Saturday, September 22, 2018

Akhirnya Guan Eng mengaku harga barang naik selepas SST

By Wartawan MalaysiaGazette
- 22 September 2018

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, akhirnya Lim Guan Eng mengaku harga barang meningkat selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Ternyata kenyataan Menteri Kewangan itu bertentangan dengan Tony Pua yang pernah bertegas di Parlimen bahawa harga barangan akan turun selepas pelaksanaan SST.

SST dilaksanakan semula pada 1 September lalu selepas kerajaan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Najib berkata, Guan Eng juga memberitahu, SST bukan sebab utama untuk kenaikan harga barang tetapi banyak faktor-faktor lain.

Faktor-faktor termasuk barang diimport, penyusutan nilai ringgit, musim perayaan, kegiatan penyeludupan, kemarau di negara pengeluar, selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan.

“Dahulu, beliau berulang kali kata punca harga barang naik ialah kerana GST. Malah, beliau turut menyanyi lagu mengenai GST bersama kanak-kanak.

“Kini dia kata pula harga barang naik bukan kerana SST tetapi disebabkan oleh banyak faktor-faktor lain. Mungkin akan ada lagu SST juga selepas ini?,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam Facebook beliau.

Dalam wawancara bersama Bernama baru-baru ini, Guan Eng berkata, elemen percukaian seperti SST bukanlah satu-satunya penyebab kenaikan kos harga barangan, sebaliknya turut dipengaruhi faktor termasuk pergerakan harga produk terbabit.

Kenaikan harga juga lazimnya disebabkan oleh permintaan dan penawaran sesuatu barang serta perkhidmatan dalam pasaran, katanya.

 – MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-