Friday, July 20, 2018

PRK Sungai Kandis: Pas sah tak bertanding

WARTAWAN SINAR HARIAN
20 JULAI 2018

ROSLAN SHAHIR

SHAH ALAM - Pas tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK Dun Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, ketetapan itu dibuat sejurus Umno membuat keputusan untuk meletakkan calon pada PRK itu.

“Oleh kerana Umno telah memutuskan untuk menyertai (bertanding) PRK ini maka Pas tidak akan letakkan calon. Kenyataan lebih terperinci bagaimanapun akan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

Mengulas lanjut, Roslan Shahir berkata, Pas tetap dengan prinsip yang dipegang sebelum ini bahawa pertandingan satu lawan satu bakal memberi peluang terbaik buat pembangkang.

Berhubung sama ada Pas akan bekerjasama dengan Umno pada PRK itu, beliau berkata, isu itu tidak berbangkit kerana Pas cuma memutuskan untuk tidak bertanding.

“Selebihnya akan dihuraikan lebih lanjut oleh setiausaha agung parti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-