Monday, July 9, 2018

UEC ‘bunuh’ Dasar Pelajaran Kebangsaan


WARTAWAN SINAR HARIAN
9 JULAI 2018

Syed Ali Al-Habshee

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan digesa tidak terburu-buru mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) walaupun ia sebahagian daripada janji manifesto kerajaan Pakatan Harapan.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pelaksanaan UEC secara tidak langsung akan 'membunuh' Dasar Pelajaran Kebangsaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Iktiraf UEC beri kesan negatif:I-Guru]

Katanya, ia juga akan menenggelamkan keutamaan Bahasa Melayu yang menjadi teras kepada sistem pendidikan di negara ini.

“Saya amat kesal dengan desakan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mahu isu pengiktirafan UEC selesai sebelum hujung tahun ini.

“Saya harap menteri berkenaan lebih realistik untuk membina sebuah negara bangsa yang bertunjangkan kepentingan nasional dan bukannya terpengaruh dengan agenda politik terutama DAP dan desakan Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nie Ching sebelum ini dilaporkan berkata, beliau mahu isu berkaitan pengiktirafan UEC dapat diselesaikan secepat mungkin.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pula mengumumkan, pengiktirafan UEC sebagai syarat kelayakan memasuki perkhidmatan awam negeri itu sebagai memenuhi sebahagian janji Harapan pada PRU14.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-