja, mereka kurang memberi perhatian.
By Wak Labu Farm at July 21, 2018
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ajaran Islam, Al-Quran, bahasa Arab, Dr Mahathir Mohamad

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-

  • Kerajaan Ismail akan jatuh? (Suatu teori konspirasi)
    bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
  • Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin
      Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
  • Pencacai2 UMNO yang sedang memendam rase.................
    Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
  • Johor P162 Gelang Patah - Mampukah Ghani Othman mempertahan kan maruah UMNO negeri Johor. - "Letak Topi LKS pun DAP boleh menang"
    Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
  • MAKANAN YANG BERASAL DARI BABI
    بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم MUNGKIN ANDA SECARA TIDAK SADAR TELAH MENGKONSUMSI BABI? Bagi orang muslim h...
  • Kongres Melayu Pulau Pinang pertikai tiade 'Melayu Asli' dalam pucuk pimpinan DAP
    Wak heran juge kenape Kongres Melayu Pulau Pinang ni terlalu sibuk dengan status quo 20 anggota jawatankuase DAP Pulau Pinang. DAP tu memang...
  • Bile Kafir sudah bersame PAS, Melayu bile lagi..........???
    Fenomena ini lah yang sangat mrnakutkan pemimpin2 UMNO. Tidak pernah dalam sejarah politik tanah air kite kaum kafir menyokong sebuah ...
  • Kalau Rosmah boleh dakap Chong Wai, Najib boleh peluk Nicol David?
    Oleh Shahbudin Husin Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan is...
  • Korban Politik - Politik Korban - Lembu Yang Terkorban ~~~~~~~~~
    photo hiasan Lembu korban terkorban Ber ribu2 ekor lembu telah terkorban pada hari raya pertama kedua dan ketiga. Tidak kurang pula warg...
  • Ape yang menyebabkan Pakatan Rakyat tewas ............
    Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...

Banjar Bloger

Banjar Bloger

Terima Kasih

Terima Kasih

Maut

Maut
Mati akan tiba pada bila2 masa saja...Tak kira tua atau muda.

Ingatan bagi diriku

Ingatan bagi diriku

My Blog List

  • KERENGGA
    Dua beradik anggota kongsi gelap antara lapan didakwa bunuh lelaki
    4 hours ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 years ago
  • MiLo SuaM
    Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    8 years ago
  • Pejuang Tok Gajah46
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    8 years ago
  • Kasultanan Banjar
    Syahidin Penghulu Haji Rasyid
    13 years ago

ayam piru

ayam piru
dah cukup matang

muscovy duck

muscovy duck
itek serati

Wak Labu Farm

Wak Labu Farm
sejauh mata memandang

Search This Blog

About Me

My photo
Wak Labu Farm
View my complete profile
  • Home

yang berkunjung ke laman Blog Wak Labu Farm - https://wak-labu.blogspot.my Terima Kaseh

Translate

Blog Archive

Report Abuse

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
Comments
Atom
Comments

Followers

Tumbuhan herba

Tumbuhan herba
keladi tikus

Sahabat Bloggers

  • AGEN DSAI....
    JOM BALIK UNDI JOHOR, UMNO MENANG NAJIB BEBAS?
    1 month ago
  • Journal Pak Abu
    Keupayaan berfikir dan memahami logik asas yang sedang merudum ke bawah
    4 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Anakbukitgantang in Putrajaya
    Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
    7 years ago
  • tok gajah
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • Direktori Blog Politik Malaysia
    Ke manakah Menghilangnya Pengganas Komunis dan Keturunannya?
    8 years ago
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    8 years ago

Sahabat bloggers

  • TAZKIRAH
    Tazkirah di Facebook
    1 month ago
  • SEDAKA SEJAHTERA
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    4 years ago
  • ! BUJANG SENANG !
    DUN Johor bubar Ahad ini?
    4 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    4 years ago
  • JENTAYUABAKA
    KESIHATAN MENTAL: TV ASING TERPESONA PROGRAM MEMANUSIAKAN MANUSIAWI
    5 years ago
  • PANEH MIANG
    Just an amusing observation..
    7 years ago

Sahabat Bloggers

  • Pahang Daily Online
    Wan Rosdy: Akses Terus Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) - Pelabuhan Kuantan Sokong Pertumbuhan Industri, Pelaburan Di Pahang
    1 day ago
  • Apa Yang Tersirat
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
    1 year ago
  • tumpang sekole...?
    KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...
    2 years ago
  • Wak Long@Man
    Agong lantik Muhyiddin sebagai PM
    6 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • KedahLanie.info
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..
    8 years ago
Simple theme. Powered by Blogger.