Saturday, July 21, 2018

Pusat penamaan calon kecoh

Tharanya Arumugam dan
 Iskandar Shah Mohamed
cnews@nstp.com.my

SEBAHAGIAN penyokong di Pusat Penamaan Calon pada Pilihan Raya Kecil N49 Dun Sungai Kandis di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19. FOTO Roslin Mat Tahir

SUASANA tenang di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam di Seksyen 19, hari ini, menjadi kecoh.

Kekecohan bermula apabila penyokong Barisan Nasional (BN) melanggar peraturan dengan menceroboh kawasan larangan 50 meter yang ditetapkan dan enggan mematuhi arahan walaupun sudah diberi amaran oleh pihak polis dan anggota keselamatan supaya berundur.

Kira-kira 20 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah mengawal keadaan apabila arahan pihak polis tidak diendahkan dan penghadang dipasang bagi mengelakkan penyokong BN terus berarak.

Laungan 'undur, undur' dan 'tipu rakyat' terus dilaungkan, manakala penyokong PKR yang berkumpul tidak jauh daripada penyokong BN di sepanjang Jalan Nelayan B, terus mengejek apabila pihak FRU bertindak mengawal penyokong BN.

Penyokong BN yang berang dengan tindakan FRU, mengadakan perbincangan dengan pihak polis di sebalik penghadang sebelum anggota FRU beredar.

Bagaimanapun, penyokong BN dan PH masing-masing masih membuat provokasi apabila penyokong BN melaungkan ‘Hidup BN’, ‘Hidup Rakyat’, ‘Hancur Pakatan’, ‘Penipu’, ‘Undur PH’, dan ‘PH tipu rakyat’, sementara penyokong PH terus mengejek dan mentertawakan penyokong parti lawan.

Lagi berita menyusul.

Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 21 Julai 2018 @ 10:12 AM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-