Saturday, July 21, 2018

Tak dapat maklumat isu MARA, UiTM - Dr Mahathir

Oleh Fahmy Azril Rosli 
dan Nur Lela Zulkipli
cnews@nstp.com.my

DR Mahathir menjawab soalan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak mendapat sebarang maklumat berhubung dakwaan bahawa entiti yang dikhususkan untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera akan dibuka kepada bukan Bumiputera.

Entiti berkenaan adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Mengulas perkara itu, Perdana Menteri berkata, berita mengenal hal itu hanya diketahui daripada pertanyaan pengamal media pada sidang media, petang tadi.

Bagaimanapun, dakwaan itu akan diperjelaskan jika beliau memperoleh maklumat terperinci.

"Saya tidak tahu. Saya dengar daripada awak sahaja (pemberita) sahaja.

"Kalau saya terima maklumat, tanya saya balik," katanya ringkas.

Beliau mengulas mengenai artikel yang disiarkan di www.abuleman.blogspot.com yang mendakwa Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa, dalam pertemuan bersama dengan pegawai kanan MARA menyatakan hasratnya mahu membuka MARA untuk semua kaum di Malaysia selepas melawat Ibu Pejabat MARA, baru-baru ini.

Artikel yang memetik sumber itu menyatakan yang Sivarasa mahu menukar nama sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara kepada Maktab Rendah Sains Malaysia.

Memetik laporan dalam artikel itu, menurut sumber, Sivarasa juga diamanahkan untuk menjaga kepentingan MARA yang sepatutnya dijaga oleh orang Melayu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-