Wednesday, September 12, 2018

Port Dickson untuk Anwar

JANATUL FIRDAUS YAACOB
12 SEPTEMBER 2018

Danyal (tengah) hadir pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

PETALING JAYA – Terungkai sudah teka-teki seluruh rakyat Malaysia apabila hari ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen P132 Port Dickson.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah secara sukarela mengosongkan kerusinya buat Anwar bagi membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri ke lapan kelak.

"Saya akan melepaskan kerusi Port Dickson kepada Anwar.

"Mesyuarat Biro Politik PKR semalam telah setuju menerima tawaran kerusi saya ini.

"Saya juga yakin Anwar akan menang di Port Dickson, bahkan saya juga telah meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen pagi tadi," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

AKAN MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-